Mina dan momo berada di dalam kelas. Ketika itu guru guru sedang bermesyuarat, oleh itu mereka diberi tugasan untuk membuat kerja sendiri.
Momo bertanya kepada Mina apa yang telah berlaku.
"Macam mana Mina? Kau dah tahu ke belum siapa yang bagi bunga ros dekat kau tu?"
Mina menggelengkan kepalanya.
"Tapi, aku rasa macam aku kenal la siapa.. Cuma aku tak pasti betul atau tak.. " Kata Mina.
"Siapa?" Momo ingin tahu siapakah yang Mina katakan.
"Mungkin betul cakap kau.. Aku rasa Jinyoung yang buat semua ni.. Aku tak pasti, tapi aku boleh nampak dari mata dia tadi.." Ujar Mina sambil menoleh ke tempat Jinyoung. Jinyoung sedang leka membuat latihan.
"Betul? Macam mana kau boleh tau yang dia tu Jr?" Tanya Momo lagi.
Mereka membicarakan soal itu perlahan-lahan. Takut didengari Jinyoung dan rakan sekelas yang lain pulak.
Mina menceritakan perkara yang telah berlaku pada pagi tadi. Dia juga menunjukkan sekeping nota kecil itu kepada Momo.
Momo membacanya.
"Wow.. Boleh tahan jugak ayat mamat ni bagi.." Momo ketawa.
"Ye la tu.. Ayat dia ke? entah entah search kat google je.. " Balas Mina.
"Ishh kau ni.. At least nampak la effort dia kat situ.." Momo berkata begitu.
Mina memandang Jinyoung senyap senyap lagi. Nasib meja Jinyoung dengan mejanya dan Momo tidak berdekatan.
Momo perasan Mina yang asyik melihat lihat Jinyoung itu lantas dia berkata..
"Cover la sikit Mina oi tengok dia pun.. Kang kalau diorang ni nampak, bagitau dekat Jinyoung. Kecoh satu kelas baru tau.."
Setelah Momo berkata seperti itu, terus Mina tidak lagi melihat Jinyoung.
"Nae.. Jom buat latihan ni.. Dari tadi kita dok bersembang je, tengok orang lain dah buat haa.." Mina mengubah topik.
"Tau pun takut.. Hehe.. Okay okay." Kata Momo.
Seminggu kemudian,
"Dah seminggu berlalu.. Sejak haritu, namja tu dah tak munculkan diri lagi.. Dan dia pun dah tak bagi aku bunga ros.. Kenapa ya?" Kata hati Mina.
Mina duduk bersendirian. Dia pelik memikirkan apa sebenarnya yang terjadi?
"Takpalah.. Mungkin dia dah tak berani lagi kot nak bagi semua tu kat aku.." Kata Mina lagi.
Mina malas terlalu memikirkan soal itu. Lebih baik dia fokus dengan pelajarannya di sekolah."Jinyoung.." Sebut Mina. Sudah lama dia tidak bertegur sapa dengan namja itu. Mereka sekarang seperti stranger kerana tidak lagi bergaduh.
Setelah menyebut nama Jinyoung, Mina akui dia merindukan namja itu.. Namun dia sedar, dia hanya memendam perasaannya selama ini. Mina bukanlah seorang yang mudah mengungkapkan perasaanya.. Jadi dia membiarkan saja.
YOU ARE READING
Benci Tapi Suka
Fanfic[ COMPLETE ] Bermula dengan satu peristiwa yang menyebabkan Mina dan Jinyoung pantang bersua muka pasti ada saja perkara yang akan menimbulkan pergaduhan antara mereka. Namun,siapa sangka rasa benci itu akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara...