Di bilik kaunseling,
Mr Yoon Do Joon memandang Mina dan Jinyoung yang berdiri di hadapannya.
"Kenapa masih tercegat lagi di situ? Duduk!" Kata Mr Yoon Do Joon dengan nada yang tegas.
Mina dan Jinyoung memandang dua kerusi yang bersebelahan itu.
"Saya tak mahu duduk sebelah dia!" Kata Mina dan Jinyoung serentak. Setelah itu mereka memandang lalu memalingkan muka.
Mr Yoon Do Joon tidak mengerti dengan mereka berdua.
"Kalau kamu berdua tak nak duduk, saya akan denda kamu berdua! Nak?" Kata Mr Yoon Do Joon.
Mina dan Jinyoung terkejut dan berkata.
"Andwae!!!" Ujar sekali lagi dengan serentak.
Mereka terpaksa duduk bersebelahan namun mempunyai jarak.
"Sekarang, ceritakan pada saya apa masalah sampai kamu berdua bergaduh dalam kelas" Tanya Mr Yoon Do Joon kepada Mina dan Jinyoung.
"Semuanya salah dia Mr Yoon Do Joon!" Kata Mina sambil menunjukkan jarinya ke arah Jinyoung.
"Wae? Bukan salah saya sorang je Mr Yoon Do Joon.. Ni dia pun sama je, tak mengaku!" Balas Jinyoung sambil menunjal kepala Mina.
"Appo! Kau apa hal tunjal-tunjal kepala aku ni? And..kau yang cari pasal dulu.. " Marah Mina.
"Wae?? Kau ingat aku nak sangat sentuh kepala kau tu? Aku tak peduli apa kau nak cakap!" Balas Jinyoung.
"Kau memang menguji kesabaran aku!" Kata Mina dengan geram.
"Pukul lah kalau berani.. Yeoja." Kata Jinyoung.
Mina dan Jinyoung terus berbalah.
Mr Yoon Do Joon yang melihat mulai marah.
"Mina!! Jinyoung!!" Jerkah Mr Yoon Do Joon.
Mereka yang tadi berbalah terus terdiam.
"Kamu, nak saya denda kamu berdua?" Soal Mr Yoon Do Joon.
"Aniya.." Kata Mina dengan perlahan.
"Shiro" Jinyoung pun turut
berkata."Sekarang saya nak kamu berdua mintak maaf, ppali.." Arah Mr Yoon Do Joon.
"Aniya!!!" Kata mereka berdua.
"Arasso.. Saya akan denda kamu berdua kerana tak mahu ikut arahan saya" Kata Mr Yoon Do Joon.
"Saya lebih rela di denda daripada kena minta maaf dengan dia!" Kata Mina.
"Ehh.. Aku pun tak ingin la nak minta maaf dengan kau! Yeoja berlagak." Kata Jinyoung kepada Mina.
"Yahh.. Namja poyo! Aku benci kau!" Kata Mina.
"Sikit pun aku tak heran la.." Ujar Jinyoung dengan selamba.
"Sudah! Saya tak nak dengar lagi kamu bergaduh dekat bilik saya ni.." Tegas Mr Yoon Do Joon.
Mina dan Jinyoung saling menjeling.
"Sekarang saya nak kamu berdua berdiri di perhimpunan sampai balik..Biar semua student lain tengok." Kata Mr Yoon Do Joon.
"Andwae.." Kata Mina.
"Tahu rasa malu? Masa kamu berdua bergaduh dalam kelas tadi tak rasa malu pulak?" Sindir Mr Yoon Do Joon.
Mina dan Jinyoung berpandangan dengan rasa benci. Setelah itu mereka terus melangkah ke tapak perhimpunan.
YOU ARE READING
Benci Tapi Suka
Fanfiction[ COMPLETE ] Bermula dengan satu peristiwa yang menyebabkan Mina dan Jinyoung pantang bersua muka pasti ada saja perkara yang akan menimbulkan pergaduhan antara mereka. Namun,siapa sangka rasa benci itu akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara...