Limabelas; Kiss

565 16 0
                                    

Aryan P.O.V

Aku bangun sedikit awal pada pagi itu. Bukan sedikit, tapi memang gila awal aku bangun. Pukul 4.45 pagi. Biasanya aku bangun 6.00 pagi.

Wajah polos Azreena yang sedang tidur dan masih memakai tudung itu aku perhatikan. Senyuman kecil terbit di bibirku. Azreena, Azreena..tidur pun cantik. Tapi yang dahsyatnya, tudung dia sikit pun tak senget or renyuk.

Aku mendekati katil Azreena dan perlahan-lahan melabuhkan punggung di sebelahnya. Keluhan berat terbit dari mulutku.

"Apa yang I boleh buat supaya you dapat maafkan I?? I'll do anything for you. But please, don't ask me to leave you. I'm begging you dear. I love you so much" tuturku. Wajahnya masih menjadi santapan anak mataku.

Wajah yang aku rindukan selama lima tahun. Wajah yang menjadi tembok dihatiku sehinggakan tidak boleh dimasuki mana-mana perempuan lain selain daripada Mummyku.

Perlahan-lahan wajahku didekatkan dengan wajah Azreena. Pipi mulus Azreena dikucup sekilas. Sebelum aku melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Azan subuh pun dah nak dekat.

End P.O.V

Mataku dibuka apabila yakin Aryan sudah masuk ke dalam bilik air. Air mataku yang ditahan daripada tadi mula mengalir deras. Pipi yang menjadi tempat ciuman Aryan sebentar tadi disentuh.

"I miss you but it hard to forgive you. Sorry" air mataku yang mengalir dilap kasar.

Kau manja Azreena. Sikit nangis. Cengeng!

Ya, aku dengar semua yang Aryan cakapkan. Jujur aku memang tak boleh tidur semalaman so, just pejamkan mata je. Aku agak terkejut tadi bila terdengar suara Aryan dan tempat disebelahku seperti diambil orang. Yang paling aku rasa nak mati sekali bila dia suka-suki aje kiss aku. Ishh! Dia ingat dia siapa?? Eh! Dia suami kau lah Reen.

"Keep going Aryan, do everything till my heart can accept you again in my life. Maybe one day" gumamku.

Klack!

Bunyi pintu bilik air dibuka. Aku memandang kosong Aryan yang sudah siap berpakaian.

Aryan kelihatan kaget melihat aku yang sudah bangun.

"Bila you bangun??" Soalnya.

"Two minutes ago" bohongku.

"Huh! Nasib baik" gumam Aryan perlahan. Ingt aku tak dengar agaknya.

"What??" Sengaja aku bertanya.

"Emm nothing. Kita solat berjemaah. I tunggu you" dalihnya.

Aku menggeleng kecil mendengar balasannya. Nothing konon! Ingat aku tak tahu dia takut aku dengar apa yang dia cakap tadi. Siap kiss aku!! Selama aku hidup, kembar aku, mama dengan papa je yang pernah cium pipi aku tahu??

"Okay" aku membalas sepatah dan terus mencapai baju serta tuala untuk membersihkan diri.

🌸🌸🌸

"Biy harini pergi rumah family Aryan kan??" Soal papa.

"Hmm..why pa??" Soalku.

"Takde apa. Saja je tanya" papa menoleh ke arah tangga dan kemudian matanya melilau ke sekeliling.

Melihat papa begitu, automatik mataku juga melilau ke sekeliling. Papa dah kenapa??

"Pa cari apa??" Soalku pelik.

"Takde lah. Ni papa nak biy ingat apa yang papa cakap ni. Belajar memaafkan Aryan. Jangan hukum dia atas kesilapan yang dia dah buat. Ingat, dia suami biy sekarang ni"

Aku mengeluh.

"It's hard papa"

"Yeah I know, but try okay?? Try hard. Kalau susah sangat, biy perhatiakn je gerak-geri dia. Perhatikan tahap kesabaran dia, pengorbanan yang dia buat hanya untuk dapatkan kemaafan daripada biy. In sha Allah, one day hati biy akan tersentuh dan terbuka untuk memaafkan dia"

"Kalau dia ulang benda yang sama bila biy dah maafkan dia??" Aku mula menunduk. Memang itu yang aku risaukan.

"Doa sayang, InshaAllah tak. Papa yakin he's the one for you" Tengku Amsyar memang hebat dalam memberikan kata-kata semangat dan dorongan.

"Fine I'll try but slowly" aku mengaku kalah.

Aku memang selalu kalah dengan papa berbanding mama. Mungkin sebab sama-sama perempuan sebab itu aku dan mama, masing-masing memang tidak mahu kalah.

"Sayang-sayang mama semua, jom breakfast" panggil Mama daripada dapur.

"Biy, tolong panggilakn abang-abang. Jangan lupa your husband sekali"

Aku mengangguk dan mula menapak ke atas. Pagi-pagi kena lah bersenam takkan nak naik lift je 24 jam.

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

"Turun breakfast!"

Aku bergerak pula pada bilik sebelah. Bilik Azreef pula.

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

"Breakfast time!!"

Dan aku terus bergerak ke tingkat tiga.

Baru sahaja aku ingin mengetuk pintu, pintu bercorak jati berwarna putih itu sudah terbuka daripada dalam. Tersembul wajah kacak Aryan.

Dia kelihatan agak terkejut. Mungkin sbab buka pintu je terus bertentang mata dengan aku.

"Breakfast" kataku sepatah dan terus berlalu turun.

Azreel dan Azreef hanya menggeleng melihat kelakuanku yang hanya bercakap sepatah sahaja.

Mrs. AryanWhere stories live. Discover now