Jam sudah menginjak ke angka 11.30. Punya lah lama berbual lepas makan malam sampai tak perasan dah lewat.
Aryan mengambil keputusan untuk pulang juga ke rumah keluargaku. Katanya sudah biasa memandu malam.
"Betul ke nak balik ni?? Mummy risau lah"
"Betul miey. Lagipun kitorang tak bawak baju semua. Jangan risau lah InShaAllah takde apa-apa" balas Aryan.
"Reen, tidur sini lah" tak dapat pujuk Aryan, aku pula yang dipujuknya.
Aku menggigit bibir bawah. Serba salah sebenarnya. Kalau ikutkan aku, tidur mana pun tak kesah. Tapi dah Aryan kata balik nak buat macam mana. Budak Aryan tu degil orangnya.
"Mummy, lain kali lah kami tidur sini. Lagipun Yan dah biasa drive malam lah. Jangan risau, mummy janganlah fikir bukan-bukan" pujuk Aryan lagi.
"Biarlah Na, dia pun dah besar" kata daddy menyokong Aryan.
Mummy mengeluh.
"Kalau abang dah kata macam tu, drive elok-elok tau dekat highway nanti" pesan mummy. Aku tahu dia rasa tidak sedap hati daripada tadi lagi.
Perasaan mummy aje kot.
"Okay lah, minggu depan. Kami tidur rumah ye. Bye assalamualaikum"
"waalaikumsalam" kami menyalami tangan mummy dan daddy sebelum masuk ke dalam kereta.
🌸🌸🌸
Highway yang kami lalui lengang pada malam itu. Satu biji kereta pun takde.
"You kalau mengantuk tukar dengan I. Biar I pulak drive" kataku.
"I okay je lah. Dah biasa dah. Kalau you nak tidur, tidur lah. Mesti you penat"
Aku menggeleng.
"Oh shit!!"
"Aryan!"
Aku panik apabila kereta yang dipandu oleh Aryan hilang kawalan.
Aryan juga sedaya upaya mengawal semula keadaan kereta.
Bammm!
Ferrari sport milik Aryan melanggar pembahagi jalan. Mujur Aryan sempat menahan tubuhku daripada terhantuk ke hadapan.
Membulat anak mataku. Perasaan takut dan terkejut mula bercampur.
"You okay??" Aryan mencabut tali pinggang keledar miliknya dan menghadapku. Seluruh tubuhku ditilik.
"I.. I okay" balasku. Nafasku agak laju.
"Ada orang sengaja tuang minyak atas jalan lah. Licin semacam je"
Aryan melihat melalui cermin pandang belakang. Masih tiada kereta. Apa nak buat ni??
Sebotol air mineral diambil dari dalam dashboard dan dibuka penutupnya."Nah you minum air ni. I pergi tengok kat luar kejap" kata Aryan.
"No! Jangan keluar. Mungkin ada orang sengaja buat macam ni ke?? Kita mana tahu" halangku.
"Takpe sayang, I pergi tengok sekejap je"
Tanganku diambil dan diletakkan botol air mineral itu.
"I nak ikut" putusku.
Aryan terdiam.
"Please.. I takut" rayuku.
Keadaan jalan raya yang lengang dan dengan jam yang sudah menginjak ke angka dua belas menakutkanku.
"Okay-okay jom. Tunggu I bukak pintu untuk you" Aryan keluar dan berlari anak ke belah penumpang.
"Pegang tangan I" arahnya. Aku hanya mengikut katanya.
Aryan P.O.V
Aku memeriksa bahagia depan Ferrari sport milikku. Aduh! Kemek habis ni.
Aku memandang ke arah langit. Angin kuat semacam aje malam ni. Janganlah hujan pulak. Mataku meliar ke sekeliling. Kenapa takde kereta yang lalu ni??
"You sejuk ke??" Soalku pada Azreena apabila terasa dia makin merapatkan dirinya padaku.
Dia menggeleng.
"Call lah someone mintak tolong" katanya.
Aku menepuk dahi.
"Apasal lah I tak terfikir nak call orang??"
Aku meraba poket. Phone dalam kereta lah pulak!
"Call abang aje lah. Nah guna phone I" Azreena menghulurkan Iphone7 red miliknya kepadaku.
Aku mengangguk dan mencapai telefonnya.
"Tak jawab lah yang, tiga kali I call Azreel dengan Azreef. Diorang tidur kot" aku menghulurkan kembali telefon bimbit Azreena.
Tiba-tiba perasaan tidak sedap hati hadir. Allah, apa pulak lepas ni??
"Sayang masuk kereta. I rasa tak sedap hati pulak tiba-tiba" aku memimpin tangannya masuk ke dalam kereta semula.
Namun, baru sahaja aku berpusing ke belakang, mataku terlihat akan sekumpulan lelaki yang sedang memegang kayu.
Terus tubuh Azreena aku tarik ke belakang tubuhku.
"Give all your stuff or suffer" kata salah seorang daripada mereka.
Aku mengetap kuat gigiku. Dapat aku rasakan genggaman tangan Azreena pada bajuku semakin kuat.
"Fine! Just take whatever you guys want but please, don't hurt us" kataku. Ah! Biarlah barangku dirompak sekalipun, asalkan isteriku tidak diapa-apakan.
"Good choice" dia mengarahkan orang-orangnya untuk menggeledah Ferrari milikku.
Aku perasan salah seorang daripada mereka yang daripada tadi merenungku. Kepala lelaki itu tiba-tiba disengetkan yang aku rasakan untuk melihat Azreena di belakangku.
Aku terus berganjak ke tepi sedikit untuk menghalang lelaki itu daripada melihat Azreena. Dasar lelaki gila!
"Thank you for your cooperation" ucap salah seorang daripada mereka dan sekumpulan lelaki itu bergegas ke dalam hutan yang berada di tepi highway tersebut.
"Shit!" Aku menendang tayar kereta. Rambutku dikusutkan.
Nasib baik telefon Azreena ada padanya.
Lepas satu, satu. Kereta kemek, barang habis kena rompak!
YOU ARE READING
Mrs. Aryan
TienerfictieSetelah dikecewakan oleh Tengku Aryan, Tengku Azreena sudah serik bercinta namun kemunculan semula Aryan dan Ajwa mengganggu minda Azreena. Ikutkan perasaan marah ataupun memaafkan dengan cara memberi peluang kedua?? Baginya memberi peluang kedua s...