"Kitorang pergi dulu. Mungkin balik malam. So, kalau mama dengan papa penat, tak payah tunggu kami balik" kata Aryan.
Mama dan papa mengangguk dengan senyuman. Aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa baik diam kan??
"Bye-bye my princess" kata Azreef sambil melambaikan tangannya.
Aku tersenyum kecil dan membalas lambaiannya.
"Jangan buat perangai pulak dekat rumah your mother in law nanti. Takut ada yang kene halau balik sini terus" kata Azreef lagi.
Aku mencebik.
Azreef menghampiriku lalu kepalaku dikunci menggunakan lengannya.
"Abang lepas!! Apa ni?? Sakit lah" aku memukul-mukul lengannya.
Dia ketawa dan melepaskanku.
Aku terus menjauhinya dan berdiri dekat dengan Aryan. Wajahku masam. Selendang yang sudah senget, aku baiki.
Aryan yang melihat hanya menggeleng.
"Apa kau ni!" Marah Azreel.
Azreef ketawa.
"Dah tu, serupa orang bisu aku tengok. Senyum, cebik. Suara mana??" Katanya.
Aku masih lagi muncung. Suka hati lah nak cakap ke tak. Dah takde mood nak bercakap, nak buat macam mana?
Mama dan papa menggeleng. Memang kuat menyakat kembar tiga ni. Cuma yang Azreena ni ikut mood dia.
"Eleh, dah ada suami lari kat suami aje lah" sakat Azreef lagi.
"Diamlah abang.. Tak penat ke daripada tadi membebel?!" Aku tayang wajah tidak puas hati.
"Marah abang pulak?? Reel tengok adik kesayangan kau ni. Aku pulak yang kena" adunya pada Azreel.
Azreel menampar pipi Azreef. Takdelah kuat sangat tapi sakit jugak aku rasa sebab pipi Azree merah.
"Kuaja lah" marah Azreef.
Azreel ketawa. Dia mengendahkan Azreef yang sedang memandangnya tidak puas hati dan berjalan mendekatiku.
"Hah! Jangan dekat kalau nak buat macam abang Reef tadi" aku berganjak dua langkah mendekati Aryan.
"Tak lah, abang tak buat" katanya.
Namun, sekelip mata aku sudah berada di dalam dakapan Azreel. Aku terkedu.
"Abang minta maaf sebab banyak buat biy menangis. Abang sayang biy" bisiknya.
Aku kaku didalam dakapannya. Bibir kuketap kuat. Mataku sudah kabut dengan air mata. Aku rindu dengan Azreel. Beberapa bulan hubungan kami renggeng dan dingin.
"Apa ni! Nak hug jugak" Azreef melangkah ke arah kami dan memelukku serta Azreel.
#siblingshugs
"Biy sayang abang jugak. Dua-dua abang biy. Minta maaf jugak sebab childish sangat" bisikku.
"Eh sudah lah, bila nak gerak kalau duk berpeluk aje" kata-kata papa menyedarkan kami bertiga.
Azreel dan Azreef melepaskan pelukan.
"Lah..hujan dah.. Cengeng lah princess sorang ni" gurau mama.
Aku tersenyum dan menyapu air mataku.
Tanganku digenggam Aryan. Aku hanya membiarkan. Malas nak bergaduh pagi-pagi.
"Kami pergi dulu" Aryan bergerak ke tempat pemandu manakala aku ke sebelah penumpang.
"Bye.. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Baru sahaja Ferrari sport milik Aryan melepas simpang rumah, iphone7 Red milikku berbunyi menandakan ada massage masuk.
Tingg!
Bro Azreel;
Try to accept Aryan in your life. Dia dh brubah. Abang nmpk perubahan dia. Give him 2nd chance. Abg yakin dia xkn kecewakan biy lagi. Trust me. Love you💛Aku mengeleng dan tersenyum kecil. Reen cuba abang, tapi dia kena usaha lebih.
Wajah kacak Aryan yang sedang fokus memandu dikerling sedikit.
YOU ARE READING
Mrs. Aryan
Teen FictionSetelah dikecewakan oleh Tengku Aryan, Tengku Azreena sudah serik bercinta namun kemunculan semula Aryan dan Ajwa mengganggu minda Azreena. Ikutkan perasaan marah ataupun memaafkan dengan cara memberi peluang kedua?? Baginya memberi peluang kedua s...