Jam di meja berdering menandakan tepat pukul 4.12 pagi. Hari Jumaat.
''Daniel bangun kau tak nak solat ke?'' Ujur Ilham sambil memakai baju kurta kesayanganya, pemberian ibunya yang berada di kampung.
''Hah! Daniel berguling di atas katil.
Kau dah kenapa? Aku suruh solat berjemaah kau pula berguling atas katil. Weh, cepatlah. Takut terlewat pulak tak baiklah! '' Ilham menepuk kaki Daniel.
''Baik ustaz Ilham. Ana ambil wuduk dulu'' Daniel dengan mata yang tertutup berjalan ke arah tandas.
''Kau jangan nanti aku talbiah baru tahu! '' Ilham mengamparkan kain sejadah mereka di atas karpet
"Yelah big boss. Tahulah aku kau tu..." Daniel malas melayan sahabatnya itu.
''Emm, dunia dengan manusia sejagat macam kau aku anggap tornado aje! '' Ilham berkata selamba. Walaupun mereka bukan di negara islam tapi mereka masih menunaikan ibadah kerana di tuntut oleh Allah.
beberapa minit kemudian. Ilham memandang jam di dinding. mana si Daniel ni taaruf dalam tandas ke apa ni. Dia menghampiri tandas bilik dalam bilik Daniel.
''Asal lama sangat kau ambik wuduk oi?" Soal Ilham mendayu.
''Daniel cepatlah asal lambat sangat dalam dekat tu! '' Ilham mengetuk pintu bilik air Daniel.
''Eh, tak berkunci la!'' Balasnya tersentak. Dia menolak pintu bilik air dan melihat sahabat bertuahnya itu sedang tidur di singki sambil tangannya memegang tuala.
''Amboi, senangnya kau membuta. Daniel Zulfar!!! Bangun!!! Tsunami datang cepat!!! Daniel yang sedang beradu terus terdengar jeritan Ilham, ayat tsunami membuatkan dia terjaga dan...
''Lari semuaa tsunami. Ya Allah maafkan hambamu ini yang tak sempat solat! Kata Daniel sambil menandah tangan.
''Woi, kau dah kenapa. Mana ada tsunami lagi? Kita nak solat ni! Kaulah Daniel...Siapa suruh tidur lambat sekarang apa jadi mengantukkan?'' Ilham menggerakkan kepalanya.
''Mana ada aku tidur awal la'' Daniel masih tidak mahu mengaku. Sebenarnya dia tertidur selepas mematikan telefonnya tetapi terjaga pukul 12 malam dan matanya tidak mahu tutup untuk tidur semula. Ilham keluar sampai pukul 2 pagi entah ke mana.
''Aku yang balik pukul dua pagi demi kerja khusus pun boleh aje bangun inikan pulak engkau yang duduk kat rumah! Pun tak boleh bangun! '' Ihlam menggaru kepalanya yang tidak gatal.
''Dahlah cepat ambil wuduk! Aku tunggu tapi jangan bercamping pula kat dalam tu!'' Ilham berpesan, dia tergelak.
''Yup bro!" Daniel membalas laju.
Setelah selesai sembahyang mereka membersihkan diri dan keluar dari rumah untuk ke universiti.
''Daniel...err aku nak tanya kau satu soalan boleh? '' Ujur Ilham perlahan.
''Kau dah kenapa cakap slow sangat kuatlah sikit. Macam pelik aje soalan kau ni?'' Dia memandang Ilham sekilas.
''Okay, aku takut ada orang lain aje?'' Ilham tersengih. Daniel cuak dengan sahabatnya itu.
''Maksud kau? Hantu!'' Daniel senyum sinis.
''Kau ni ke situ pulak agak~agak la!'' Ilham menepuk bahu Daniel kuat.
''Kau kalau cakap tak pukul aku tak sahkan?''
''Sorry bro my bad!'' Ilham tayang jari peace.
''Emm, aku just nak tanya yang Mary ada kacau kau lagi tak? '' Ujur Ilham perlahan. Daniel mengeluh sedikit, dia menghampiri Ilham lalu berkata.
YOU ARE READING
Dia Lelaki Kejam
RomanceAuthor @Aynn , enjoy ur reading , to all reader i wish you stay happy and catch ur dream