bab 12

175 18 1
                                    

CUACA cerah yang mendamaikan diganti dengan hujan lebat secara tiba-tiba. Kong bingkas mencari tempat berteduh. Jika dia tidak berhati perut, sudah lama dia biarkan caballus dan berlindung di dalam pedati. Tapi, dia tidak seperti itu. Haiwan turut mempunyai perasaan dan boleh jatuh sakit. Seeloknya layanlah dengan baik walaupun mereka mahluk yang tidak mempunyai akal.

Deretan pepohon rendang menjadi pilihan. Dia melompat turun seraya masuk ke dalam pedati. Cargas, Feng dan Dao-yu sudah lena di lantai pedati. Barangkali mereka bertiga tidak menerima rehat yang mencukupi di Kampung Dope. Kong tersengih memandang tiga anak muda tersebut.

'Dylan mungkin sebaya dengan mereka ni,' detiknya sebelum termenung mengenang seorang kanak-kanak lelaki lasak yang diasuhnya pada belasan tahun dahulu. Namun dia berhenti dan pulang semula ke Kota Shinsin atas desakan Lord kota yang memintanya melindungi Organisasi Tawan dalam diam. Dengan kuasa angin, dia mengeringkan pakaiannya yang basah dan duduk di kerusi.

"Nasib baik 'kau' tak basah," ujarnya sambil mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar. Tembakau dicarik. Daun dipilih-pilih sebelum digulung bersama tembakau.

Asap dihembus keluar seiring kenangan-kenangan lampau turut mengelungsur masuk ke benak fikiran. Lantas menerbitkan hembusan-hembusan kasar dari rongga hidung.

'Kalau berterusan hujan macam ni, memang lambatlah tiba,' keluhnya. Dia mencongak bahawa akan tiba pada lewat petang nanti jika tiada aral melintang.

Kong menyedut lagi asap rokok melepasi tekak dan esofagus. Lalu dihembus keluar melalui saluran hidung dan mulut. Tubuh disandar pada kerusi sambil termenung memandang dinding coklat gelap di hadapannya. Bunyi titisan hujan di luar ibarat melodi tenang yang mendamaikannya.

Hembusan nafas dihelas secara perlahan. Sekali lagi rokok dilari kepada mulut lalu menyedut aroma tembakau. Asap di hembus keluar ke atas bersama kepala yang terdongak. Lama-kelamaan mata Kong semakin memberat sebelum terkatup setelah beberapa ketika. Kong yang masih bersandar terlena diulit mimpi. Serentak jepitan rokok pada celahan jari terlepas.

'BUKK!'

Gegaran yang terhasil membuat Kong tersedar secara paksa. Matanya terpisat memandang ke arah luar tingkap. Imej pokok-pokok dan kehijauan yang silih berganti membuatnya duduk tegak lantas tertoleh ke hadapan. Feng yang masih terdapat kesan lebam pada wajah dan Dao-yu memandangnya dengan hairan.

"Siapa yang bawa?" soal Kong.

"Cargas," jawab Feng.

Kong menghela nafas lega lalu bersandar semula.

"Kau tengah tidur masa hujan berhenti tadi. Ingat nak kejutkan, tapi Cargas cakap jangan ganggu kau tidur, dia nak kau berehat. Biar dia pula yang duduk luar," jelas Feng walaupun tidak dipinta.

Kong mengangguk dan mengeluarkan kepala melalui tingkap pedati. Dia memandang hadapan. Cargas yang menyanyi dengan kuat disuruh diam. Pemuda itu hanya mampu menikus dengan arahan Kong yang sudah masuk semula.

"Dao-yu," panggil Kong.

"Ya."

"Cuba kau kesan Gambit, dia ada dekat-dekat sini atau jauh," arah Kong.

Dao-yu mengangguk seraya memejamkan mata.

*Dup*

Lingkaran magis bercahaya putih mula mengimbas semua yang dilaluinya. Pokok-pokok, rumah, susuk manusia, haiwan dan segala jenis benda mampu 'dilihat' oleh mata ketiga Dao-yu. Baik yang terbuka atau tersembunyi dia mampu mengetahuinya. Dengan penglihatannya, dia begerak dari satu kawasan ke kawasan lain. Wajah manusia silih berganti. Sehingga Dao-yu mencelikkan mata dengan mulut tercungap-cungap.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now