bab 36

129 14 4
                                    

"Aku sebenarnya malas nak jumpa ketua Dejin," luah Andrew ketika mereka bertiga sedang menunggang Fierce secara santai melalui laluan denai.

"Huh, kau ingat aku hadap sangat nak jumpa dia. Dah lah berlagak. Puih," luah Algojo sambil melakukan gaya meludah. Tyara di belakangnya hanya menyepikan diri.

"Nasib baik baginda yang keluarkan perintah. Kalau tidak, memang tak lah aku nak jejak kaki dekat sana lagi," tambah Algojo dengan nada marah.

"Iye-iye, aku tahu pasal apa kau tak nak pergi sana lagi. Hahahaha," ujar Andrew sebelum ketawa besar. Sepertinya dia sedang teringat perkara kelakar.

"Bukan sebab tu, tapi ada sebab lain aku tak nak jumpa sial tu," bidas Algojo.

"Damn. Cuba cerita apa yang telah berlaku antara kau dan Zaktabur?" tanya Andrew. Riaknya kelihatan teruja. Biasalah, bukan selalu Algojo nak bercerita kisah ketika dia masih muda atau cerita-cerita yang selama ini menjadi rahsia.

"Bukan takat aku dan Zaktabur sahaja. Sebab tuan Valdire sendiri pun benci dengan jin tu. Senang cerita, bukan aku seorang yang menyampah dengan bangsat tu, tapi ramai lagi kalau nak sebut satu persatu nama diorang. Silap haribulan, dalam pasukan pemberontak pun ada yang simpan dendam," ujar Algojo panjang lebar.

"Cuba kau cerita jelas sikit. Pasal tuan Valdire tu, terangkan lagi." pinta lelaki berambut panjang dan perang.

Algojo menarik nafas panjang sebelum menghembus keluar secara perlahan melalui mulut. Dia sempat menoleh untuk memandang Tyara di belakang. Wanita itu hanya merenung belakang badan Algojo dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Kau baru lagi, Andrew. Banyak benda yang kau tak sempat jumpa masa aku, Kelembai, Roman dan Valdire sendiri bertempur dengan askar diraja yang kekuatannya kau sendiri tak boleh bayang. Kekuatan mereka sungguh ampuh ketika awal peperangan untuk menghapuskan semua askar baginda. Sehingga Raja Sirius pada akhirnya sanggup meminta bantuan dari Zaktabur, ketua kaum Dejin." Algojo berhenti sebentar untuk menimbulkan unsur saspens dalam ceritanya.

Andrew mendengar sambil mengangguk. Walaupun telinganya jelas menangkap bait cerita Algojo, mata serta tangannya cekap menjalankan tugasan mengawal arah tuju Fierce.

"Keadaan kami ketika itu seperti pemberontak sekarang ini. Bersembunyi dengan bilangan yang tidak sampai dua ribu orang. Masa tu kekuatan kami memang tak berapa kuat sebab kuasa baginda belum keluar sepenuhnya..."

"Maksud kau kuasanya ada beberapa tahap?" celah Andrew. Algojo mengangguk seraya menyambung cerita.

Pada waktu itu, kekuatan Raja Sirius seorang diri ibarat gabungan beberapa orang panglima Raja Merah. Dikuatkan lagi dengan ribuan askar yang setia berdiri demi menggapai impian menakluk Malagemalai. Tapi, ketika digempur dengan askar elit diraja yang terdiri daripada tujuh panglima termasuk Panglima Muda Kasturi, ratusan kesatria istana dan ribuan hulubalang. Daripada bala tentera Raja Sirius yang seramai lima ribu, hanya tinggal kurang daripada dua ribu setelah pertempuran tercetus antara baginda dan askar elit diraja. Baginda terpaksa berundur semula ke Wilayah Emas untuk mengumpul kekuatan sebelum menyambung semula rencananya.

Raja Sirius bersama Valdire, Kelembai, Roman dan Algojo telah pergi berjumpa Zaktabur di Pergunungan Gilake untuk meminta bantuan ketenteraan. Pada mulanya, Zaktabur sudi menghulurkan bantuan askar untuk menewaskan askar diraja. Tapi dia tidak menepati janji apabila hanya menghantar bantuan askar yang tidak mencapai bilangan seramai lima ratus. Ketua kaum Dejin itu sudah berjanji untuk menghantar lima ribu askar, tapi yang dihantar tidak sampai seribu.

"Masa tu baru Raja Sirius sedar yang dia telah berurusan dengan mahluk paling licik dan penuh dengan tipu muslihat yang pernah wujud dalam Malagemalai," cerita Algojo lagi.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now