"Mana momo ni.. Lama dah aku tunggu. Tak nampak batang hidung pun, dah kenapa la nak jumpa dekat belakang sekolah ni pulak." Mina mengeluh sendirian.
Momo memberitahunya ada sesuatu yang penting.
Namun Momo menyuruhnya menunggu di belakang sekolah pada waktu habis sekolah.
Mina yang asyik mencari cari momo. Tiba-tiba terdengar bunyi langkah kaki di belakangnya. Segera Mina menoleh.
"Momo.. Kau.. " Kata kata Mina terhenti disitu. Bukan Momo yang muncul sebaliknya Jinyoung aka namja yang dibencinya itu.
"Kau? Kau buat kat sini.. Mana Momo, aku nak jumpa dengan momo la kat sini.. Bukan dengan kau.. " Mina merenung tajam ke arah Jinyoung.
Jinyoung terdiam. Belum sempat dia berkata apa apa. Mina sudah menghamburkan kemarahan kepadanya.
Jinyoung cuba untuk berkata sesuatu.
"Aku datang sini sebab.. " Belum sempat berkata habis. Mina memotong percakapannya.
"Sebab apa? Kau tak habis habis lagi ke nak cari pasal dengan aku. Kau blah la.. Aku malas nak cakap dengan kau!" Mina mendengus marah.
"Boleh tak dengar dulu apa aku nak cakap.. " Jinyoung cuba berlembut dengan Mina. Yeoja itu nampak sahaja lembut tetapi sekali mengeluarkan katanya tajam menusuk ke dalam hati.
"Cakap apa.. Kalau kau cakap pun hanya menyakitkan hati aku je la." Mina berpusing ke arah lain. Dia menyilangkan tangan ke dadanya.
"Mina! Kau boleh tak jangan salah anggap dengan aku. Aku datang sini sebab nak pulangkan balik gelang tangan kau ni. Tu je.." Jinyoung memberitahu.
Mata Mina membulat. Segera dia berpusing semula ke arah Jinyoung. Gelang tangannya? Aduh.. Mina rasa bersalah kerana menuduh macam macam terhadap Jinyoung.
Mina memandang Jinyoung. Dia mengambil gelangnya dari tangannya dari namja itu.
Jinyoung ingin melangkah pergi. Namun Mina memanggil namanya.
"Jinyoung.. Mianhae. Aku rasa tak patut tuduh kau macam tu tadi. Terima kasih sebab pulangkan balik gelang aku."
Jinyoung berpaling memandang Mina. Mata mereka berpandangan seketika. Jinyoung tersenyum kepada Mina lalu dia pergi meninggalkan Mina di situ.
Mina terpaku. Dia merasakan sesuatu yang aneh melihat Jinyoung tersenyum kepadanya tadi. Tanpa sedar, bibir Mina
juga menguntumkan senyuman.
YOU ARE READING
Benci Tapi Suka
Fanfic[ COMPLETE ] Bermula dengan satu peristiwa yang menyebabkan Mina dan Jinyoung pantang bersua muka pasti ada saja perkara yang akan menimbulkan pergaduhan antara mereka. Namun,siapa sangka rasa benci itu akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara...