"Yarggg, finally. Home" bersorak Ungku Najma bila kuliah terakhir nya habis. Dia mengemaskan buku-bukunya.
Sedang dia mengemas dia terperasankan buku yang dia pinjam dari perpustakaan, tengahari tadi.
"Haih, ni kena pulangkan ni" keluh Ungku Najma. Dia pun satu, entah macam mana boleh terlupa untuk menghantarnya sebelum kuliah terakhir mula.
Dia berjalan keluar lalu meneruskan langkah ke perpustakaan.
Sedang dia berjalan, tiba² datang sekumpulan lelaki mengepungnya. Terkejut Ungku Najma dibuatnya.
Dia memandang muka² para lelaki itu. Dia dapat agak gerangan siapa ketua mereka itu.
Tiba² kedengaran tepukan tangan dari hadapan. Bunyinya bergema. Maklumlah tiada org pada saat itu. Semua sudah beransur-ansur pulang
Lelaki² yg mengepung Ungku Najma dari hadapan, membuka sedikit ruang agar org yg bertepuk tangan itu dapat masuk ke dlm kepungan itu.
Ungku Najma menjeling lelaki itu. Nazri. Atau mungkin boleh panggil dia Ungku Nazri. Anak Tengku Afendi. Yup anak tengku ni beb.
Harap sahaja anak tengku. Perangai macam samseng jalanan. Pernah sekali ditangkap. Ingatkan sudah bertaubat. Rupanya masih belum terbuka pintu hidayah untuknya.
Ungku Nazri berhenti di hadapan Ungku Najma. Dia tersenyum sengih.
"Tak sangka kau berani tunjuk muka lepas kejadian tu" katanya. Seakan mengugut. Malah dia juga mengingatkan Ungku Najma tentang kejadian yg menyebabkan dia trauma hingga sekarang.
Mengingatkan kejadian itu sudah cukup buat Ungku Najma yg keras hati itu kepada penakut.
Badannya mula mengeletar.Dia tdk boleh macam ni. Dia perlu kuat.
"Kau nak apa lagi,samseng. Ingatkan dah insaf. Rupanya belum lagi terbuka pintu hidayah untuk kau." pedas kata² balas dari Ungku Najma.
"Eii, budak ni!" terhenti penumbuk salah seorang pengikut setia Ungku Nazri bila lelaki itu menberi isyarat berhenti.
Dia semakin menghampiri Ungku Najma.Gadis itu mula panik. Dia mengundurkan dirinya kebelakang.
"Dah pandai skrg." kata Ungku Nazri dlm nada yg sgt menakutkan.
Ungku Najma bertambah takut. Dia mahu menjerit meminta tolong. Tapi mulutnya terkunci.
"Ganas. Tapi aku suka" kata Ungku Nazri lagi smbil tgn dinaikkan untuk menyentuh gadis itu.
Ungku Najma yg panik hnya mampu menolehkan mukanya. Mata ditutup serapatnya. Mahu lari pun tdk boleh kerana sudah dikepung puluhan lelaki.
Lama dia begitu. Dia jadi hairan. Knp tdk dia rasakan jari di wajahnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.
Terpanpang satu tubuh tegap di hadapannya. Melindungi gadis itu. Dia terpaku. Dia kenal susuk tubuh itu.
"Sekali kau sentuh dia, aku akan pastikan kau Merempat" tenang sahaja Ungku Uzzam mengatakan itu. Tapi penuh dgn nada menakutkan.
Tanganya menahan tgn Ungku Nazri dari menyentuh wajah Ungku Najma.
Matanya tepat memandang muka Ungku Nazri. Mahu sahaja dia menelan lelaki di hadapannya itu.
Ungku Nazri rasa sakit kerana pegangan tangan Ungku Uzzam yg kuat.
Melihat Ungku Nazri sudah mula kesakitan, Ungku Uzzam melepaskan genggaman tangannya.
Ungku Nazri memegang tangannya yg sakit itu. Mmg terasa hingga ke tulang.
"Berani kau!" Ungku Nazri menyerang Ungku Uzzam.
Ungku Uzzam mengangkat Ungku Najma lalu mengelak serangan tangan Ungku Nazri. Hbis ke depan lelaki itu akibat tdk berjaya menumbuk Ungku Uzzam.
Melihat ketuanya sudah tdk berjaya menumpuk Ungku Uzzam, ahli² kumpulan itu mula menyerang Ungku Uzzam.
Ungku Uzzam mengelak setiap satu serangannya sambil tangannya mengangkat Ungku Najma agar gadis itu tdk terkena walau satupun sentuhan.
Ungku Najma jadi panik. Takut dia apabila dia diangkat terlalu byk itu.
Anak-anak buah Ungku Nazri mula kepenatan. Tiada satu pun yg mengenai Ungku Uzzam dan Ungku Najma
"Awww!" Ungku Najma mengadu kesakitan akibat pukulan tiba² yg hingga di lengannya.
Ungku Uzzam yg terkejut melihat Ungku Najma kesakitan, terus memusingkan kepalanya menghadap org yg berani menyentuh gadis itu.
Ungku Nazri tersengih jahat selepas dapat memukul Ungku Najma.
Ungku Uzzam yg tdk mampu menahan marahnya terus menendang kuat Ungku Nazri. Hbis kebelakang lelaki itu. Sempat anak² buahnya menyambut Ungku Nazri.
Tendangan kuat Ungku Uzzam menyenakkan perut Ungku Nazri. Dia tdk mampu berdiri.
Ungku Uzzam menghampiri lelaki itu setelah meletakkan Ungku Najma ke bawah.
"Aku dah kata jangan sentuh dia. JANGAN SENTUH DIALAH!! PEKAK KE BODOH!! KE TAK FAHAM BAHASA!!" bergema suara jeritan Ungku Uzzam. Habis terkeluar semua kata² tdk elok dari mulutnya. Sedaya upaya dia tahan, tapi gagal. Singa di dlm dirinya mula sedar. Mmg cari fasallah bergaduh dgnnya.
Ungku Najma malah Ungku Nazri and the gang semua menggigil ketakutan.
Semua melutut meminta maaf. "Aku nampak muka korang lagi, mati korang lepas ni. Itu janji aku." katanya dgn nada extra menakutkan.
Ungku Nazri and the gang makin kuat menggigil.
Ungku Uzzam pergi dari situ lalu menarik lengan Ungku Najma agar pergi dari situ juga.
YOU ARE READING
King From ITALI
Romance"Papa, s'il vous plaît Expliquer"(papa,tolong terangkan) Ungku Najma Aubery mula naik angin. Keluarlah semua perancis²nya. Entah kenapa seorang lelaki yg tdk dikenalinya perlu tinggal sekali dengan keluarganya. " Aubery entendu, il a besoin de res...