bab 1

18.8K 302 1
                                    

''Airaaa!!! " Jerit Daniel dari tingkat atas rumah banglo milik keluarganya.

Aira tersenyum manis memandang wajah Daniel yang comot bagaikan badut kerana di muka Daniel penuh di contengnya dengan make up. Aira berasa geli hati melihat perangainya itu.

Kau memang nak kenakan Aira! Tunggu kau. Kalau aku dapat kau siaplah kau. Baru kau sedar siapa aku! Hambur Daniel geram dengan sikap nakal Aira yang selalu menganggunya.

Haha takkan dapat punya! Cubalah kejar! Cabar Aira sambil berlari pantas menuruni anak tangga rumah Daniel.


''Kau!!! "

Mereka berdua berkejaran dari dalam rumah hingga luar halaman rumah Dato Adham. Akhirnya dapat juga Aira di tangannya. Daniel tersenyum kemenangan di atas kejayaan untuk mendapatkan budak nakal yang satu itu.

''Eh lepaslah. Sakit tahu tak!"


Daniel menarik rambut aira yang di ikat tocang oleh bondanya sendiri.

''Apa tak dengar kuat sikit cakap!" Perli Daniel, dia sengaja mencabar budak dihadapannya itu.

''Daniel please sakitlah! Jangan macam ni, saya janji tak ganggu lagi". Jujur Aira sambil menahan kesakitan apabila Daniel masih berkeras.

''Okay! Tapi kau ni boleh di percayai ke?" 

Daniel berfikir sejenak.

''Sumpah! ". Aira membalas laju sambil mengangkat 5 jarinya. Daniel masih kekal memegang rambutnya.

''Ya, Allah. Bertuah punya budak dua orang ni. Penat ummi mencari rupanya ada dekat sini". Datin Merlinda mengeluh. Al~maklumlah harus menjaga anaknya yang sulung ini dengan anak kawan baiknya itu. Teramatlah nakal.

''Ummi kenapa cari kitorang? " Soal Daniel sebaik sahaja bondanya menghampiri mereka berdua di situ.

''Ummi cuma penat dengan kamu saja. Ni dah kenapa sampai tarik rambut Aira". Luah Datin Merlinda sambil menghela nafas berat.

''Ummi tengok muka anak kesayangan ummi ni dah kalah badut dekat sarkes tu!" Luah anaknya itu.

Datin Merlinda tergelak kecil. Daniel mencebik. 

''Kenapa sampai jadi macam ni. Lawak pulak ummi tengok kamu Daniel". Datin Merlinda tersenyum.

''Semua ni budak ni punya pasal ummi! ".Hambur Daniel dingin.

''Jangan salahkan Aira dia kecil dari kamu". Balas Datin Merlinda. Daniel berasa marah kerana bondanya membela budak luar.

Aira tersenyum sinis. Daniel yang menyedari akan senyuman Aira terus dia mendengus kasar.

Tunggu kau budak! Ugutnya.


Keesokan harinya..

Daniel terasa seperti ada sesuatu yang berat menimpa badanya. Dia mengeluh sedikit sambil mengosok kedua kelopok matanya, dia lantas terkesima di tepi katil.

''Benda apa ni berat aje tiba~tiba ada atas badan aku?". Gumam Daniel dalam hati.

Dia terus bangun dari katilnya dan melihat bantal penuh di atasnya katilnya dan badannya.

''Ni mesti kerja budak tu lagi". Daniel terus bangun.

Airaaaaaaaaa!!!!! Jerit Danial sambil membaling bantal ke bawah.

''Opsss, Daniel dah bangun ke? Maaflah saya tak boleh kotakan sumpah tu. Saya mana layak sebab saya masih budak lagi". Ujur Aifa sambil menjengukkan kepalanya di pintu bilik Danial Lantas, Daniel membaling bantal tepat ke mukanya.

''Rasakan kau! "

'' Cukuplah tu. Kali ni Daniel menang!" Aira mengalah, dia takut penyakitnya akan menyerang dirinya.

''Jangan Daniel!'' Rayu Aira sambil menahan tangis. Daniel terkejut bila Aira bernafas tidak teratur, dia pantas berlari ke arah Aira.

Aira, kau okay tak? Soal Daniel cemas.

''Tulah, kau Daniel masa seronok lupa semua Sekarang tanggung sendiri". Gumam hatinya.

'' To..tolong panggil ummi seka..sekarang.."ujur Aifa.

''Ummi!!, ummi!! Datang sini". Laung Daniel.

Setelah beberapa minit Datin Merlinda pun tiba di bilik hampir nak pitam dia melihat Aira sedang di atas lantai.

''Daniel kenapa ni?" Soal Datin Merlinda sambil memegang tangan Aira.

''Ummi, Aira pengsan!" Daniel menangis.

''Dia dalam bilik Daniel tadi. Kami main sama - sama tapi dia tak tahulah mati ke ummi ?" Daniel berdiri kaku di situ.

''Ya, allah! Daniel jangan cakap macam tu!'' Marah Datin Merlinda.

''Tolong ummi angkat Aira. Kamu pegang kaki Aira". Arah Datin Merlinda.

''Baik ummi! " Daniel hanya mengikuti arahan bondanya. Rasa bersalah mula menggunung di hati kecilnya. 

Dia Lelaki KejamWhere stories live. Discover now