Satu; Next five years

590 17 1
                                    

Lima tahun kemudian..

"Biy lincah lah!!" Suara Azreef memekik daripada bawah.

"Datang.." Aku mencapai Iphone 7 Red milikku. Tak payah bawak duit. Apa guna ada kembar kan?? Haha. Pau duit dia aje lah.

Aku keluar daripada lift dan serentak dengan itu, terpampang wajah tidak puas hati dua orang kembarku. Azreel dan Azreef.

Kami kembar tiga yang menjadi bualan hangat di antara rakyat malaysia. Tengku Azreel Syazrieq, Tengku Azreef Syafrieq dan Tengku Azreena Syafieza. Menjadi terkenal kerana ibu bapa kami yang memang dikenali ramai. Mama mempunyai hospital yang sudah mempunyai banyak cawangan di seluruh malaysia dan luar negara. Papa pula memiliki syarikat megah yang disegani dalam dunia perniagaan.

"Sorry la. Biy terlewat sikit je. Bukan lama sangat pun"

"Bla bla bla" Azreel membuat rolled eyes.

Aku ketawa.

"Abang ni, bukan selalu pun biy lambat" kataku.

"Yelah, yelah"

"So, kita nak pergi mana ni?? Biy baru ingat nak rest tahu tak??" Aku memuncung.

"Alah..asyik kerja je tak best jugak. Kitorang jarang tahu dapat keluar dengan biy. Semua busy, mama dengan papa pun busy" Azreel memulakan ayat pasrahnya.

Ah sudah! Ni yang malas bila mood drama Azreel dah on. Bukan apa, nanti berjangkit dekat Azreef. Itu yang lagi susah.

"Entah biy, biy tahu tak yang.."

Aku mengangkat tangan di hadapan wajah Azreef tanda 'talk to my hand'. Dia nak keluarkan ayat pasrah dia tu lah. Malas nak dengar.

"Okay okay fine biy pergi. Dah jangan nak mulakan drama. Penat dah malam drama, pagi drama. Apalah korang ni, sepesen aje lah" rungutku.

Azreel dan Azreef mencebik.

"Eh nama pun kembar memang sama lah. Alah biy tu pun kuat berdrama jugak. Mama cakap kita bertiga ni sama je lah" bidas Azreel.

Aku mengajuk kata-katanya tanpa suara.

"Hah! Menganjing, menganjing..abang suka sangat" kata Azreel.

Aku hanya tersengih dan berjalan ke kereta yang sudah disiapkan oleh pemandu.

"Abang kita nak pergi mana ni??" Rengekku. Aku menyelit di tengah-tengah antara Azreel dan Azreef.

"Jumpa makwe abang" jawab Azreel selamba.

"Makwe abang?? Seriously?!? Siapa?? Biy kenal tak??"

Aku mula excited.

Azreel berpandangan dengan Azreef. Senyuman hambar terpancar di wajah mereka.

"Kenapa ni??" Soalku pelik. Tiba-tiba je muram gini.

"Takde apa lah" Azreef mencuit hujung hidung mancungku.

Kedua belah pipiku dicium mesra oleh Azreel dan Azreef.

🌸🌸🌸

"Biy pergi washroom kejap" aku meminta diri.

"Okay, nanti terus pergi Starbucks tau" pesan Azreel.

Aku mengangguk faham. Dan kami bertiga berpisah.

Selesai membetulkan tudung yang sudah serabai akibat bergurau dengan Azreel dan Azreef di dalam kereta, aku menuju ke Statbucks.

Kelibat dua orang kembarku dicari. Hah! Jumpa pun.

Namun baru selangkah aku menapak ingin mendekati mereka berdua, mataku terpandang akan wajah dua orang makhluk yang duduk berhadapan dengan Azreel dan Azreef.

Mrs. AryanWhere stories live. Discover now