DARI pandangan atas. Susuk-susuk kecil gabungan askar pemberontak berjalan secara teratur di dalam dua kumpulan. Sambil melangkah secara seragam, mereka menyanyikan lagu Malagemalai dengan penuh perasaan. Gemaan suara mereka dibawa tiupan angin sepoi sehingga didengari penduduk berhampiran. Gerombolan Askar Maut kian menghampiri. Bunyi semboyan dan laungan suara musuh kedengaran menggerunkan pada mereka yang mendengarnya. Tapi tidak bagi Gambit dan seluruh barisan askarnya.
"Kamu semua bersedia! Mereka sudah hampir." Gambit meletupkan tulang jemarinya.
Mona melindungi badannya dengan plat-plat besi. Panglima-panglima Gerakan Guling bersedia dengan senjata masing-masing. Semangat mereka berkobar-kobar. Ingin menewaskan musuh yang berani mencabar kesekian kali. Kong dan rakan-rakan turut bersiaga. Dia kagum dengan cara Gambit menangani masalah. Masih tenang walaupun musuh datang mengasak tanpa diduga.
Pertempuran yang tidak dapat dielak semakin meletus. Barisan Askar Maut sudah bersedia, begitu juga dengan askar pemberontak. Gambit menjulang pedang.
"Maju!!"
Semboyan bertiup lantang. Barisan hadapan mula bergegak gempita dengan tempikan askar yang bersemangat menyambut laungan ketua mereka sambil berlari laju. Sama juga keadaannya dengan pihak musuh, Askar Maut turut meluru bersama semangat yang tinggi. Wajah mereka yang diconteng celoreng hitam mempamerkan riak yang kehausan darah. Pedang dilaga sesama perisai sambil bersorak dengan gamat.
Dalam hiruk-pikuk itu, Gambit mengesan satu tekanan yang menghampiri. Dia mendongak. Satu bebola hitam gergasi sedang meluru kepada mereka.
Perhitungan semula. JakalxAndrew
KENCANA menerima pesanan Mona dari seorang askar untuk mempersiapkan diri. Dia memandang Jakal yang turut merenungnya dan menggangguk. Jakal memahami isyarat anggukan itu.
"Ayuh semua! Siapkan diri kamu dengan perisai. Perang sudah bermula!" laung Jakal.
Kencana menarik keluar senjata api dari bulatan magis. Ayu dan Dara yang menggenggam katana terpegun memandang senjata milik Kencana yang jarang dilihat. Awang sentiasa bersedia dengan sebilah pedang. Caki menatap lama keris hitamnya.
"Jangan kecewakan aku Irreng," ujarnya seraya mencium keris tersebut.
"Rilek Caki. Kami ada dekat belakang kau," ujar Dara. Di sebelah, Ayu sekadar tersenyum.
"Dan aku akan sentiasa berada di belakang kau orang semua," sampuk Molot dari belakang mereka bertiga.
Mereka menumbuk buku lima sesama sendiri lalu berpelukan dengan erat.
SUSUK Andrew yang terapung diperhatikan Gambit dari bawah. Serangan bebola hitam Andrew sebentar tadi berjaya dipatahkan bersama Qodi. Mona bersama seluruh askar sedang sibuk memerangi Askar Maut yang jauh lebih ramai. Namun, disebabkan latihan kental sebulan lalu membuktikan mereka bukan mudah untuk ditewaskan. Skil individu yang merangkumi latihan asas, kardio, mental dan combat ditambah dua kali ganda dan lebih keras berbanding biasa. Segala jenis isyarat tangan, dan gerakan dipraktikkan agar lebih mudah berkomunikasi tanpa perlu berkata-kata.
'Boomm!!' Sebiji bebola hitam meletup di tengah-tengah kelompok askar yang sedang berperang. Langsung mengorbankan sebilangan besar askar di bahagian kiri medan perang.
Gambit tersentak seraya melompat tinggi. Penumbuk bersalut aura ungu disasar kepada muka Andrew dengan laju. Namun berjaya dielak secara sipi. Gambit menyerang lagi dengan penumbuk sebelah dan mereka terus bertarung tangan kosong. Pertarungan terhenti tatkala satu tumbukan Gambit mengenai rahang kanan Andrew. Dengan laju, Andrew terjunam menghempas tanah. Di sebalik kepulan asap dia bangun berdiri. Mulutnya mencebik. Penumbuknya mengeluarkan tiga besi tajam.
YOU ARE READING
Tanah Magis Malagemalai (Edit)
FantasyMona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian ayahnya. Dia juga telah diamanahkan untuk menjaga Muda, seorang remaja lelaki yang bakal menggegar tanah Malagemalai akan datang. Pelbagai...