bab 9

155 23 3
                                    

LELAKI berambut pendek merenung Dylan yang menyepi.

"Jadi, macam mana?"

"Macam mana apa?" soal Dylan semula.

Dua lelaki berambut perang berpandangan sesama mereka. Kemudian, beralih memandang Dylan yang kelihatan tenang. Dengusan kasar terkeluar dari rongga hidung mereka.

"Kau ajak aku bergabung. Tapi kau berdua lupa satu langkah penting." Dylan mula berteka-teki.

Mereka berdua terpinga-pinga. Dylan tertawa kecil sambil menggeleng-geleng.

"Engkau jangan nak mempermainkan kami. Terima sahaja tawaran abang aku. Jangan nak panjangkan cerita," bentak lelaki berambut panjang.

"Tch, tch, tch. Benda basic pun tak tahu, lagi nak tawar-menawar dengan aku?"

Jerat Dylan mengena. Lelaki berambut panjang yang senang tercuit emosinya, mencengkam kolar baju Dylan. Lalu, diangkat menghampiri wajahnya yang semakin menyinga. Dylan kekal dengan riak bersahaja.

"Holland!" halang seorang lagi. Tapi tidak diendah.

Dylan tidak gusar. Dua jarinya menyentuh dagu lelaki bernama Holland. Ditarik sehingga tertunduk Holland kepada wajahnya yang sinis. Holland meronta kecil, tapi kepalanya tidak mampu digerakkan. Susah payah dia mencuba, malah pegangan tersebut semakin kejap dan menyakitkan. Padahal, Dylan kelihatan seperti menyentuh dagu Holland sahaja. Mungkin ini sebab sebenar mengapa abangnya mahukan Dylan.

"Benda first sekali yang kebiasaannya dilakukan manusia normal ketika kali pertama bertemu adalah memperkenalkan diri. Bukan begini. Apa aku tawanan kau? Kau yang tanggung hidup aku?"

Dylan yang bertukar serius menepis tangan Holland. Dia merenung lelaki berambut pendek dengan tajam. Holland mula bergerak menjauhi.

"Aku, Robert Beryl." lelaki tersebut memperkenalkan diri. Faham dengan apa yang dikatakan.

"Aku Holland."

Dylan tersenyum sumbing.

"See. Bukan susah mana pun nak kenalkan diri. Sekarang aku sudah terima tawaran kau. Mana pintu rumah? Aku nak balik." Dylan melompat turun dari katil sebelum keluar dan turun ke tingkat bawah.

Robert dan Holland cuba mengejar, namun Dylan tiba dahulu di tingkat bawah. Dia tersentak. Ratusan manusia sudah berkumpul di ruang bawah. Dia dirai seperti pahlawan. Malah, ada yang memakainya kalung bunga serta menyorak namanya. Dalam kekeliruan, dia hanya melayan rentak.

"Selamat datang ke Young Rebelution." Seorang gadis menghulur tangan kepada Dylan.

Dylan terpinga-pinga. Dia menoleh kepada Robert dan Holland di belakang. Penjelasan ditagih daripada dua beradik itu.

"Setelah kau terima tawaran aku. Kau kini merupakan salah seorang dari kami. Kami ialah Young Rebelution, panji yang menentang dan mengutuk kekejaman Raja Sirius," ujar Robert bersemangat.

"Dan kehadiran kau sangat dinantikan oleh semua ahli," tambah Holland. Dia mengaju gelas berisi wain.

Dylan membisukan diri. Setiap wajah yang berada di ruang tamu rumah dibelek satu persatu. Semuanya masih muda remaja. Sesuai dengan nama kumpulan ini, Young Rebelution.

"Jadi, tawaran kau ialah menjadikan aku seorang pemberontak..." Dylan berhenti sebentar. Semua mata memandang dengan cemas. Risau Dylan menolak.

"Tapi, aku sukakannya," sambung Dylan lalu tersenyum.

Robert dan Holland tersengih lebar seraya memeluk bahu Dylan yang tertawa dan menggoncangnya dengan kuat. Perselisihan sebentar tadi langsung hilang di fikiran. Mereka berdua membawa Dylan berkenalan dengan ahli-ahli yang sempat menghadirkan diri hari ini.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now