bab 31

144 16 0
                                    

Tyara yang sedang duduk di tepi tingkap biliknya tiba-tiba tersentak. Badannya seperti terkena renjatan elektrik yang menyebabkan dia berdiri secara paksa.

"Adakah kau berada di sini?" gumamnya seraya membuang pandangan ke luar bilik.

..

Beberapa hari kemudian, Raja Sirius telah bertitah kepada Algojo dan Andrew supaya pergi ke pergunungan Gilake dan Hutan Mistik untuk mengumpul bala tentera yang terdiri daripada beast dan dejin. Dejin sama seperti beast, cuma mereka lebih pintar dan mempunyai carta organisasi yang tersusun dalam puak mereka.

Setelah mempersiapkan segala kelengkapan di kubu utama di barat, dan Kelembai juga sudah tiba untuk menjaga hal-ehwal kubu sementara ketiadaan Andrew, mereka berdua langsung memulakan perjalanan menuju Hutan Mistik.

Belum suku perjalanan, Tyara memunculkan diri di hadapan dua ekor Fierce yang ditunggang Andrew dan Algojo. Dia ingin mengikut Molot kerana bosan tiada kawan di kubu. Padahal itu cuma alasan. Sebenarnya dia risau jika Saga datang mencarinya di sini. Macam-macam boleh jadi seperti pertempuran atau penangkapan Saga yang sememangnya diinginkan Raja Sirius.

Selang berapa ketika, mereka tiba di sebuah perkampungan.

"Kampung Dope?" bisik Tyara. Tidak pernah dia mendengar nama perkampungan seperti itu. Di Kota Awan kebanyakan kampung menggunakan unsur yang terhasil daripada awan seperti angin, guruh, ribut, hujan, dan tornado. Dia sendiri berasal dari Kampung Ribut. Berketurunan magis angin dan air. Di sana, Kampung Tornado adalah kampung paling besar dan merupakan pusat pemerintahan Kota Awan. Kebanyakan penduduk Kampung Tornado mempunyai pangkat tinggi di dalam istana. Tiga dari lapan ahli tertinggi Elder Creed berasal dari situ. Lagi lima, campuran daripada beberapa penduduk kampung dan dua manusia istimewa.

Dahulu, pertama kali berlaku di dalam sejarah Kota Awan dimana Saga telah menolak tawaran menjadi ahli tertinggi Elder Creed. Cuma dia seorang sahaja yang pernah menolak jawatan tertinggi di dalam tampuk pemerintahan Kota Awan. Lord pun hampir pengsan mendengar jawapan Saga ketika dia menawarkan pangkat tersebut. Riuh sebentar keadaan ketika itu. Berulang kali Lord menyoal, tapi Saga masih tetap dengan jawapannya. Tidak.

"Jauh menung Tyara," tegur Algojo.

Tyara hanya menghembus nafas berat dari saluran hidungnya seiring kepalanya menunduk.

"Teringat kisah lama," jawab Tyara lalu membuang pandangan kepada kehijauan yang tumbuh melata. Memang sukar untuk melupakan apa yang telah dilalui olehnya sepanjang membesar di Kota Awan.

Algojo mendiamkan diri. Tidak sesuai rasanya untuk dia bertanya apa sebab sebenar Tyara ingin mengikutnya. Dia terus memacu Fierce membuntuti Andrew yang membelok ke kiri dan kanan sebelum berhenti di hadapan sebuah restoran bernama Grilled's.

"Kita makan jap," ujar Andrew sambil menambat tali Fierce.

"Cun. Aku pun tengah lapar ni. Jom Tyara, kita makan dulu," ajak Algojo.

Tyara melompat turun sebelum Algojo turut melompat dari Fierce dan menambat tali bersebelahan haiwan tunggangan Andrew. Mereka bertiga berjalan menuju pintu masuk restoran.

"Ayam berlada hitam saiz triple dengan jus mango gelas besar," ujar Algojo tanpa memaling muka dari menu. "Tambah bebola daging sambal dengan kentang goreng. Awak makan apa?" soalnya kepada Tyara.

"Daging bakar, hmm air suam," jawabnya kepada gadis pengambil pesanan. Algojo pula tersengih melihat Andrew.

"Kuat makan sial kau ni," sindir Andrew.

"Abang makan apa?" soal gadis tersebut.

"Bagi sama macam dia, taknak bebola daging dengan kentang. Air kosong sejuk," jawabnya seraya menyerah semula menu kepada gadis tersebut.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now