Starting; Hadiah terindah

1.1K 29 2
                                    

Hari ini adalah hari mengambil keputusan SPM. Setelah mengambil resultnya, Azreena duduk di bangku yang terletak di taman bunga sekolah seorang diri menunggu kehadiran prince charming.

Siapa?? Tengku Aryan Azriel lah siapa lagi. Satu sekolah tahu yang mereka berdua sudah dua tahun menjalin hubungan cinta. Ada juga guru-guru yang tahu tapi mereka tidak mengambil apa-apa tindakan. Cuma memberi nasihat supaya pelajaran tidak terabai.

Walaupun sudah tiga bulan tidak berjumpa bahkan hanya sekali-sekala mereka berdua oncall, Azreena tetap yakin bahawa Aryan tidak akan curang dengannya. Janji manis yang Aryan taburkan padanya membuatkan dia percaya kata-kata lelaki itu.

Azreena POV

"Ehemm.."

Terasa seperti tempat kosong disebelahku diduduki seseorang.

Aku memandang wajah yang sangat aku rindui sepanjang 3 bulan ini.

Anak mata kelabunya sentiasa membuatkan aku tertarik. Genetik daripada mummynya yang berasal daripada US. Wajah putih bersih tanpa jerawat serta rambut coklat semulajadinya melengkapkan lagi wajah si dia.

"Lama tunggu??" Soalnya sedikit kekok.

Aku tersenyum manis.

"Takde lah lama mana" balasku. Pandangan ditalakan ke arah pelbagai jenis tanaman bunga. Tenang.

Suasana kembali senyap. Kenapa dia macam lain?? Selalunya bila kami berjumpa ada sahaja usikan dan cerita pelik daripada Aryan.

"Aku minta maaf"

Aku pantas memandang wajahnya. Satu, aku pelik kenapa dia tiba-tiba meminta maaf. Kedua, aku?!?! Like seriously aku?!? Sepanjang kami bercinta dia tidak pernah menggelelarkan dirinya aku. Apa dah jadi ni??

"Wait wait..apa semua ni?? Kenapa tiba-tiba minta maaf??" Soalnya pelik.

"Sayang.." Tiba-tiba ada satu suara menyampuk daripada belakang.

Kami menoleh serentak. Ajwa rupanya. Siapa yang dia panggil sayang?? Takkanlah...

"Sayang lama I tunggu you. Bila nak balik, I dah penat ni" Ajwa menghampiri Aryan.

Aku menelan liurku kelat. Apa semua ni?!?

Kulihat Aryan mengerling ke arahku. Wajahnya serba salah.

"You pergi tunggu dekat kereta I dulu okay?? Nanti I datang" kata Aryan lembut.

"Apa semua ni?!?!" Soalku kasar.

"You tak bagitahu Reen lagi ke sayang??" Ajwa bersuara.

"Bagitahu apa ni?? Sayang?? Apa semua ni?? Tell me" aku mendesak Aryan.

"Ajwa tunang aku. Aku minta maaf. Hati aku dah beralih arah" kata-katanya menyentakkan tangkai hatiku.

Tunang dengan Ajwa?!?! Ajwa Syafina, kau kawan baik aku kot..apa semua ni??

Bibir bawahku digigit kuat.

"Tapi kenapa Aryan??"

"Manusia berubah Reen. Macam tu jugak aku"

Dadaku berombak kuat. Tubuhnya aku tolak.

"Senang je kau cakap?!?"

Aryan tersenyum sinis.

"Sedar lah Reen, yeah aku suka kau but aku tak pernah cintakan kau. Kau aje yang bertepuk sebelah tangan" katanya sinis.

Fu*k Aryan, fu*k!

Air mataku gugur satu persatu.

"Menyesalnya aku jumpa orang macam kau Aryan, dah lah. Aku harap aku tak jumpa orang macam kau. Pergi mampos dengan cinta kau. Harap tak jumpa lagi lepas ni" kataku dengan esakan yang semakin menggila.

Aryan berjalan pergi meninggalkanku. Hilang sahaja kelibat Aryan, tubuh ku melorot jatuh ke tanah.

"Aryan yang nak dekat aku. Bukan salah aku Reen" kata Ajwa.

Dia tersenyum kemenangan dan berlalu pergi.

Sh*t. Sumpah, aku harap korang berdua takkan muncul lagi depan aku. Aku takkan bercinta dah lepas ni. Serik!

Mrs. AryanWhere stories live. Discover now