Bab 10

158 18 0
                                    

Petang itu, waktu pulang dari sekolah.. Mina tidak pulang bersama Momo.

Mina berjalan sendiri ke stesen bas, dia akan pulang dengan menaiki bas hari itu.

Mina memandang di sekelilingnya. Tiada sesiapa di situ melainkan dirinya saja. Dia mula rasa gelisah.

"Aigoo.. Mana orang lain ni, kenapa aku sorang aje ada kat sini.. " Mina mengeluh sendirian.

Waktu itu juga, langit mulai mendung menandakan hujan akan turun.

"Erk.. Bas memang tak ada langsung ke.. Tak nampak bas lalu pun"

"Dahlah nak hujan pulak tu!" Mina mula bercakap seorang diri.

"Hey, yoja.. Kau dah tak betul ke cakap sorang sorang?" Suara seseorang menegur Mina.

Mina yang mendengar suara itu lantas menoleh.

Alangkah terkejutnya seseorang yang menegurnya itu ialah orang yang dia benci iaitu Jinyoung.

"Yahh.. Kau tak payah la nak sibuk hal aku. Suka hati aku la nak cakap sorang sorang pun, ada aku kacau kau ke?!" Mina membalas.

"Yoja sombong.." Ujar Jinyoung lalu duduk di hujung bangku bertentangan dengan kedudukan Mina.

Mina tidak mempedulikan kata kata Jinyoung. Dia hanya duduk mendiamkan diri.

Hujan yang rintik-rintik tadi sudah mulai melebat. Nampaknya bas tidak akan lalu di situ.

Mina mula berasa tidak senang duduk. Dengan siapa dia ingin pulang. Ketika itu pula hujan semakin lebat.

"Patut ke aku call onnie datang ambik?" Mina berfikir seketika.

"Tapi aku dah bagitau omma dan onnie yang aku akan pulang dengan Momo!" Desis hati Mina.

Mina mengeluh kecil. Kalaulah dia tahu perkara sebegini akan terjadi.

Sudah tentu dia tidak menolak ajakan momo tadi. Tapi perkara pun sudah berlaku.

Mina hanya termenung sendiri. Dia tidak mempedulikan Jinyoung yang turut berada di situ.

Ketika asyik mengelamun, Mina memalingkan kepalanya, dia ternampak Jinyoung sedang melihatnya.

Jinyoung yang menyedari Mina berpusing ke arahnya lalu berpura-pura melihat ke depan.

"Ishh.. Tak pasal-pasal yoja tu perasan pulak.. Tapi aku memang tengok dia pun" Jinyoung berkata dalam hatinya. Sebenarnya, dia melihat gadis itu tadi kerana timbul rasa kasihan. Namun dia hanya mendiamkan diri.

"Dah kenapa pulak namja poyo ni tengok aku! Err.. Whatever!" Mina menoleh ke depan. Dia tidak mahu Jinyoung ingat dia perasan lelaki itu melihatnya.

Sedang asyik kedua-duanya mengelamun masing-masing.. Sebuah kereta muncul di hadapan mereka..

Benci Tapi SukaWhere stories live. Discover now