episodio quattro(4)

1.2K 55 0
                                    

"Weyh,weyh kau tahu tak ada student baru tahun ni. Hensem weyhhh" kedengaran suara gedik sekumpulan gadis gedik.

Ungku Najma tidak mengendahkan suara itu. Lebih baik dia study. Cepat habis belajar, cepat keluar dari universiti itu.

"Aah weyhh. Dengar cite dia kacukan itali. Mata dia warna kelabu weyhhh" kata salah seorang dari kumpulan gadis gedik itu

Ungku Najma yg mendgrnya tersentak. Terbatuk-batuk di dibuatnya. Kumpulan gadis tadi memandangnya pelik.

"Haih, baru masuk dah famous" dia memerli Ungku Uzzam. Dia dpt agak Ungku Uzzam lah orang yang diperkatakan itu.

Mana ada lagi orang kacukan mat salleh dekat universitinya itu selain dirinya. Lagi² Ungku Uzzam itu lelaki.

Sedang dia belajar, kedengaran suara jeritan dari kumpulan gadis gedik itu.

"Weyh, weyh dia datang kat sinilah!" menjerit salah seorang dari mereka.

Mendengar kata² itu, Ungku Najma segera menaikkan kepalanya.

Kelihatan Ungku Uzzam sedang berjalan menghampiri ke arahnya. Dia tahu lelaki itu mahu datang ke arahnya.

"Jangalah datang" dia mengomel sendiri. Malangnya lelaki itu semakin menghampiri.

"Tak boleh jadi ni" Ungku Najma segera mengemaskan buku-bukunya.

Ungku Uzzam yg melihat gadis itu mahu pergi, dilajukan langkahnya.

Ungku Najma berjalan laju ke tempat lain. Ungku Uzzam pula mengejar. Tapi masih dalam keadaan berjalan laju.

Untuk seketika, berlaku adegan kejar mengejar aantara mereka berdua itu.

Kumpulan gadis tadi memandang Ungku Najma hairan. Kenapa lelaki mat salleh itu seakan-akan mengejar gadis itu.

Semakin laju Ungku Najma berjalan, semakin laju juga Ungku Uzzam mengejar.

"Laju betul dia berjalan" omel Ungku Uzzam sendiri saat dia cuba mengejar gadis itu.

Dia melihat sekelilingnya. Tdk ramai orang. Dia berlari dan menarik lengan Ungku Najma.

Ungku Najma tertarik ke belakang dibuatnya. Dia menjeling lelaki itu. Sesuka hati memegang lengannya. Nasib baik berlapik.

"Apa pula kali ni?" tnya Ungku Najma geram. Macam-macam kelakuan lelaki itu yg memeningkan kepala Ungku Najma.

"Lunch dgn aku, jom" ajak Ungku Uzzam. Kerana itulah dia mengejar gadis itu.

Ungku Najma pandang lelaki itu dengan pandangan menyampah.

"Puasa" simple shj jawapan Ungku Najma. Hari ini Isnin memang dia dan Tengku Nadrah akan berpuasa sunat.

Ungku Uzzam yg mendgrnya terkejut. "Betul ke?" dia bertanya. Terkejut plus kagum melihat gadis itu.

"Hari ini Isnin. Aku dengan mama puasa sunat." terangnya.

"Tak percaya sila tanya mama" katanya lagi. Dia tahu pasti lelaki itu tdk mempercayainya.

"Eh,eh.Aku percaya je" kata Ungku Uzzam. Dia tahu pasti Ungku Najma igt dia tdk mempercayai kenyataan itu.

"Dah tu knp tanya?" bengang Ungku Najma dibuatnya.

"Kagum. Aku kagum dengan kau" balas Ungku Uzzam dgn senyuman manisnya.

Ungku Najma yg mendgrnya segera berdehem. "Ehmm, ehmm"

Pipinya naik merah. Muka dikalihkan ke tempat lain.

Ungku Uzzam yg melihat tindak balas gadis itu tergelak kecil.

"Oklah. Aku nak gi makan. Sorry sbb ajak kau. Bai. Assalamualaikum" Ucap Ungku Uzzam lalu berlari menuju ke kafe universiti.

Ungku Najma tdk sempat membalas kata² lelaki itu apabila melihat Ungku Uzzam sudah jauh di hadapan.

"Waalaikumussalam" lambat² Ungku Najma membalas salam yg diberi oleh Ungku Uzzam sebentar tadi.

Dia mengelengkan kepalanya lalu berjalan menuju ke perpustakaan.

King From ITALIWhere stories live. Discover now