Duadua; Pendedahan media

502 17 0
                                    

Keluar sahaja daripada bilik air, Aryan sudah menunggu di atas katil.

"I nak cakap sikit ni" Aryan memulakan mukaddimahnya.

"Cakaplah" kataku. Tetapi mataku sedikitpun tidak memandangnya.

"Azreena, look at me!" Suara Aryan kedengaran sedikit bengang.

Dengan malas aku menandang wajahnya.

"What?"

"Kita pindah rumah. Duduk rumah I"

Kini fokusku hanya pada Aryan. Pindah??

"Why??"

"We're married. Sampai bila nak bergantung pada family you je. Besides, I ada rumah tak jauh pun daripada sini. And dekat dengan office I and AMC."

Aku terdiam. Ada betul juga apa yang Aryan katakan.

"Up to you. I ikut je" akhirnya aku membuat keputusan.

"Okay good. Bila you masuk kerja??" Soalnya.

"Bila-bila yang I nak"

"Ouh, untunglah doktor" kata Aryan perlahan.

"Bila nak pindah??" Soalku.

"Esok?? Lusa?? Entah lah, I pun tak pasti" Aryan mengusutkan rambut perangnya.

"Esok aje. Senang nak kemas barang, boleh rest sebelum masuk kerja. Cuti bukan lama sangat pun" aku memberi cadangan.

Aryan mengangguk.

"Masa lunch nanti kita bagitahu semua orang"

"Okay" aku terus mencapai iphone 7 red milikku.

Daripada tadi notification phone ni berbunyi. Ada apalah agaknya.

MediaVnews; Tengku Aryan & Tengku Azreena keluar bersama sehingga pulang lewat malam??

Tengku Aryan Azriel, jutawan muda yang juga seorang CEO di AA Holdings telah keluar bersama seorang doktor, yang juga pemilik kepada Azreena Medical Centre (AMC) sehingga mereka pulang lewat malam. Menurut laporan beberapa pihak, mereka berdua ditimpa kemalangan kecil dan dirompak di Lebuhraya Plus lebih kurang jam 12.30 pagi. Tiada kecerderaan fizikal yang dihadapi. Sehingga kini, masing-masing hanya mendiamkan diri dan tidak menyatakan apa-apa penafian mahupun pengakuan tentang hubungan mereka.

Aku mencebik. Ada aje lah, yang nak menyebok! Notification daripada instagram aku abaikan. Kenapa?? Mesti peminat Aryan duk kecam aku lah tu. Menyampah! Lantas aku log out daripada akaun instagram milikku. Dalam dua tiga hari reda lah semua tu.

"Ada apa tu?? Daripada tadi berbunyi je phone you" soal Aryan.

"Gossip from internet, e-mails from reporter and haters comment from instagram. Hergh! Normal" aku membuat rolled-eyes.

"Kita buat press confrence pasal our wedding. I menyampah dengan manusia yang suka tuduh melulu ni" cadang Aryan.

"Sukahati. I ikut je apa-apa pun" aku terus berjalan meninggalkan Aryan dan duduk mengambil angin di balkoni.

Aryan mengeluh. Mana Azreena yang dulu?? Yang manja, happy-go-lucky and cheerful??

🌸🌸🌸

"Emm Yan ada benda nak cakap ni. Nak minta izin semua orang sekali" Aryan memulakan bicara.

Kini semua mata mamandang Aryan dan aku.

"Apa dia??" Soal papa.

"Yan ingat nak pindah duduk rumah Yan. Iye lah, kami pun dah kahwin so, sampai bila nak bergantung aje pada family kan?? Mama dengan papa okay??" Soal Aryan agak berhati-hati.

Mama dan papa berpandangan sesama sendiri.

"Mama dengan papa okay je. Yan dah bincang dengan biy belum??"

Papa memandangku.

"Dah papa, biy ikut je keputusan Aryan" jawabku.

Papa mengangguk.

"Kalau macam tu, ikut Yan lah. Korang pun dah kahwin. Kene belajar hidup berdikari pulak" kata papa.

"Betul tu" tiba-tiba Azreel menyampuk.

Aku memandangnya jengkel.

"Ei sebok!"

Azreel mengecilkan anak matanya sambil memandangku.

"Abang sokong apa yang papa cakap aje kan" balasnya.

"Abang bila nak kahwin??" Soalku tiba-tiba.

Azreel terdiam.

"Hah! Papa sokong soalan biy" kata papa pula. Saja mengusik.

"Mama!!" Abang mula merengek.

"Eii macam baby" kutuk Azreef pula.

Aku tersengih dan berhigh-five dengan Azreef.

Makin panjang muncung Azreel.

"Hmm..mama!!"

"Ya Allah..sudah-sudah lah tu. Malu dengan mummy, daddy Aryan. Perangai masing-masing" mama menggeleng.

Aku dan Azreef hanya mampu tersengih manakala Azreel memuncung.

"Oh ya, kami nak buat confrence pasal perkahwinan kami. Media dah start buat gossip bukan-bukan" kata Aryan.

"Bagus jugak tu. Takdelah kene serang dengan fitnah" papa bersetuju.

Mrs. AryanWhere stories live. Discover now