BAB 17

17 2 0
                                    

"Taeyeon. Kenapa awak tersenyum je dari tadi saya perasan? Berangan ke ape?"ujar seolhyun yang sejak tadi memerhatikan taeyeon.

"Tu ha. Eunji dan sowon dah berbaik daripada bergaduh,"kata taeyeon sambil jarinya menuding ke arah sowon dan eunji yang sedang berbual. Tak buat kerja ke apa.

"Ooo,"balas Seolhyun sambil tersenyum. Luaran je senyum. Dalaman tak. Dalaman penuh rasa menyampah dan benci kerana boleh pulak diorang berbaik padahal kelmarin dan semalamnya diorang gaduh. Busuk hati betul. Tapi dia bukannya tau yang diorang bergaduh adalah disebabkan olehnya.

'Ish aku kena buat sesuatu supaya diorang dah tak berkawan dah. Tapi macam mana? Okey aku kena fikirkan. Tapi,mungkin balik nanti,'kata hati Seolhyun lalu dia pun sambung membuat kerja.

****

Di rumah,Seolhyun sedang merancang sesuatu agar dapat memisahkan Eunji dan Sowon daripada Taeyeon.

"Ish kenapa aku takde idea ni,"kata Seolhyun kepada diri sendiri sambil menggaru kepalanya yang gatal.

Tiba-tiba terdapat sebiji mentol yang menyala di atas kepalanya. "Haa aku dah tahu. Hehehe,"Seolhyun tergelak jahat sambil tersenyum sinis.

****

Keesokan harinya di pejabat,Seolhyun datang ke pejabat seperti biasa. Dia pun jalan menuju ke mejanya. Hari ni dia ceria je pagi ni.

"Hai Seolhyun. Ceria nampaknya awak pagi ni,"sapa Choa yang perasan akan perubahan yang drastik daripada Seolhyun. Selalunya muka tu susah nak senyum kalau pergi kerja.

"Takdelah. Saya biasa biasa je pagi ni,"balas Seolhyun.

"Okeylah. Saya nak buat kerja. Lagi sikit nak siap dan saya perlu hantar ke bos,"ujar Seolhyun lalu pergi dari situ dan pergi ke mejanya.

Choa juga berlalu ke mejanya untuk membuat kerja.

Kali ni Seolhyun dengan tekun membuat kerjanya seolah-olah tiada hari esok. Dia perlu siapkan kerja ini dengan segera.

"Hai Seolhyun,"sapa seseorang. Seolhyun melihat gerangan yang menyapanya lalu tersenyum.

"Hai Taeyeon,"balas Seolhyun.

"Awalnya awak sampai Seolhyun,"kata Taeyeon lalu meletakkan beg tangannya dia atas meja.

"Mana ada. Saya memang selalu sampai time macam ni,"balas Seolhyun lalu kembali menghadap komputer dan failnya untuk membuat kerja. Taeyeon hanya mengangguk lalu duduk di kerusi dan membuat kerja.

****

10 minit sebelum waktu rehat,Seolhyun sudah menyiapkan tugasannya. Lalu,dia pun bangun sambil membawa failnya untuk dihantar ke bosnya.

Taeyeon yang ternampak tingkah laku Seolhyun itu segera bangun.

"Eh Seolhyun awak nak pergi mana ni? Rehat kan lagi sepuluh minit."

"Saya nak pergi bilik bos la nak hantar fail ni,"balas Seolhyun sambil menunjukkan fail di tangannya. Taeyeon hanya mengangguk sambil tersenyum malu. Malulah tersalah anggap. Ingatkan nak pergi rehat.

"Aaa... Okay. Silakan,"kata Taeyeon lalu duduk kembali membuat kerjanya.

Kemudian,Seolhyun pun pergi ke bilik bosnya untuk menghantar fail tersebut.

Setibanya di bilik tersebut,PA Pengerusi Kim terus berdiri. "Ye Seolhyun. Apa hajat kamu ke sini?" soal PA Pengerusi Kim iaitu Jihyo.

"Saya nak hantar fail ni ke Pemgerusi Kim,"kata Seolhyun sambil menunjukkan fail di tangannya.

"Baiklah. Awak boleh masuk."

Seolhyun mengetuk pintu bilik Pengerusi Kim. "Masuk,"arah Pengerusi Kim. Seolhyun pun membuka pintu perlahan-lahan kemudian masuk ke bilik tersebut.

Kelihatan Pengerusi Kim juga sedang menyemak sesuatu kertas. Pengerusi Kim memandang Seolhyun. "Ye cik Seolhyun. Awak nak apa?"soal Pengerusi Kim.

"Saya nak hantar fail ni,"kata Seolhyun lalu meletakkan fail tersebut di meja Pengerusi Kim.

"Baiklah. Awak boleh pergi. Lagipun lagi 5 minit nak rehat. So,lepas rehat saya check,"kata Pengerusi Kim. Seolhyun pun keluar dari bilik Pengerusi Kim.

Lalu,dia pun kembali ke mejanya. Seolhyun kembali duduk di mejanya untk mengemas tempatnya kerana sudah hampir waktu rehat.

"Taeyeon awak rehat dengan saya boleh?"soal Seolhyun. "Boleh tapi kita ajaklah Eunji,Sowon dengan Choa sekali,"ujar Taeyeon.

"Erm tak payahlah. Mesti diorang lambat,"kata Seolhyun.

"Ta-tapi..."

"Ala tak perlulah tunggu diorang bertiga. Lagipun saya dah lapar ni. Jomlah,"Seolhyun menggesa Taeyeon agar makan tengah hari dengannya.

Taeyeon tak sampai hati nak menolak,jadi,dia ikut sahajalah.

"Emm yela,"Taeyeon hanya mengikut sambil mengangguk.

"Dah jom,"Seolhyun menarik tangan Taeyeon untuk segera meninggalkan tempat itu agar tidak dikesan oleh Eunji dan Sowon.

Setelah itu,mereka pun sampai di kafeteria. Seolhyun mencari-cari tempat kosong untuk didukuki sambil tangannya memegang dan menarik tangan Taeyeon.

Cari punya cari akhirnya jumpa juga. Tapi tempat itu hanya mempunyai dua kerusi sahaja dan itu bagus bagi Seolhyun tetapi tidak bagus bagi Taeyeon. Seolhyun pun berlari ke meja tersebut dengan Taeyeon yang tangannya masih digenggam kemas oleh Seolhyun. Kemudian mereka pun duduk di meja tersebut.

"Eh? Kenapa ada 2 kerusi je? Patutnya lima la kita berlima,"kata Taeyeon.

"Nak buat macam mana. Dah ni je tempat kosong yang ada,"Seolhyun memberi alasan paling kukuh untuk meyakinkan Taeyeon.

"Emm... Okey,"balas Taeyeon.

Seolhyun tersenyum sinis.



Bersambung...

Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now