Lima; excident

486 17 0
                                    

Azreef ketawa. Pelukanku dibalas. Hatinya lega melihat Azreena yang sudah ketawa. Satu selesai, now lagi satu masalah nak kena settle.

Pinn!!

Buk!!

"Allah!" Aku dan Azreef sudah terbaring di atas jalan raya.

Azreef tercampak sedikit jauh. Dengan linangan air mata menahan sakit dan takut, aku mencuba untuk bangun. Namun gagal. Rasa sakit semakin mencengkam.

Mataku melekat pada wajah Azreef yang sudah tidak sedarkan diri. Wajahnya dipenuhi darah.

"Ab..abang.." Tangisku dalam kesakitan.

Sakitnya sudah tidak boleh ditahan lagi. Orang ramai mula mengerumuni kami. Pandanganku mula kabur.

Telingaku dapat mendengar suara-suara cemas meminta pertolongan.

"Biy!! Reel!! Ya Allah" Azreel kaku melihat dua tubuh kembarnya terbaring di atas jalan raya dengan dipenuhi darah.

"Biyy.. Bangun biy, stay awake. Reel, bangun Reel..aku tahu aku salah.. Biy!! Reel!!" Tangis Azreel. Kepalaku dipangku.

Aryan dan Ajwa sudah kaku. Terkejut, terkelu, terkesima dan segala jenis ter yang ada.

🌸🌸🌸

"Azreel..macam mana boleh jadi ni??"

Mama dan papa bertanya cemas kepadaku. Dari riak wajah mereka sudah tahu yang mereka tersangat risau.

Ajwa dan Aryan sudah aku suruh pulang walaupun Aryan berkeras tidak mahu pulang. Risau sangat dia pada Azreena.

"Reel tak tahu ma" hanya itu yang dapat aku katakan. Wajahku pucat.

Perasaanku kini bercampur baur. Takut, kesal, marah pada diri sendiri dan lain-lain.

Papa dan mama terus memeluk tubuhku. Kami kembar tiga memang sangat rapat walaupun selalu bergaduh. Apabila jadi begini, aku jadi hilang punca. Tambahan lagi semuanya berpunca daripada aku.

"Reel minta maaf mama, papa" aku mula menangis lagi.

Di mataku kini terlayar kembali memori kami tiga beradik. Segala memori manis yang membuatkan aku bertambah takut. Takut kehilangan dua orang kembarku.

Aku cuma mampu berdoa dan menangis ketika ini. Kata-kata terakhir yang diucapkan Azreena dan Azreef bermain-main di mindaku.

"Abang takkan jumpa biy lagi dah lepas ni"

"Jangan harap kau dapat tengok muka aku dengan biy sampai bila-bila"

Makin lebat air mataku. Allahu..

🌸🌸🌸

"Doc, how's my children??"

"Thanks to Allah, mereka hanya cedera ringan"

"Alhamdulillah" aku sudah menghembus nafas lega.

Mama dan papa dipeluk erat sebagai sumber kekuatan.

"Tetapi kecederaan yang dialami Azreef  pada kepalanya agak dalam jadi ambil masa sedikit untuk sembuh" sambung doktor tersebut.

Aku mengangguk. Mereka berdua cedera ringan dan tiada yang serius juga sudah menjadi satu berita baik untukku.

Mrs. AryanWhere stories live. Discover now