Daniel memegang kepalanya apabila dia merasakan kesakitan yang kuat. Dia merintih perlahan.
Setelah beberapa minit menahan kesakitan itu dia terus terjatuh dari katil dan pengsan.
Jururawat yang tertera tag nama Naurah telah ditugaskan untuk memberikan ubat kepada Daniel pada malam itu. Dia berjalan masuk ke dalam bilik 205.
''Ya Allah, tuan Daniel kenapa sampai jadi macam ni sekali!'' Naurah memangku kepala Daniel. Dia terus bangun dan menekan butang interkom.
''Bilik 205 ada pesakit yang cedera. Datang sekarang!!!'' Jerit Naurah. Dia terus melepaskan panggilan itu.
Beberapa jururawat bergegas masuk ke dalam bilik Daniel. Mereka menjalankan tugas masing-masing.
4 Bulan berlalu...
(Wad 208)
Aira membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Cahaya di kelihatan samar-samar di sebalik tirai tingkap.
''Akak dah sedar, syukur alhamdulillah kak!'' Farish menadah tangan tanda bersyukur ke hadrat ilahi.
''Rish, akak dekat mana ni?'' Soal Aira perlahan sambil membuka alat bantuan pernafasan.
''Akak sebenarnya ada dekat hospital. And now akak perlu rehat dulu. Jangan banyak bercakap doktor pesan!'' Jelas Farish.
''Akak okay kau tak perlu risau Rish! Alhamdulillah semuanya baik. Akak bersyukur. Bonda dengan papa macam mana?'' Soal Aira.
''Baik kak! Diorang risaukan akak aje dah dekat setahun akak hilang!'' Balas Farish.
Mereka berdua ralit bersembang sehingga Aira tidak berasa mengantuk.
Aira turut menjelaskan apa yang berlaku kepada Farish. Cuma, tidak semuanya hanya yang sewaktu dengannya sahaja. Tidak berlebihan.
Kedua ibu bapanya turut di jelaskan juga. Berita tersebar dengan pantas.Di villa Naurah..
''Awak jemput minum!'' Pelawa Naurah sambil menghidangkan secawan air oren sejuk sambil tersenyum manis memandang wajah Daniel.
'' thanks ya!'' Balasnya taktla mengambil huluran dari Naurah dan turut membalas senyuman Naurah.
''So, macam mana? You dah jumpa dia?'' Soal Naurah sebagai pembuka bicara sebelum meneruskan bicaranya.
''Actually, nope sebab i rasa tak bersedia lagi. I takut dia takkan percaya. Plus, Aira akan benci i Naurah!'' Daniel meraup mukanya.
''At least, you cuba dari terus macam ni Daniel? Berdiam tanpa berbuat apa-apa? '' Talbiah Naurah panjang lebar.
''You tahukan selama kita berkawan ni you bukan Daniel yang i kenal dulu yang berjiwa kental. Bukan macam sekarang ni lemah!''
Luah Naurah. Dia sebenarnya kasihankan Daniel.''Naurah please, lupakan kisah lama i tak nak hal itu di bangkitkan lagi let bygones be bygones!'' Daniel membalasnya dengan nada kesal.
''I tak kira esok you wajib tanpa sebarang bantahan perlu melawat Aira!'' Arah Naurah tegas.
Daniel mengangguk tanda mengerti. Dia akur dengan kata-kata Naurah yang banyak membantu dia sehingga ingatannya pulih semula.
Daniel Zulfar telah mengalami penyakit amnesia sejak kemalangan yang melibatkan dua nyawa orang yang dia sayang terkorban iaitu kedua ibu bapanya. Semenjak itu dia terus berubah sekelip mata menjadi seorang yang kejam dan bengis. Namun, Daniel Zulfar juga tidak tahu bagaimana ingin berhadapan dengan Aira.
(Wad 208 )
Aira memandang ke luar tingkap dia berjalan perlahan sambil memegang kerusi di sebelahnya.
Daniel membuka pintu bilik Aira perlahan-lahan. Dia menapak masuk ke dalam.
Aira yang mendengar pintu biliknya di buka dia terus berpaling melihat siapakah gerangan orang yang datang.
''Tak mungkin dia...'' Getus hati kecil Aira. Daniel turut sama berpandangan dengan Aira.
'' Boleh kita berbincang?'' Ujur Daniel perlahan.
''Tolong pergi saya tak nak berbincang sekarang dan tak nak di ganggu oleh sesiapapun...'' Pinta Aira. Dia terus berjalan ke arah katil.
''Aira!'' Panggil Daniel.
''Saya perlu rehat. Awak pergi balik Daniel...'' Arah Aira.
''No, aku Daniel Zulfar tunang kau!'' Terang Daniel tenang. Kali ni dia nekad dia perlu beritahu hal yang sebenarnya kepada wanita dihadapannya ini. Aira tergamam seketika.
''Kenapa awak kejam! Daniel yang saya kenal bukan lelaki kejam macam awak dia cuma nakal dan tak seteruk awak!'' Hambur Aira.
''Tinggalkan saya sendirian!'' Pinta Aira. Daniel berdiam diri dan dia terus berlalu pergi meninggalkan Aira yang sedang menangis. Dia ingin memberi Aira ruang untuk pulih dan menerima dirinya semula, semua perlukan masa.
YOU ARE READING
Dia Lelaki Kejam
RomanceAuthor @Aynn , enjoy ur reading , to all reader i wish you stay happy and catch ur dream