episodio quattro(4)

1.3K 54 0
                                    

Ungku Najma menelan air liurnya. Enth knp dia rsa kelat sgt mahu menelannya.

Di hadapannya kini adalah universiti yang pernah ditinggalkannya 4 tahun lalu.

Kini, dia akan mulakan langkah baru dalam hidup universitinya. Langkah baru, kehidupan baru, malah rakan baru. Insyaallah

Lama dia berdiri di hadapan universiti itu. Entah bilalah gadis itu mahu ambil langkah masuk ke dalam.

"Masuklah" kata satu suara garau.

"Haa, kalaulah aku boleh." jawapnya selamba. Tiba-tiba dia tersedar. Siapa yang sedang bercakap dengannya?
Ungku Najma memandang  kanannya dimana suara itu datang.

Matanya membulat saat melihat empunya suara itu.

"Kau?!" terjerit Ungku Najma. Tangan ditunding ke arah empunya suara itu.

"Aku?" balas Ungku Uzzam sambil tangannya pula menunding diri sendiri. Mengajuk perbuatan Ungku Najma.

Yup. Empunya suara garau itu adalah Ungku Uzzam. Tada.. Apa pula kali ini?

Ungku Najma menarik lengan lelaki itu agar mengikutnya. Ungku Najma membawa Ungku Uzzam ke dalam universiti tanpa dia sedar.

Gadis itu menarik Ungku Uzzam ke tempat yang kurang orang agar mereka senang dapat bercakap.

Ungku Uzzam hanya mengikut sahaja.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Ungku Najma bengang. Dahlah dekat rumah pun ada Ungku Uzzam. Takkan dekat universiti pun kena hadap muka lelaki itu.

"Aku buat apa kat sini? Aku nak belajarlah. Itu pun tak fikir ke" perli Ungku Uzzam. Saja menaikkan kemarahan gadis itu.

"Who give you permission to study here?" Ungku Najma masih tidak berpuas hati.

"Mama" simple sahaja jawapan balas lelaki itu.

"Arghhh, mama...." stress Ungku Najma dengan perangai Tengku Nadrah yang membuatkannya sakit kepala.

"Lagipun aku datang sini nak tolong kau juga" kata Ungku Uzzam jujur.

"Tolong apa? Disebabakan kau sampai sekarang aku tak masuk-masuk lagi universiti" balas Ungku Najma straight. Dia tidak sedar lagi yang dia sudah pun berada di dalam universitinya.

"Cuba kau tengok kau di mana sekarang" geram pula Ungku Uzzam dengan sikap tidak cekap Ungku Najma itu.

"Kita kan kat depan u..." terdiam terus Ungku Najma apabila melihat ramai orang berada di kawasan itu. Dia pandang lantai. Memang benar dia sudah berada di dalam.

"Aku membantu kan?" perli Ungku Uzzam lalu beredar dari situ sebelum sempat Ungku Najma membalas kata-katanya.

Ungku Najma malu sendiri. "Kenapalah cuai sangat ni" dia memarahi dirinya sendiri.

Dia memandang Ungku Uzzam yang pergi meninggalkannya itu.

"Membantu jugalah" kata Ungku Najma acuh tak acuh. Dia lalu pergi berjalan ke tempat kuliahnya.

King From ITALIWhere stories live. Discover now