Bab 17

140 10 0
                                    

Malam itu di rumah Mina.

Mina tersenyum sendiri sambil berbaring di atas katil. Dia mengingati peristiwa yang telah berlaku antara dia dengan Jinyoung waktu pulang sekolah tadi.

"Ishh.. Dah kenapa aku tersenyum sorang sorang ni. Dah gila ke? Teringat namja tu pulak!" Mina bercakap sendirian.

"Nasib baik dia pulangkan gelang aku ni, kalau tak.. Habis aku kalau onnie tau yang aku cicirkan gelang ni.. " Mina merenung gelang emas miliknya itu.

"Senyuman dia.. " Mina mengingati senyuman Jinyoung kepadanya.

"Ishh.. Kau dah kenapa ni Mina.. Boleh pulak kau teringat senyuman dia tu lagi.. Baik aku tidur aje lah. " Mina menarik selimut. Beberapa minit kemudian, Mina pun terlelap.

Sementara itu, di rumah Jinyoung.

Jinyoung juga mengingati pertemuannya dengan Mina. Walaupun pada mulanya gadis itu memarahinya namun setelah itu Mina meminta maaf kepadanya kembali.

Baginya walaupun yeoja itu selalu berkasar kepadanya, namun dia merasakan Mina bukanlah seorang gadis yang kasar. Cuma perasaan marah dan benci yang membuat Mina menjadi kasar apabila bertemu dengannya.

Dia berfikir apa salahnya jika dia cuba berbaik dengan Mina. Lagipun Jinyoung berasa bahawa dia pun telah..

Jinyoung hanya tersenyum sendiri. Hanya dirinya yang tau isi hatinya.

Keesokan hari di sekolah.

Mina  dan Momo duduk di kerusi batu depan kelas.

Sedang mereka mengulang kaji disitu, Momo bersuara..

"Mina.. Aku ada benda nak bagitau ni.. "

Mina memandang wajah sahabatnya itu. Kenapa macam serius benar saja bunyinya.

"Kau nak bagitau apa? Kau jangan cakap pasal kemarin tu lagi.. Apa pulak yang korang rahsiakan dari aku ni.. " Tegas Mina bertanya.

"Andwae.. Tak ada kena mengena dengan hal kemarin. Yang ni pasal lain.. Serius aku nak bagitau kau. " Kata Momo.

"Arasso.. Bagitaulah. Apa dia?" Mina berasa lega. Ingatkan apalah momo ni, membuatkan dia saspen betul.

"Aku sebenarnya dah.. Taken" Momo terus memberitahu Mina.

Mina terkejut lantas membalas kata kata Momo.

" Hah? Kau dah taken.. Dengan sapa? Kenapa kau tak bagitau aku pun.." Mina berasa hairan. Sejak bila pulak Momo pandai bercinta. Tak pernah pulak Momo memberitahunya dia mengenali hati budi seseorang sebelum ini.

Tup.. Tup.. Dah bercinta dalam diam.

"Nae.. Ni lah aku nak bagitau. Cuma lambat sikit je.. Mianhae Mina.." Momo mengangkat kedua dua belah tangannya memohon maaf.

"Tak apa lah momo.. Aku tak marah, cuma terkejut je.. Tapi aku kenal dia ke? Sapa dengan kau tu? " Mina bertanya kepada Momo.

"Hmm.. Kenal la."

Mina berfikir sebentar. Dia bertanya lagi

"Sapa? Classmate kita ke?"

"Andwae.. Bukan classmate kita la.. " Momo menafikan.

"So.. Siapa? Ishh.. Kau ni nak bagitau pun lambat la. " Mina masih berfikir siapakah kekasih Momo itu.











Benci Tapi SukaWhere stories live. Discover now