bab 21

142 23 1
                                    

Di tempat panglima Kong dan Taro, mereka berdua menyelusuri di dalam hutan kecil. Memang besar kota ini sehingga ada hutan di dalam kota. Tidak salah jika ada yang mengatakan Kota Westland adalah kota paling besar yang dikelilingi tembok batu di tanah Malagemalai. Keluasan Kota Shinsin pun hanya separuh sahaja dari kota ini.

Tapi, kalau gabenor pun tak bagus, apa guna ada kota yang besar. Semenjak tampuk pemerintahan bertukar 18 tahun lalu, semua gabenor kota ditukar secara paksa kecuali gabenor Kota Shinsin yang masih kekal atas sebab-sebab tertentu. Disebabkan pertukaran itu, kemajuan kota-kota besar yang pernah dikecapi mengalami sedikit kejatuhan dek rombakan besar-besaran yang dilakukan Raja Sirius.

Sekarang ini pun keadaan di dalam kota-kota semakin teruk. Siapa yang kaya, semakin kaya. Yang miskin, hiduplah mereka secara merempat menagih simpati daripada manusia yang masih mempunyai empati. Padahal dahulu ketika Raja Merah memerintah, langsung tidak ada gelendangan yang menghuni laluan-laluan belakang bangunan. Tapi kini, sudah terlalu ramai manusia sebegitu.

Panglima Kong mengetap gigi. Ikutkan hati, mahu sahaja dia pergi sendiri ke kapital diraja dan membunuh iblis yang telah menyukarkan kehidupan ramai manusia di Malagemalai. Tapi, itu bukan lagi diibarat masuk kandang harimau, itu membunuh diri namanya. Gila kau nak serang Kota Gemilang yang menjadi kubu utama Raja Sirius. Belum sempat jumpa iblis tu, kau sudah mati dari awal lagi.

"Jauh lagi ke Kong?" soal panglima Taro.

"Aku pun tak pasti Taro," jawab panglima Kong.

Remaja itu mengeluh selepas mendengar jawapan yang diberi oleh panglima Kong. Selang berapa ketika, mereka berdua berhenti di hadapan sebatang pokok yang bersaiz lebih besar berbanding pohon-pohon lain.

Panglima Kong mendongak ke atas sebelum riaknya bertukar terkejut. Dia terundur beberapa tapak. Seiring itu sesusuk tubuh lelaki mendarat betul-betul di hadapan mereka berdua.

"Kau berdua lambatlah," ujar lelaki dewasa itu sambil mendongak ke arah panglima Kong dan Taro.

"Kau siapa ?" Soal panglima Kong.

"Betullah Hayyat cakap. Belum tentu generasi sekarang kenal muka aku," ucap lelaki itu. "Aku Muda Kasturi," ujarnya lagi sebelum panglima Kong seakan baru teringat sesuatu.

"Jangan cakap yang kau ialah ketua Panglima Muda Kasturi yang berperang dengan Sirius dahulu?" tanya panglima Kong dengan nada dan riak yang seakan tidak percaya.

"Ya betul lah tu,"

Panglima Kong dan Taro sudah ternganga mendengar jawapan lelaki dewasa itu. Siapa sangka, susuk seorang lagenda yang terkenal di Malagemalai sedang berdiri megah di hadapan mereka!

...

Gambit dan panglima Qodi melalui laluan kecil di belakang bangunan yang penuh dengan lopak air dan sampah-sarap. Ada manusia-manusia yang menadah tangan menagih simpati dari mereka untuk sebuku roti atau apa-apa sahaja yang boleh dimakan. Gambit mengetap gigi. Cilaka kau Sirius.

Mereka kemudiannya membelok ke satu laluan yang jauh lebih kecil dari tadi. Malah tiada satu manusia pun yang berada di sini melainkan beberapa ekor tikus berlari ketika terlihat Gambit dan panglima Qodi.  Mata mereka melilau ke segenap arah sepanjang perjalanan melepasi laluan kecil itu seolah ada mata-mata yang sedang memerhatikan mereka berdua.

"Betul kat sini?" soal Gambit kepada panglima Qodi sambil mendongak.

"Berdasarkan apa yang diberitahu askar perisik, betullah kat sini," jawab panglima Qodi. Di tangannya terdapat sekeping nota kecil yang menjadi panduan sejak tadi.

Mereka berdua berdiri di hadapan sebuah rumah kayu usang bersaiz sederhana yang dikelilingi semak samun, ditambah dengan cermin tingkap yang sudah pecah di beberapa bahagian dan juga atap rumah yang sudah berlubang disana sini. Gambit pun tidak sangka yang ada rumah di penghujung laluan kecil ini.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now