épisode cinq(5)

2K 70 2
                                    

...........

"Janji. Kita jumpa lagi" budak lelaki yang sudah menangis itu menghulurkan jari pinky promise nya.

"Janji!" gadis comel itu tersenyum sambil jari kelingkingnya menyempurnakan pinky promise mereka. Tidak sabar menunggu hari di mana dia dan budak lelaki itu akan berjumpa.

"Naj, nak tangan" budak lelaki itu menghulurkan tangannya bagi gadis kecil itu meletakkan tangan di atas tangannya.

Gadis kecil itu hanya menurut.

Budak lelaki itu memakaikan satu gelang yang sudah dilipat dua ke pergelangan tangan gadis comel itu.

"Apa ni?" tanya gadis comel itu

Geleng yang berloketkan origami sederhana besar yang tertulis 'Z@M' di atas origami itu dipandang. Sangat cantik!

"Janji aku yang kita akan berjumpa semula." terang budak lelaki itu sambil mengesat air matanya.

Gadis comel tersenyum.

"Kita pasti berjumpa. Kalaulah Naj tak kenal Zam, mestilah Zam kenal Naj. Kan?" kata gadis itu lagi dengan suara comelnya.

Budak lelaki yang bernama Zam itu tersenyum lalu menganggukkan kepala.

"Zam akan ingat Naj. Zam janji"

.............

"Hahh!!" Ungku Najma dan Ungku Uzzam terjaga bersama. Selepas mimpi sesuatu yang aneh. Mungkin hanya aneh bagi Ungku Najma dan bukan Ungku Uzzam.

Terkejut Tengku Aillard, Tengku Nadrah dan Ungku Uzaira sewaktu mencuba mengejutkan dua remaja itu. Hingga terduduklah mendengar jeritan nyaring yang sudah berkabung meletop  kedua dua ungku itu.

Ditambahkan lagi dengan gandingan suara mereka berdua yang serentak, cukup memberhentikan orang orang yang sedang bersenam.

"Astafirullahalazim. Kamu berdua ni Kenapa?" geram pula Tengku Nadrah dibuatnya. Dek kalau dia ada sakit jantung, tak ke mengelupur di situ.

Ungku Najma memandang Ungku Uzzam. Ungku Uzzam turut memandang Ungku Najma.
'Apa semua ni!!?' hati Ungku Najma menjerit semahunya. Dia pening. Dia penat. Dia tertanya tanya. Bila semua misteri ini akan terungkai?

"T-tak ada apa ma" balas Ungku Najma lalu bangun dari duduknya bagi menuju ke bilik. Ungku Uzaira mengejar Ungku Najma yang sudah dianggap kakak baginya.

Tengku Aillard dan Tengku Nadrah terpinga-pinga. Mereka memandang ke arah Ungku Uzzam semula.

"Ha...." Ungku Uzzam menyambungkan pembaringannya. Lengan dibuat bagi menutupkan mata. Otak serabut sekarang ini. Dia cuba bertenang.

"Oii" Tengku Nadrah mencuitnya. Tak sedar dia yang Tengku Aillard dan Tengku Nadrah masih disitu memandangnya.

Ungku Uzzam mengalihkan sedikit lengannya bagi melihat Tengku Nadrah merangkap mama angkatnya.

"Ya,ma" Ungku Uzzam menegur dengan keselambaan badaknya. Apa dia terlupa ke?

Tengku Nadrah memandang Ungku Uzzam tak percaya.

"Kamu ni nyanyok ke apa? Ke uzur sama macam Ira" Perli Tengku Nadrah. Perlian mamanya menyedarkannya. Dia tak solat lagi!!

"Aaaa-aaa Agus nak solat lah ni" dia terkebil kebil bangun. Takut. Tengku Nadrah kalau bab solat memang tegas.

Terus Ungku Uzzam mengambil langkah seribunya berlari masuk ke bilik. Bilik air menjadi destinasi utamanya.

Tengku Nadrah dan Tengku Aillard memandang antara satu sama lain lalu menggeleng kecil dengan gelagat anak anak mereka itu.

King From ITALIWhere stories live. Discover now