Lapanbelas; Lagi sedap

497 16 0
                                    

"Aryan mana??"

Aku yang sedang termenung memandang kolam renang yang agak besar di hadapanku terus berpaling. Mummy rupanya.

"Dia tidur dekat atas" balasku. Aku berganjak sedikit untuk memberikan mummy ruang duduk.

Mummy mengambil tempat di sebelahku.

"Mummy nak tanya sikit ni"

"Tanyalah. Mummy nak tanya banyak pun boleh" selorohku.

Mummy tergelak kecil.

"Reen dah maafkan Aryan ke??"

Aku tersentak. Wajah mummy aku pandang

"Maafkan?? Maksud mummy?" Soalku pura-pura tidak tahu.

"Mummy tahu sayang, semua yang jadi lima tahun lepas. Mummy minta maaf sebab dia buat Reen macam tu"

Aku tersenyum kelat.

"Reen baru jumpa dia balik tiga bulan mummy, lepas lima tahun tak jumpa lepastu jumpa balik tiga bulan lepas, then terus kahwin. Reen pun tak tahu"

"Takpe sayang, mummy tahu apa yang Yan buat tu teruk. Reen sakit hati. Tapi tiga bulan lepas, masa Reen jumpa dia, dia jadi lain. Dia gembira, manja macam dulu balik. Kalau tak, asyik muka ketat aja. Mana nak senyum" cerita mummy.

Aku tersenyum kecil. Tak dapat bayang macam mana wajah Aryan yang ketat. Yeah, tak dapat dinafikan Aryan memang seorang yang manja dan gembira sepanjang masa. Nak tengok dia marah pun susah.

"Tapi Reen dah janji dengan diri Reen untuk bagi dia peluang. Sikit-sikit maybe Reen akan bukak semula hati ni untuk dia" balasku.

Mummy mengangguk faham.

"Mummy tahu dia sayang sangat dekat Reen. Hari-hari cerita pasal Reen"

"Reen sendiri tak pasti mummy. Tapi apa yang pasti memang Reen tak pernah bercinta dengan siapa-siapa lima tahun lepas. Reen ada dua orang je kawan lelaki lepas abang-abang"

"Mummy tahu. Mummy pun tahu yang Aryan spy Reen setiap hari sampai dia gaduh besar dengan Ajwa. Mummy marah dia at first sebab semua ni salah dia. So, tak perlu lah nak cari Reen lagi. Tapi dia degil"

Aku tersenyum memandang mummy.

"Dia memang degil pun" kata kami serentak dan tawa kami berdua meletus.

"Eh lama berbual sampai lupa nak siapkan minum petang. Kejap lagi daddy balik. Jom masuk, panas kat luar ni" ajak mummy.

"Jom, Reen tolong mummy siapkan makan petang" aku memimpin tangan mummy ke dalam rumah.

🌸🌸🌸

Sedang aku berbual dengan mummy dan daddy yang baru sahaja pulang di ruang tamu, tiba-tiba kami diganggu satu suara daripada tingkat atas.

"Biy, I lapar" Aryan turun dengan wajah yang sudah dicuci tetapi rambut agak messy. Allah! Nampak sangat baru bangun tidunya..

"Hah! Bangun pun putera beradu ni. Meh duduk" ajak mummy.

Aryan tersengih apabila digelar putera beradu. Rambutnya dibetulkan sedikit dan dia berjalan ke sofa yang sedang diduduki aku.

"Yang, I lapar lah" katanya lagi.

"Iye, I dengar. Duduk dulu. I hidang kejap" kataku. Aku sedar dia memanggi aku dengan panggilan 'yang' tetapi aku hanya menghiraukannya. Takkan nak bergaduh depan mummy pulak kan??

"Mummy tolong" kata mummy.

"Eh! No no..mummy duduk je biar Reen yang buat. Alah...bukan susah pun. Sikit aje"

"Betul ni??" Mummy agak ragu-ragu.

"Iye mummy, sekejap ye" aku berjalan ke dapur.

Setelah meletakkan pinggan puding roti caramel yang aku buat tadi dan air yang dibuat mummy ke atas dulang, aku berjalan keluar daripada ruangan dapur. Alah macam tak biasa buat kat rumah!

"Okay.. Nah!!" Aku menghidangkan satu persatu di hadapan mummy, daddy dan Aryan.

"Wah puding roti caramel! Sedap ni. Siapa buat??" Soal Daddy.

"Manantu kesayangan saya lah" jawab mummy.

"You buat??" Aryan memandangku.

"Ingat aku tak pandai masak lah tu" gumamku perlahan namun dapat didengari oleh Aryan.

"Bukan macam tu lah! I terkejut je" kata Aryan.

Aku mencebik. Iye lah tu!

Aryan mengambil piring yang berisi puding roti tersebut dan mencubanya.

"Emm sedap!" Pujinya ikhlas.

Aku hanya tersenyum kecil. Suka bila orang lain suka apa yang kita masak.

"You tak makan ke??" Soal Aryan.

"Takpe, you makan lah. I yang masak so, kenyang"

"Ada pulak macam tu. Ni makan. Bukak mulut" bebel Aryan.

Sudu kecil yang sudah berisi puding roti tersebut telah disuakan betul-betul di hadapan mulutku.

Aku terus mencapai sudu tersebut dan terus menyuap kedalam mulut Aryan.

"I kenyang lah" kataku mendatar.

"Emm..lagi sedap lah bila you suap" sakat Aryan.

Aku menggigit bibir bawahku. Budak ni kang! Mataku tajam melihat ke dalam anak mata kelabu milik Aryan.

Aryan terus berpusing ke hadapan dan menyuap masuk puding roti tersebut ke dalam mulut sambil anak matanya melilau ke sana sini. Sengaja lah tu!

Aku menggeleng kecil.

Mrs. AryanWhere stories live. Discover now