Jinyoung dan Mina masih berada di taman.
"Betul ke apa yang aku dengar ni ke kau saja nak sedapkan hati aku je.." Jinyoung teruja mendengar kata kata Mina itu.
Mina mengerling Jinyoung, dia tidak berpuas hati dengan pertanyaan Jinyoung itu.
"Andwae.. Aku benci kau!" Mina mencebik. Macam tak percaya pulak si Jinyoung ni.
"Tapi suka kan.. " Jinyoung tahu marah kerana dia bertanya begitu, namun dia tetap ingin mengusik Mina.
Mina membuat muka, dia masih mendiamkan dirinya.
"Mina.. Kau tahu tak yang kau tak cantik bila buat muka macam tu.." Jinyoung ni nak memujuk ke nak cari gaduh..
Mina memandang Jinyoung. Dia menjeling.
"Kau apahal? Nak cari gaduh lagi ke.. Ishh!!"
Jinyoung tergelak nakal. Mina, mina.. Baru usik sikit, dah melenting.. Namun Jinyoung tak peduli, dia tetap sukakannya.
Melihat Jinyoung yang tergelak itu, Mina berasa sakit hati.. Dia lantas bangun untuk pergi dari situ.
Cepat cepat Jinyoung menahan Mina dari pergi.
"Mina.. Merajuk ke?" Ujar Jinyoung dengan nada yang lembut.
"Alahai suara dia.. Cair aku.." pujuklah lagi.." Kata hati Mina.
Mina sengaja diam membeku. Dia memeluk tubuhnya.
"Alala.. Jangan la merajuk lagi ya.. Aku belanja ais krim nak?" Jinyoung menguji Mina.
Mina yang terdengar perkataan ais krim terus berpaling kepada Jinyoung.
"Nakk.. " Mina mengerdipkan matanya. Comel!
Jinyoung terkejut. Sebut aiskrim je terus berubah jadi manja!
"Eh tak marah dah?"
"Nak belanja ke taknak ni.. Tak apalah, nak balik.. "
"Okay.. Okay.. Jom cari aiskrim.. Hehe" Cepat cepat Jinyoung mengajak Mina.
Mina sudah tersenyum semula. Dia suka melihat Jinyoung yang berusaha memujuknya walaupun macam tak pandai sangat. Hahaha..
Mereka berjalan-jalan di sekitar taman sambil menikmati aiskrim.. Tiba-tiba Mina ternampak Momo dan Heechul duduk di kerusi tak jauh dari mereka.
"Eh itu Momo.. Buat apa dia kat sini. Dia kata nak teman omma Heechul shopping." Mina berasa pelik dengan keberadaan Momo di taman bersama Heechul.
"Err.." Jinyoung menggaru garukan kepalanya.
Mina segera mendekati Momo dan menegurnya.
"Momo.. Jauh shopping.. Sampai ke sini ya.." Perli Mina.
"Eh Mina.. Hehehe, duduk la dulu.. Biar aku jelaskan kat kau sebenarnya.." Kata Momo. Dia sudah menjangkakan perkara itu
"Ishh.. Kenapa la dengan korang semua ni.." Omel Mina. Namun dia duduk jugak di situ. Jinyoung turut duduk di sebelah Mina.
"Mina.. Ni Heechul.. " Momo menunjukkan Heechul kepada Mina.
"Ye.. Aku tau la.." Kata Mina.
"Anyeong Mina, Jr.. " Pertama kali Heechul menyapanya dan juga Jinyoung.
"Anyeong.. Okay cepatlah cakap macam mana korang boleh ada dekat sini pulak?" Tanya Mina, dia ingin tahu dengan segera.
Jinyoung secara tiba tibanya mencelah.
"Mina.. Biar aku yang jelaskan.."
Mina berpaling ke arah Jinyoung..
"Jinyoung.. Wae??" Mina semakin tak faham.
Jinyoung dan Momo menceritakan segalanya. Rupa rupanya selama ini Momo mengetahui tentang plan Jinyoung. Namun Momo berpura-pura tidak tahu. Yang paling mengejutkan..
Bukan saja Jinyoung, Jaebum, Momo dan Heechul.. Tetapi awal awal lagi Jinyoung sudah meminta restu dari Ommanya, Omma Mina dan kakaknya Jisoo secara diam diam.. Untuk mengungkapkan perasaannya kepada Mina.
Jadi kawannya dan ahli keluarganya terlibat dalam plan Jinyoung untuk mendekati Mina itu.
Mina melopong.
"What? Korang semua rahsiakan dari aku??" Tanya Mina. Dia masih tak percaya! Drama sangat..
"Ye lah Mina.. Kitorang mintak maaf ye.. Yang penting sekarang kau dah bersama dengan Jr, kami doakan korang bahagia.." Ujar Momo sambil mengerling Heechul di hadapannya. Momo tampak bahagia.
"Iyalah Mina.. Saya pun nak mintak maaf sebab masuk campur dalam hal ni.." Kata Heechul.
Mina masih lagi terkejut. Namun dia terharu dengan semua ni.
"Kwaenchana.. Tapi tolonglah jangan buat macam ni lagi.. Sampai hati.." Mina saja berkata begitu..
"Dan Jinyoung.. Kau memang jahat.."
Semua yang berada di situ ketawa dengan keletah Mina.
"Okaylah.. Aku dengan Heechul nak pergi dulu.. Korang duduk la elok elok ya.. First date kan!" Momo mengusik Mina dan Jinyoung.
"Ishh.. Dia ni, bye Momo.."
"Kau Heechul.. Jaga kawan baik aku elok elok.." Dia melambai ke arah Momo dan sempat jugak berpesan kepada Heechul.
Mereka membalas kata kata Mina lalu pergi dari situ.
Sekarang tinggal Mina dan Jinyoung berdua lagi..
Jinyoung bersuara semula.
"So, sekarang kita nak pergi dating mana pulak.." Jinyoung bersuara semula.
"Dating? Haha.. Ada ada je lah kau ni Jinyoung.." Mina berasa lucu.
"Janganlah panggil Jinyoung.." Kata Jinyoung.
"Habistu nak panggil apa?" Mina membalas.
"Panggil aku.. Oppa.." Jinyoung tersengih sengih.
"Oppa? Hahaha.. Mengarut je la kau ni, kita kan sebaya.." Hai lah Jinyoung.. Menjadi jadi.
"Apa salahnya.." Selamba Jinyoung berkata begitu.
Mina menggeleng gelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Jinyoung menatap mata Mina. Dia ingin meluahkan sesuatu yang lahir dari hatinya.
"Mina.. Saranghae.."
Mina membalas tatapan mata Jinyoung.
"Nado saranghae..."
Mereka berdua sekarang secara rasminya menjadi pasangan kekasih. Benci tapi suka? Itulah jawapannya..
~ Tamat ~Continue to season 2
- Benci Tapi Suka 2 -
YOU ARE READING
Benci Tapi Suka
Fiksi Penggemar[ COMPLETE ] Bermula dengan satu peristiwa yang menyebabkan Mina dan Jinyoung pantang bersua muka pasti ada saja perkara yang akan menimbulkan pergaduhan antara mereka. Namun,siapa sangka rasa benci itu akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara...