BAB 19

22 0 0
                                    

"Seolhyun... Boleh awak teman saya makan malam? Nanti saya belanja,"pinta Choa. Seolhyun hanya mengangguk.

"Thanks sebab teman saya dan sorry sebab awak kena teman saya,"Choa serba salah.

"Its okay. Saya boleh je. Lagipun bukannya buat apa pun kat rumah tu. Lagipun esok saya cuti,"kata Seolhyun sambil tersenyum.

"Oh okey. Tapi kan,macam mana awak boleh dapat cuti?"Choa kehairanan. Dahinya berkerut.

"Oh saya dah siap kerja saya dan bos bagi saya cuti,"beritahu Seolhyun ceria. Gembira dapat cuti.

"Ooo. Jadi jomlah makan malam dengan saya,"ajak Choa. "Okay kejap eh. Nak kemas meja saya yang bersepah ni,"ujar Seolhyun. Lalu,dia pun mengemas mejanya dengan meletakkan fail-fail yang bersepah itu di laci meja kerjanya.

Dia menyusun kertas yang bersepah itu lalu masukkan ke dalam fail yang kosong lalu masukkannya dalam laci.

"Okay siap. Dah jom,"kata Seolhyun sambil mengambil beg tangannya. Mereka pun menuju ke pintu keluar dan keluar dari pejabat mereka. Mereka berdua menaiki kereta masing-masing.

"Eh kejap. Kita nak makan kat mana ni?"soal Seolhyun. "Emm restoran yang berdekatan rumah saya tu,"balas Choa.

"Emm okay. Saya ikut awak dari belakang je la,"ujar Seolhyun. Lalu,kereta Choa pun bergerak meninggalkan pejabat mereka diikuti kereta Seolhyun.

Perjalanan ke restoran itu hanya mengambil masa 10 minit sahaja yang mana perjalanan ke rumah Seolhyun akan mengambil masa 15 minit.

10 minit kemudian,mereka pun sampai di restoran tersebut. Mereka berdua pun memasuki restoran itu lalu mencari tempat duduk. Setelah itu,mereka pun duduk di tempat yang kosong.

"Order la apa-apa. Saya belanja,"kata Choa. Mereka pun melihat menu yang ada di meja mereka itu. Tiba-tiba seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka.

"Saya nak chicken chop dan jus epal,"Seolhyun memesan makanannya kepada pelayan tersebut.

"Saya pulak nak spaggeti carbonara dan jus oren ya,"giliran Choa pula memesan makanannya.

"Okey,"balas pelayan tersebut sambil menulis pesanan mereka. Dia pun berlalu dari situ setelah selesai menulis pesanan.

"So,awak nak buat apa cuti esok?"tanya Choa. "Takde pape. Just berehat kat rumah je la. Penat kot kerja,"jawab Seolhyun.

Choa hanya mengangguk. "Tu je? Tidur je kat rumah sampai keesokan harinya?"soal Choa lagi. "Emm tak jugak. Tapi sebelum tu,awak kena simpan rahsia ni. Okey?" Seolhyun memberikan jari kelengkingnya untuk membuat perjanjian. Choa pun menyambutnya dengan malas.

"Emm yela. So,cakaplah. Awak nak buat apa?"gesa Choa. "Okey okey. Tapi kan sebenarnya saya tak pastilah nak bagitau awak ke tak,"Seolhyun berasa ragu-ragu dengan Choa.

"Ala bagitau je la,"ujar Choa.

"Hmm sebenarnya saya ada plan. Plan nak pisahkan Eunji dari Taeyeon,"Seolhyun beritahu Choa. "Wait what?! Awak ni dah gila ke?"Choa membeliakkan matanya.

"Tak. Saya still waras. Saya buat macam tu sebab Eunjilah yang membuatkan family saya takde,"perkataan terakhir itu membuatkan Seolhyun tiba-tiba sebak.

"Apa yang Eunji buat?"soal Choa. "Dia kahwin dan family saya dijemput. Kalau family saya tak pergi majlis perkahwinan dia,mesti diorang masih hidup,"ujar Seolhyun sebak.

"Tapi,kalau dia kahwin,patutnya dia tinggal dengan suami dia dan bukan dengan Taeyeon dan Sowon. Tapi kan,macam mana awak tahu Eunji yang kahwin?"soal Choa.

"Saya tak tau kenapa dia tinggal dengan diorang berdua. Saya tahu Eunji yang kahwin sebab mak aku ada bagitau nama dia dan gambar dia sebelum diorang pergi,"kata Seolhyun.

Choa hanya mengangguk.

"Tapi,saya tetap tak setuju dengan apa yang awak nak lakukan. Awak biar betul. Tak elok putuskan hubungan silaturahim ni,"Choa memberi nasihat.

"Tak kisahlah. Siapa suruh jemput family saya,"ujar Seolhyun.

Tiba-tiba,makanan yang dipesan sudah sampai. "Dahlah saya tak nak bincang lagi pasal hal ni. Saya nak makan,"kata Seolhyun sambil mengambil garfu dan pisau lalu makan chicken chopnya.

'Seolhyun,Seolhyun. Dah berapa tahun berlalu tapi awak still tak boleh terima takdir. Move on je la. Tapi,nasib baik awak tak bunuh sekali Eunji tu. Seolhyun,lebih baik awak pergi cari orang yang langgar kereta family awak tu dari balas dendam atas perkahwinan Eunji tu. Takde faedahnya,"kata hati Choa sambil makan dan memandang Seolhyun dengan muka sayu.

"Awak kenapa pandang saya dengan muka camtu?"soal Seolhyun.

"Err... Ta-takde pape,"balas Choa.

Mereka pun kembali menyambung makan.

Setelah habis makan,mereka pun pulang setelah Choa membayarkan makanan untuk mereka berdua. Seolhyun juga mengucapkan terima kasih padanya.

Bersambung...

Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now