Bab 12

144 13 0
                                    

Tiba di rumah Mina.

Mina ingin keluar dari kereta Jinyoung, namun omma Jinyoung berkata sesuatu.

"Mina, ada masa nanti datanglah rumah ke rumah ajumma.." Ajumma Ye rin mempelawa Mina ke rumahnya.

"Rumah mamat ni, huh.. Kwaenchana.. aku kalau datang pun nak jumpa Ajumma Ye Rin je bukan namja tu!" Kata hati Mina.

Mina tersenyum lalu bersalaman dengan Ajumma Ye Rin.

"Nae.. Ajumma, kalau Mina ada masa Mina datang ke rumah ajumma ya."

Sempat Mina menjeling ke arah Jinyoung. Jinyoung hanya merenung tajam kepada Mina. Mina hanya mengendahkan pandangan itu. Dia masuk ke dalam rumahnya.

Di dalam kereta Jinyoung dan ibunya berbual.

"Omma, kenapa omma baik sangat dengan yeoja tu!" Tanya Jinyoung kepada ibunya.

Wae? Salah ke omma baik dengan Mina? Lagipun Mina tu baik budaknya.." Puan Ye Rin berkata sambil memandu.

"Baik?? Hahaha.. Baik lah sangat. Yeoja macam tu omma kata baik." Jinyoung mencebik.

"Jr.. Boleh tak jangan sangka buruk dekat orang lain.. Kenapa dengan Jr ni, macam benci sangat dengan Mina tu kenapa?" Ibu jinyoung bertanya kepada Jinyoung. Puan Ye rin merasakan ada sesuatu antara Jr dan Mina.

Jinyoung hanya terdiam mendengar soalan dari ibunya. Benci? Bencikah dia pada gadis itu. Dia tidak pasti. Namun Jinyoung tidak mahu membalas kata ibunya. Dia memandang ke arah tingkap kereta.

Puan Ye rin yang melihat anaknya itu. Hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak mahu bertanya lebih lanjut. Baginya biarlah antara mereka yang masih remaja itu. Dia malas mahu masuk campur.

Ketika sampai di rumah mereka. Puan Ye rin menemukan seutas gelang emas yang mempunyai huruf nama iaitu M I N A. Sudah jelaslah gelang itu kepunyaan Mina. Puan Ye rin memanggil Jinyoung.

"Jr.. Esok tolong pulangkan gelang ni kepada Mina ya. Gelangnya tercicir dalam kereta omma. "

Jinyoung melihat gelang itu lalu dia mengeluh.

"Tak payah lah bagi dekat dia omma. Tu gelang dia kan, pandai pandai la dia datang ambik sendiri nanti." Kata Jinyoung selamba.

"Jr.. Omma cakap pulangkan, pulangkan kepada Mina. Jangan bantah cakap omma please!" Puan Ye Rin bertegas.

"Nae.. Nae.. Jr pulangkan dekat dia esok!" Malas mahu bertekak dengan ibunya. Jr pun mengambil gelang itu.

Nampaknya terpaksalah dia menghadap Mina di sekolah esok.




Benci Tapi SukaWhere stories live. Discover now