bab 18

6.8K 114 1
                                    

Aira kusut memikirkan tentang dirinya kini. Adakah Daniel berkata benar bahawa dia adalah Daniel Zulfar yang dia cari selama ini.

''Aku buntu ya allah!'' Rintih Aira perlahan.

''Kau perlu kuat Aira. Kau tak boleh give up lagi! Aku kena siasat dulu. Emm malam ni aku boleh balik rumah, so senang sikit! ''. Tekad Aira.
Dia terus menjamah makanan hospital.

Telefon bimbit milik Daniel berdering menandakan panggilan masuk. Nombor peribadi.

Dia mula menekan butang di hand free.

''Hello, siapa ni?'' Soal Daniel.

''Farish ni abang!'' Luah Farish perlahan.

''Oh, Rish ada apa call abang?''

''Saja aje, actually Rish nak cakap yang kak Aira malam ni dia keluar. Itu aje!'' Balas Farish.  Daniel terhenti kata sebentar.

''Hello abang hello. Abang kau okay tak?'' Soal Farish kalut.

Dia tersentak seraya berkata. ''Tak ada apa-apa Rish. Thanks sebab bagitahu!''

''No hal la abang iparku!''
Rish terus mematikan telefon bimbit Iphone miliknya.

Daniel tersenyum manis mendengar gurauan dari Farish.

''Ish, mamat tu suka sakat aku!'' Gumamnya perlahan.

''Alhamdulillah, Aira kesayangan aku dah boleh balik!'' Kata Daniel gembira. Lega mendengarnya.

Aira mengemas segala barangannya untuk pulang ke rumah. Dia berasa tenang berbaur gembira kerana malam ini dia dibenarkan pulang.

''Aira jom balik!'' Ujur Datin Merlinda.

''Baik bonda!''. Kata Aira sambil mengangkat begnya.

''Bonda bil dah settle ke?'' Soal Aira.

''Dah! Selesai semuanya! Mari!'' Pinta Datin Merlinda.

Aira menekan butang lif.

Setelah mereka sampai di bawah. Dato Adham berhentikan kereta Vampire di hadapan pintu utama hospital.

''Biar papa angkatkan beg kamu!'' Pinta Datuk Adham taktala itu Aira tersenyum dan mengangguk tanda memberi. Dia seraya menghulurkan begnya kepada papanya.

Datin Merlinda masuk ke dalam kereta bersama Aira kemudian di ikuti dengan Datuk Adham. Beberapa minit kereta sudah berluncur di atas jalanraya.

Di dalam bilik Aira

''Weh, kau balik asal tak cakap kat aku!'' Kata Dahlia sedih.

''Alolo, kau ni Lia aku mana sempat nak cakap. Habis Suami kesayangan kau tu tak beritahu ke?'' Soal Aira semula.

''Rish mana nak beritahu bini dia ni asyik sibuk memanjang aje sedih aku tau!'' Luah Dahlia perlahan.

''Takpa nanti aku marah dia eh?'' Aira terus memeluk Sahabat baiknya iaitu Dahlia Almira, plus adik iparnya.

''Assalamualaikum, kak Aira buat apa tu?'' Soal Farish sambil mencelah.

Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

''Aduh, tak sangka pulak bini aku pun join sekali!'' Farish menepuk dinding perlahan.

''Hah! Kau apesal Rish tepuk dinding akak. Dah kenapa?'' Soal Aira sambil menecebik. Dahlia terus melepaskan pelukan dari Aira. Dia lantas berlari keluar. Farish hanya memandang sepi wajah isterinya itu.

''Yang kau tercegat kat situ buat apa! Pergilah kejar dia! '' Farish yang mendengar menapak keluar dari bilik Aira.

''Macam filem pula!'' Gumam Aira.

''Nur Dahlia Almira Binti Dato Ilham! Berhenti!'' Kata Farish.

Dahlia meneruskan langkahnya dia terus membuka pintu biliknya. Farish yang masih mengejar terus membuka pintu tetapi malangnya gagal. Dahlia berdiri di belakang pintu.

''Lia, abang tahu abang salah but please buka pintu ni sayang. Abang nak cakap ni!'' Pujuk Farish sambil mengetuk pintu bilik.

Setelah beberapa minit menahan kesakitan di bahagian perut. Dahlia berusaha berdiri tatkala pintu di buka Farish lantas menyambut Dahlia yang pengsan di depannya. Dia terkedu.

''Lia bangun sayang. Dahlia tolong jangan buat i rasa bersalah please!'' Kata Farish sambil menepuk-nepuk pipi isterinya.


''Doctor, bagaimana keadaan my wife?'' Ujur Farish.

''Don't worry Rish. Dia penat and your baby also sihat!'' Balas doktor Emilin.

''Thank you doctor!'' Balas Farish semula.

''Adik Lia okay?'' Tanya Aira selepas menjenguk Dahlia.

''Okay, dia cuma penat sikit aje. Letih sebab baby ada dalam perut dia!''

''Oh, really! Tak lama lagi akak jadi mak long dia la kiranya!'' Luah Aira gembira.

Dahlia membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang wajah Farish dan Aira.

''Sayang dah sedar. Alhamdulillah!''. Ujur Farish.

Dahlia tersenyum.

'' Abang anak kita masih adakan?''

''Ya, sayang dia masih sihat. Lia letih tadi tu yang pitam. Nasib abang sambut kalau tidak tak tahulah apa yang jadi!'' Sambung Farish semula.

''Saya minta maaf sebab tak fikir pasal kita sepatutnya saya kena dengar arahan abang! Saya sayang anak kita sangat. Saya tak nak perkara yang tidak di ingini berlaku. Itu aje, abang maafkan saya!'' Luah Dahlia sedih sambil menitiskan air mata. Farish terus memegang tangan isterinya.

''Abang selalu maafkan Lia. Dah jangan nangis lagi!''. Aira turut sebak mendengar pengakuan mereka berdua.

Dia Lelaki KejamWhere stories live. Discover now