Empat; Because you're my sister

500 18 0
                                    

"Abang takkan pilih siapa-siapa. Reen adik abang, tapi abang sayangkan Ajwa" jawap Azreel.

Aku mengetap bibirku kuat.

"Sebab Reen adik abang then abang tak boleh elak daripada Reen kan?? Abang tak sayang Reen pun kan?? Takpe, Reen sedar diri. Abang takkan jumpa Reen lagi dah lepas ni"

Aku mencapai telefon dan dengan air mata yang berjuraian di pipi aku berjalan meninggalkan mereka semua.

Aryan tersentak mendengar kata-kata Azreena. Mesti dia terlalu terluka dengan apa yang aku dan Ajwa buat dulu.

Azreef menolak bahu Azreel kuat.

"Anything happen dekat biy, jangan harap kau dapat tengok muka aku dengan biy sampai bila-bila!!" Hambur Azreef sebelum mengikut langkah Azreena.

Dia risau akan adiknya yang seorang itu. Rasa amrahnya pada Azreel semakin membuak-buak. Kau dah dibutakan dengan cinta Reel!

Jujurnya dia sendiri tidak tahu yang Ajwa dengan Azreel bercinta. Memang dia dan Azreel berkawan semula dengan Aryan dan Ajwa selepas mereka berdua meminta maaf kerana memperlakukan Azreena seperti itu dahulu. Sudah 2tahun mereka berkawan tanpa pengetahuan Azreena.

🌸🌸🌸

Azreel meraup wajahnya. Keluhan berat dilepaskan.

"Kejar lah adik-adik you" arah Ajwa.

Dia yang dahulunya rakan baik kepada Azreena tidak mahu menjadi punca Azreena menderita lagi. Dulu kerana dia merampas Aryan dan kini kerana dia merampas abang kembar Azreena sendiri. Dia serik kerana tidak pernah bahagia.

Azreel masih diam. Keliru dengan apa yang berlaku. Serabut!

"Kejar diorang Reel!!" Jerkah Aryan.

Tubuh Azreel ditolak sedikit kuat.

Azreel bagaikan baru tersedar daripada lena yang panjang terus mengejar langkah Azreena dan Azreef.

Aryan dan Ajwa juga turut menyusul.

🌸🌸🌸

"Biy!! Tunggu abang" Azreef mengejar langkah Azreena.

Macam mana lah perempuan boleh jalan gila laju dengan high heels yang tinggi macam tu?? Halus pulak tu. Uishh kalau jatuh tu memang tak selamat.

"Biy.." Akhirnya Azreef dapat mencapai tangan Azreena dan menarik tubuh adik kembarnya itu ke dalam pelukan.

Aku menangis teresak-esak di dada bidang Azreef.

"Dahh.. Stop crying girl, I'm here for you" pujuk Azreef.

Belakang badanku digosok perlahan. Ingin menenangkan aku mungkin.

"Abang minta maaf. Abang tak tahu pun ini rancangan abang Reel. Nanti abang bincang balik dengan dia kalau biy tak suka"

Aku menyapu air mata di kedua belah pipiku. Hidung dan pipi aku mesti dah merah dah sekarang ni. Dengan cuaca panas lagi.

"Takpe abang. Abang Reel still dengan keputusan dia. Biy dah malas dah. Sukahati dia lah nak buat apa. Paling tak pun biy duduk dekat overseas je. Tak payah nak hadap semua ni" balasku.

"Jangan lah biyy nanti abang nak kacau siapa?? Abang nak terjah bilik siapa kalau biy nak lari duduk sana" Azreef memuncungkan bibirnya. Acah merajuk lah tu.

Aku ketawa kecil.

"Abang ni.." Aku kembali memeluk tubuhnya. Azreef memang tidak pernah gagal dalam memujukku apabila aku menangis. Cepat aje ketawa.

Azreef ketawa. Pelukanku dibalas. Hatinya lega melihat Azreena yang sudah ketawa. Satu selesai, now lagi satu masalah nak kena settle.

Mrs. AryanWhere stories live. Discover now