Sepuluh; The truth

429 18 0
                                    

"Mama rasa biy patut terima Aryan. He's a nice boy. Besides, mama and papa knows his parents" kata Mama tiba-tiba.

Aku hanya diam. Berpura-pura tidak mendengarinya.

"Biy..mama is talking to you right?? Pay attention please dear.." Papa pula menegurku.

Aku mengeluh. Pandanganku dialihkan memandang ke wajah putih bersih milik mama.

"Mama, biy dah banyak tersiksa sebab Aryan. Dia tinggalkan biy untuk ajwa five years ago. So, maybe kalau biy terima dia semula dia akan buat benda yang sama. And because of that I don't like Ajwa"

"What?!?" Mama kelihatan terkejut.

Papa juga terdiam. Pertama kali aku bercerita pada mereka tentang kisah lima tahun lepas itu. Lima tahun lepas, hanya aku dan dua orang kembarku sahaja yang tahu tentang semua ini. Aku tidak pernah memberitahu mama dan papa. Apabila mama dan papa menyoal tentang aku, kembarku yang lagi dua orang itu bijak menukar topik jadi sebab itu semua ini dapat dirahsiakan.

"Yes ma...biy bukan suka-suka nak marah abang dengan Ajwa. Biy sakit hati and in the same time, biy takut. Takut kalau Ajwa buat benda yang sama. Abang tahu pasal semua ni tapi dia still berbaik siap bercinta lagi dengan Ajwa. Abang langsung tak fikirkan perasaan biy" kataku. Air mata mula mengalir di pipi. Itulah Tengku Azreena Syafieza Tengku Amsyar, sangat cengeng.

Mama menarik aku ke dalam pelukan. Belakang badanku diusap perlahan meredakan esakanku.

Tanpa aku sedari, ada dua pasang telinga dari tingkat atas ralit mendengar perbualan tiga beranak tersebut.

Azreef hanya diam.

Azreel sudah mengeluh. Berapa banyak kali dia sudah membuat adik kembar kesayangannya itu menangis?? Sebelum ini, dia dan Azreef tidak pernah membuat Azreena menangis seumur hidup mereka. Dan semasa di sekolah juga, tiada sesiapa berani menyakiti Azreena. Kalau tidak, memang nahaslah budak tu!

Tengku Amsyar berdiri dan berjalan naik ke tingkat atas. Dia tahu dua orang puteranya sedang mencuri dengar perbualan mereka di ruang tamu.

Tiba di atas, betul sangkaannya. Azreef dan Azreel sedang termenung di anak tangga paling atas.

"Papa, abang dah buat biy menangis papa..abang jahat" kata Azreel sebak.

Tengku Amsyar tersenyum. Anak kembarnya ini, walaupun umur sudah 21 tahun namun mereka sangat manja. Ada masalah mesti nak mama dengan papa selesaikan juga.

Tengku Amsyar mengajak Azreel dan Azreef ke ruang tamu di tingkat atas.

"Abang tak salah.. Kalau betul abang yakin Ajwa tu jodoh abang, abang kena yakinkan Biy yang Ajwa dah berubah. Dia cuma trauma dengan memori lama dia je. So, bantu dia hadapi semua ni. Sampai bila dia nak berdendam dan hidup single je kan??"

Azreel dan Azreef diam mendengar.

"Dengar tak apa papa cakap ni??"

"Dengar papa"

"Dengar pa"

Jawab Azreel dan Azreef serentak.

Tengku Amsyar tersenyum. Macam-macam hal lah.

Mrs. AryanWhere stories live. Discover now