"Heechul.. " Momo terus memberitahu.
"Heechul? Heechul senior kita tu ke?" Mina bertanya.
"Dae.. " Momo mengiyakan.
"Sejak bila pulak kau rapat dengan dia, aku tak tahu pun." Mina pelik bagaimana momo boleh bercinta dengan senior mereka, si Heechul.
Momo bercerita tentang hubungannya dengan Heechul kepada Mina.
"Ohh begitu.. Hmm okay la momo. Aku tak kisah kau hubungan kau dengan siapa sekali pun.. Yang penting kau bahagia. " Mina tersenyum kepada Momo.
"Thanks Mina, kaulah sahabat aku selamanya. Nanti aku bawak dia jumpa kau okay?" Kata Momo.
"Arasso.. " Balas Mina.
Petang itu, pada waktu habis sekolah.
Jinyoung ternampak Mina berjalan sendirian. Nampaknya Mina tidak pulang bersama Momo hari ini.
"Nak tegur ke tak nak eh? " Jinyoung berfikir seketika lantas dia mengambil keputusan untuk menegur Mina.
"Mina.. " Panggil Jinyoung.
Mina menoleh ke arah suara yang memanggilnya.
"Eh Jinyoung.. Ada apa pulak dia panggil aku ni" Desis hati Mina.
Jinyoung mendekati Mina.
"Mina.. Kau tak balik dengan Momo ke hari ini?" Jinyoung bertanya.
Eh kenapa pulak dengan si Jinyoung ni. Tiba tiba baik dengannya. Lupakah dia yang mereka itu seperti musuh apabila bertemu.
Mina membalas kata kata Jinyoung.
"Dae.. Aku tak pulang dengan Momo hari ini. Aku naik bas"
"Ohh.. Marilah aku hantarkan kau pulang.." Jinyoung menawarkan kepada Mina. Dia tidak mempunyai niat lain. Dia ikhlas ingin menghantar Mina pulang.
"Eh.. Tak payah, tak payah susah susah.. Aku boleh balik sendiri.." Mina menolak dengan baik. Dia bukan tidak mahu sebenarnya.. Namun dia berasa hairan mengapakah Jinyoung berbaik dengannya.
"Tak apalah kalau kau cakap macam tu, aku tak paksa.. " Jinyoung tersenyum lagi kepada Mina.
Mina yang melihat senyuman Jinyoung merasakan jantungnya berdebar debar..
Tidak mahu lebih lama di situ. Mina terus melangkah pergi. Tanpa diketahui Jinyoung, Mina mula merasakan sesuatu dalam hatinya setiap kali melihat Jinyoung tersenyum.
"Mina.. Susahnya nak lembutkan hati kau.. Aku nak berbaik dengan kau sebab.. Aku nak mengenali diri kau lebih dalam sebenarnya.. " Namun kata kata Jinyoung hanya terluah dalam hati. Dia berharap Mina sudi berkawan dengannya dan melupakan persengketaan antara mereka.
YOU ARE READING
Benci Tapi Suka
Fanfic[ COMPLETE ] Bermula dengan satu peristiwa yang menyebabkan Mina dan Jinyoung pantang bersua muka pasti ada saja perkara yang akan menimbulkan pergaduhan antara mereka. Namun,siapa sangka rasa benci itu akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara...