"Yah eunji,sowon. Jomlah makan. Saya dah lapar ni,"kata taeyeon. "Okay,"balas sowon pendek. "Awak eunji? Tak nak makan?"soal taeyeon. " Emm yela. Kejap eh saya nak kemas tempat saya kejap," ujar eunji.
"Okay,"balas taeyeon. Selepas beberapa saat,eunji sudah selesai mengemas tempatnya. "Okay jom pergi makan,"ajak eunji.
Mereka pun pergi ke tingkat bawah untuk ke kafe pejabat mereka. Setelah memasuki kafe tersebut,mereka pun mencari tempat duduk yg kosong dan duduk.
Mereka pun memesan makanan yg mereka kehendaki. Sementara menunggu mereka sembang kosong je. Nk sembang kat rumah pun boleh. Ape pon tak boleh.
S
K
I
PSelepas makan,mereka kembali naik ke tingkat atas untuk ke tempat mereka bekerja dan sambung kerja mereka.
Semasa semua sedang kusyuk melakukan kerja,taeyeon masih terfikir pasal kejadian semalam di mana eunji dan sowon bergaduh.
'Hmm... Ape yang membuatkan diorng berdua bergaduh? Aku kena tanya eunji. Tapi,confirm dia tak nak jawab atau dia akan mengamuk. Tanya sowon la. Maybe dia akan jawab,'fikir taeyeon lalu sambung membuat kerjanya.
Seolhyun yang berada di mejanya hanya melihat taeyeon yg berada di sebelah mejanya sahaja.
S
K
I
PDi rumah,eunji dan sowon tidak bercakap langsung. Pandang pun tak. Malah mereka duduk di tempat berasingan. Sowon duduk di ruang tamu bersama taeyeon untuk menonton televisyen. Eunji pula duduk di biliknya. Tak tahu ape yang dibuatnya. Taeyeon yg pelik dengan mereka bertanya kepada sowon.
"Weh sowon,kenapa emm... Korang tak bercakap langsung. Maksud saya macam mana korang boleh bergaduh? Kenapa dengan korang?"soal taeyeon.
Sowon hanya mengeluh kecil. "Sebenarnya... Kitorng..."sowon menjelaskan ape yg berlaku semalam mengapa mereka bergaduh. Taeyeon hanya mengangguk.
"Ooo. Jadi hanya disebabkan seolhyun? Seriously? Kenapa dengan dia?"soal taeyeon bertubi-tubi. Sowon hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Tapi saya pelik jugak. Saya tanya je. Itu pun dia marah bagai,"ujar sowon.
"Mungkin sebab dia... Em... Macam yang awak ceritakan tadi. Dia rasa tak sedap hati. Tak taulah. Setiap orang ada pendapat masing-masing kan?"kata taeyeon.
"Mungkin juga,"balas sowon. Tiba-tiba suasana sepi menyelubungi mereka. Hanya kedengaran bunyi televisyen sahaja.
"Eh taeyeon. Lusa hari Ahad kan?"soal sowon. Taeyeon hanya mengangguk. "Haah. Kenapa?"soal taeyeon kembali.
"Kita pergi shopping nak? Lagipun kita asyik kerja dan tak sempat nak beli barang dapur yang dah habis. So,amacam?"tanya sowon.
Taeyeon mengangguk lalu tersenyum. "Boleh juga,"kata taeyeon. Sowon tersenyum lalu menguap. "Okeylah taeyeon. Saya dah ngantuk ni. Nak tidur. Awak tak nak tidur ke?"soal sowon.
"Saya pun dah mengantuk ni. Okeylah. Saya pun nak tidur. Awak pergi la masuk bilik dan tidur. Saya nak tutup tv,"kata taeyeon.
"Okey,"balas sowon pendek lalu berjalan menuju ke biliknya. Taeyeon pula menutup televisyen. Selepas menutup tv,dia pun masuk ke biliknya dan tidur.
S
K
I
PKeesokan harinya,taeyeon bangun agak awal. Dia pun memasuki bilik air dan mandi. Setelah mandi,dia menyarungkan baju lengan panjang berwarna biru dan seluar jean.
Selepas selesai bersiap,bersolek semua,dia pun pergi ke dapur untuk memasak sarapan pagi.
Niatnya untuk memasak terhenti apabila melihat kelibat sowon di dapur dan duduk di meja sambil makan roti telur bersama air coklat panas.
"Wow. Cepatnya awak bersiap dan masak sowon. Biar betul ni?" kata taeyeon tidak percaya dengan apa yang dilihat di depan matanya sekarang. Sungguh dia tidak percaya yang sowon boleh bersiap,memasak,membacuh air dalam tiga mug secepat ni. Tapi buat roti telur bukannya susah pun. Kejap je. Tapi,dia buat 6 keping. Sorang 2.
"Selalunya saya yang sediakan sarapan. Betul ke ni awak,sowon?"soal taeyeon masih tidak percaya.
"Ish betullah saya yang buat. Yang awak pelik sangat dengan saya tu kenapa? Betullah saya ni sowon. Takkanlah depan mata awak ni hantu,syaitan,jin,bidadari,malaikat..."sowon tidak habis berkata-kata kerana mulutnya sudah ditekup oleh taeyeon.
"Ye ye saya percaya. Haduh nasib baik saya tutup mulut awak. Kalau tak memang panjang berjela-jelalah awak cakap,"kata taeyeon lalu melepaskan tangannya dari mulut sowon.
"Ish kalau ye pun jangan la tutup mulut saya. Kang nanti..."sowon tidak menghabiskan kata-katanya kerana eunji sudah keluar dari biliknya dan menuju ke arah mereka iaitu dapur.
"Err hai,"sapa sowon takut-takut.
"Hai,"balas eunji dingin. Seram weh.
"Err... Eunji meh la breakfast dengan kitorang,"ajak taeyeon. Eunji hanya memandang mereka berdua sekilas dan duduk di kerusi yang berada di sebelah taeyeon. Lalu,eunji pun mengambil sekeping roti telur dan memakannya."Eunji. Sa-saya nak mi-minta maaf pasal soalan yang saya tanya kelmarin. Mi-mianhae,"ucap sowon gagap dan takut-takut sambil menunduk. Tak berani nak tengok muka eunji.
Eunji memandang sowon.
"Yah."
Sowon tidak memandang. "Yah sowon pandang saya,"kata eunji. Sowon pun mengangkat mukanya perlahan-lahan, selembap-lembabnya.
Eunji mengukirkan senyuman.
"Nae. Saya maafkan awak. Dah tentulah saya maafkan awak. Kawan jenis apalah saya ni kalau tak maafkan kawan sendiri,"ujar eunji lalu menepuk bahu sowon dan membiarkan tangannya di situ. Sowon tersentak lalu tersenyum dan memegang tangan eunji yang berada di bahunya.
Taeyeon yang hanya memerhati dari tadi mengukirkan senyuman.
Bersambung...
YOU ARE READING
Sahabat Selamanya
FanfictionKisah tiga orang sahabat baik,iaitu taeyeon,eunji dan sowon. Mereka selalu melakukan aktiviti dan kerja bersama-sama. Tetapi,ada sahaja penghalang persahabatan mereka iaitu,seolhyun. Seolhyun ingin membalas dendam terhadap eunji dan merampas taeyeon...