BAB 15

16 2 0
                                    

"Emm,eunji-sshi. Saya nak tanya sikit boleh tak?"soal sowon yang sedang menghadap laptopnya. Sekarang ni mereka sudah berada di rumah. Sowon sedang menyiapkan kerjanya dan harus disiapkan segera. Mereka berdua berada di ruang tamu. Taeyeon tiada di rumah sekarang. Sedang membeli makan malam.

"Tanyalah. Nak tanya ape?"ujar eunji yang sedang menonton rancangan kegemarannya iaitu Running Man sambil makan popcorn. Jangan risau. Eunji hanya tonton yang ulangan je. Gila ko tengok Running Man secara live. Memang takkan ade.

"Kenapa awak selalu macam... Emm... Kalau seolhyun atau choa ade,mesti awak berdiam diri dan tak banyak cakap kenapa eh?"soal sowon.

Soalan sowon tadi membuatkan eunji berhenti makan popcorn dan memandang ke arah sowon yang masih kusyuk membuat kerja di komputer ribanya.

"Entahlah wei. Saya rasa macam ade sesuatu yang lain pasal seolhyun tu. Dan dia macam akan buat sesuatu yang tak baik nanti. Rasa macam tak sedap hati pasal dia,"ujar eunji.

"Hmm. Ape yang awak nak curiga dengan dia. Dia baik ape,"balas sowon. "Itu bagi awak. Bagi saya dia macam lain macam. Dia asyik belanja kita makan. Bukan kadang² tapi selalu kalau kita lunch dengan dia. Macam ade niat tak baik kat kita. Awak tak nampak ke cara dia pandang saya? Lain macam je. Tu yang saya tak puas hati tu,"ujar eunji panjang lebar.

Sowon merenung ke arah eunji. Eunji yang sedari tadi hanya menonton Running Man sahaja.

Sowon mengeluh. Dia tidak tahu ape yang berada di kepala eunji sehingga eunji bersangka buruk terhadap seolhyun. Sowon kembali menghadap komputer ribanya dan kembali membuat kerja yang tergendala.

Eunji memandang sowon yang sedang sibuk menaip di papan kekunci komputer ribanya. Eunji hanya mengeluh. 'Awak tak tau ape yang saya rasa,sowon. Saya rasa tak sedap hati sangat. Kalau la awak memahami apa yang bersarang kat hati saya ni,'monolog eunji. Dia kembali memandang televisyen yang tersiar rancangan Running Man.

Suasana kembali sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi televisyen dan papan kekunci komputer riba sahaja.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi pintu seperti dibuka. Eunji dan sowon memandang ke arah pintu hampir serentak. Beberapa saat kemudian,kelihatan wajah seorang wanita yang ditunggu-tunggu oleh mereka.

"Hehe. Mianhae lambat. Jalan jem. Sebab tu lambat sikit,"kata taeyeon sambil tersengih. "Kenchana. Lagipun awak datang tepat pada waktunya sebab saya dah lapar,"kata sowon sambil menggosok perutnya yang lapar itu.

"Hmm. Awak beli apa taeyeon?"soal eunji tanpa memandang taeyeon sedikitpun. "Oh saya beli tteokbokki dan jjampong je. Lagipon tak elok makan makanan berat waktu malam cam ni. Nanti akan menggemukkan badan kita,"ujar taeyeon sambil menunjukkan dua plastik yang berisi tteokbokki dan jjampong itu.

"Hmm okaylah tu. Pergilah sediakan pinggan dan mangkuk untuk makan,"arah eunji tanpa memandang mereka berdua. Matanya masih melekat di televisyen.

"Yah eunji-sshi,kalau awak asyik nak tengok Running Man je, awak tak payah la makan. Senang. Biar kitorang berdua je yang makan. Dan lagi satu, tak payah nak mengarah sangat. Kalau ye pun tolong la sekali. Awak pun nak makan jugak kan?"bebel sowon panjang lebar.

Eunji mendengus kasar. "Kalau ye pun,janganlah membebel. Buat bernanah telinga je." Sowon menggenggam tangannya. Sudah tidak tahan dengan perangai eunji.

"Eunji,sowon. Kenapa dengan korang ni? Tetiba je,"kata taeyeon kehairanan dengan kelakuan eunji dan sowon itu. Taeyeon menarik nafasnya dalam. Kemudian menghembuskannya. "Dah jangan gaduh. Jom kita makan,"kata taeyeon lembut.

Eunji mengeluh. "Nae," ujar eunji pendek.

Keesokan harinya di pejabat,eunji dan sowon tidak bertegur sapa langsung. Choa yang sedar akan hal itu terus menanya taeyeon mengapa mereka tidak bercakap sesama sendiri. Taeyeon hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Lepas saya balik dari beli makan,tiba-tiba diorng macam bergaduh kecil. Tak tau ape yg jadi masa saya xde kat rumah masa tu,"terang taeyeon. Choa hanya mengangguk.

"Saya rasa nanti bila dah dua tiga hari nanti diorng berdua berbaiklah,"kata choa sambil menepuk bahu taeyeon perlahan.

"Harap-haraplah,"balas taeyeon. "Dah la taeyeon. Jom kita buat kerja,"ajak choa. "Hmm... Jomlah,"lalu mereka berdua pun pergi ke meja masing-masing dan melakukan kerja yang masih tidak siap.




Bersambung...




Hai. Dah lama author tak buat ff ni. Mianhae sebab dah lama tak update. Btw,masih ade ke manusia baca ff ni? Dah makin berkurang orang membaca. Mesti dah bosan kan baca cite mengarut ni dan macam xde perkembangan. Hmm... K lah. Sampai sini je la author membebel.

VOTE & COMMENT JUSEYO.

Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now