Bab 13

145 12 0
                                    

Malam itu,

Mina mengulang kaji di meja belajar. Dia perasan gelang emas miliknya tiada di pergelangan tangannya.

"Aduh.. Mana pulak gelang ni aku letak. " Mina mencari cari gelang tangannya.

Seketika itu, Mina teringat peristiwa tadi.

"Andwae!! Mesti gelang tu tercicir dalam kereta Ajumma Ye Rin." Mina menggaru garu kepalanya.

"Aduhh macam mana la boleh tercicir pulak! Ah.. Takpalah esok petang lepas balik sekolah aku pergi ke rumah Ajumma Ye Rin!"

"Harap harap tak hilang la gelang tu!" Mina berkata sendiri. Mina sangat menyayangi gelang itu kerana itu adalah pemberian kakak kesayangannya, Jisoo.

Keesokan harinya, di sekolah.

Pada waktu rehat.

Mina dan Momo bersantai santai dulu selepas makan.

Jinyoung memandang Mina dari jauh. Dia ingin mengembalikan gelang itu kepada Mina. Namun dia tidak tahu bagaimana memberinya. Jangankan bercakap, pandang muka pun Mina sudah benci melihat dirinya.

"Balik sekolah nanti la aku jumpa dia.. Tapi macam mana?" Jinyoung menyimpan gelang itu di poket seluarnya.

"Hahhh!  Kau tengok sapa tu?? " Jaebum yang entah dari mana muncul menyergahnya.

"Yahh.. Kau ni.. Terkejut aku! Nasib aku tak ada heart attack tau! " Jinyoung mengurut dadanya.

"Alah.. Terkejut sikit je tu, yang kau tu tengok sapa dari tadi, ralit benar aku tengok! " Jaebum ketawa.

"Mana ada aku tengok sapa sapa.. Memandai je." Jinyoung menafikan.

"Eleh.. Taknak mengaku konon.. Entah entah kau tengok si yeoja yang selalu bergaduh dengan kau tu kan.. Apa nama dia? Mina?" Jaebum berkata sambil tersengih sengih.

Jinyoung mengeluh. Dia malas melayan kawannya yang kuat mengusik itu.

"Kau syok kat dia ehh??" Jaebum mengusik Jinyoung lagi.

"Woi.. Merepeklah kau!" Jinyoung menunjal kepala Jaebum.

"Adoi.. Sakit lah. Alah.. Aku bergurau je. Lagipun kalau kau suka dia pun apa salahnya. Dia cantik apa!" Jaebum masih membahas tentang itu.

Jinyoung mengerutkan dahinya. Sudah kenapa si Jaebum ni melebih lebih pulak. Dia menggeleng gelengkan kepala.

"Cantik atau tak. Itu tak penting.. Yang penting sekarang ni, macam mana aku nak pulangkan gelang dia ni" Jinyoung mengeluarkan gelang milik Mina dari poketnya. Dia menunjukkan kepada Jaebum.

"Eh.. Gelang Mina ke ni? Macam mana boleh ada kat kau pulak? Jaebum hairan bagaimana gelang tangan Mina boleh berada dengan Jinyoung.

"Dah.. Kau jangan banyak tanya. Nanti aku cerita.. Sekarang ni lebih baik kau tolong aku macam mana aku nak bagi gelang ni dekat dia balik!"

"Bagi je la balik. Tu dia.. " Kata Jaebum sambil menunjuk ke arah Mina yang bersama Momo di hujung kantin.

" Kau ni tak membantu langsung la Jb! Menyesal aku bagitau kau!" Geram pulak Jinyoung terhadap kawannya itu. Suka bermain main.

"Hahaha.. Aku gurau ja la bro! Jap aku fikir macam mana nak tolong kau!" Jaebum berfikir. Tiba tiba dia ternampak dari jauh Momo meninggalkan Mina dan berjalan ke arah lain. Fikiran Jaebum terdetik sesuatu. Dia mempunyai idea.

"Hah.. Aku ada plan!" Jaebum memetik jarinya lalu berkata kepada Jinyoung.

Jinyoung mengangkat keningnya.

"Plan apa?"

Jaebum tersenyum. Dia pasti rancangannya untuk membantu Jinyoung kembalikan gelang tangan Mina akan berhasil.
















Benci Tapi SukaWhere stories live. Discover now