Enam; I need time

470 17 0
                                    

Setelah mama dengan papa keluar daripada VVIP ward yang menempatkan aku dan Azreef, Azreel pula masuk. Aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Biy abang minta maaf.." Azreel mencapai tanganku.

"Abang Reef macam mana??" Soalku sengaja walaupun aku sudah tahu bagaimana keadaan Azreef. Malas nak dengar ucapan maaf itu sekarang.

Aku tersenyum kelat. Azreena memang akan mengelak daripadaku.

"Abang Reef okay, cuma kecerderaan dia agak dalam jadi ambil masa untuk sembuh" kata Azreel.

Aku merenung ke arah katil Azreef di sebelahku. Wajahnya tetap kacak.

"Biyy" Azreel mencuba lagi.

"I need time. Jangan bercakap dengan Reen selagi Reen tak bersedia" jawabku.

Memang setiap kali bergaduh aku akan menukar kata ganti nama diri daripada biy kepada Reen.

Azreel mengeluh.

"I'm sorry baby" katanya.

Dia bangun dan keluar daripada ward vvip yang menempatkan aku dan Azreef.

Hilang sahaja kelibat Azreel, mutiara-mutiara jernih mula membasahi pipiku. Sakit hati, sakit luka kemalangan, sedih, geram, kecewa semua bercampur. Bercelaru habis!

"Biyy.." Aku berpaling ke arah suara serak yang memanggilku.

Mata hazel milikku bertembung dengan anak mata hazel milik Azreef.

"Abang.." Makin lebat air mataku.

Perlahan-lahan aku bangun dan mendekatinya. Lukaku tidak seteruk Azreef. Aku hanya calar di wajah dan luka di lengan.

"Abang I'm scared. So much you know?? I'm scared of losing you" tubuhnya aku peluk.

Azreef tersenyum. Belakang badanku diusap.

Aku melepaskan pelukan.

"Biy okay tak??" Soalnya.

Aku tayang muka tidak puas hati. Tak nampak agaknya aku ni just calar sikit dan luka sahaj. Tiada yang patah, retak mahupun terseliuh.

"Abang, patutnya biy yang tanya abang. Biy luka sikit je. Abang yang teruk" bebelku.

Azreef tergelak kecil. Haihlah abang, gelak pun handsome..

"Tak cantik dah muka my little twinnie nie"

Jari Azreef mula mengusap wajahku.

"Abang minta maaf sebab tak perasan kereta tu. Dengan biy sekali kena" sambungnya.

Aku mengeluh. Jarinya yang bermain diwajahku diambil dan digenggam erat.

"Dah takdir abang, biy tak salahkan abang. And biy tak nak abang salahkan diri abang. Macam abang menyalahkan takdir pulak"

Azreef tersenyum.

"Love you ma little twinnie. So much"

"I love you more ma bro. Infinity"

Mrs. AryanWhere stories live. Discover now