bab 13

5.7K 117 2
                                    

Razif yang sedang memulas tombol pintu bilik itu dengan penuh dedikasi tanpa sebarang bunyi. Dia menapak masuk ke dalam bilik Aira setelah berjaya membuka pintu itu. Tatkala Aira yang berbaring mengiring ke sebelah kanan.

Aira terus memusingkan badannya ke sebelah kiri. Matanya melihat seorang lelaki sedang memerhatikannya dari jarak yang jauh. Pandangan samar-samar, kerana dia tidak dapat menangkap wajah lelaki itu.

Lelaki itu terus menghampirinya. Razif mengambil pisau di dalam poket seluarnya dan meletakkan di atas tangannya.

''Kau ikut aku sekarang kalau rasa masih sayang pada nyawa kau tu!'' Kata Razif tegas sambil mengacukan pisau itu ke arah Aira.

''Awak nak apa?'' Soal Aira cemas. Takut juga dia akan sikap lelaki ini. Datang tanpa di undang secara mengejut pula.

''Saya tak nak!'' Aira cuba berbahas kepada Razif.

''Aku kata tu boleh tak kau consider sikit!'' Razif menapak ke depan selangkah.

''Saya kata tak nak tu taklah maksudnya. Apa awak susah nak faham. Belajar sampai mana masa sekolah dulu?'' Soal Aira berani. Dia perlu melakukan perkara sebegitu agar tidak di manipulasi lelaki yang memakai topeng muka itu.

''Wei, apesal kau lembab sangat hah!'' Jerkah Daniel dari arah berlakang bersama pengikut di sekeliling belakangnya.

''Culik pun susah ke!'', soal Daniel semula. Dia terus mengacukan pistol ke arah Aira.

''Eh, bos nak buat apa tu?'' Razif mempamerkan riak terkejut dengan tindakan berani bosnya itu.

Aira yang memandang mereka berdua silih-berganti. Dia terkesima. Wah, drama sedang berlaku di depan matanya sendiri. Malah, dia pegang pistol. ''Ya allah lindungilah aku!'' Pinta hatinya.

Daniel tersenyum sinis memandang wajah polos Aira. Lantas, dia menarik picu pistolnya dan mengacukan tepat ke arah bahu Aira. Satu tembakan bergema di banglo milik datuk yusof.

Aira merasakan dirinya kebas dan bahu yang sakit apabila terkena tembakan peluru padu dari Daniel yang tepat pada sasaran iaitu Aira. Pandangan semakin kabur dan dunianya menjadi kelam.

''Settle, bilik ni! '', arah Daniel kepada konco-konconya seramai sepuluh orang yang berada di belakangnya.


Villa Daniel pov

Aira merasakan badannya amat kebas. Dia berusaha untuk bangun namun dia tidak mampu. Dia memandang bawah iaitu badannya yang di selimuti tebal. Aira melihat dirinya masih dalam keadaan baik.
Dia bersyukur.

''Aku dekat mana ni? Macam lain aje tempat yang aku alami sekarang, atau mungkin aku kena culik?''. Getus hatinya perlahan.
Pelbagai persoalan yang sedang terlintas di benaknya.

Tiba-tiba satu tepukan yang kuat di hadapannya. Daniel berdiri di pintu tersenyum sinis memandang wajah Aira yang tepingga-pingga.

''Wah, kau dah sedar? Baguslah senang sikit urusan aku nanti. Untuk seksa kau!'' Ujur Daniel sinis dan dia memakai topeng.

''Awak siapa?'' Soal Aira sambil memegang bahunya yang berbalut. Tompokon kesan berwarna merah masih jelas.

''Itu bukan masalah kau perempuan!'' Daniel menjawab pertanyaan Aira kasar. Aira tertunduk apabila Daniel membalas. Danial benci melihat perempuan tunduk begitu.

''Awak tolonglah saya nak balik. Saya tak kenal awak? Saya nak balik!'' Rayu Aira sambil menitiskan air mata.

Danial menjadi berang dengan sikap Aira. Lantas, dia mengorak langkah menghampiri Aira yang sedang tertunduk. Dia mencengkam bahu Aira kejap.

''Awak tolong jangan buat saya macam ni. Saya sakit! Tolong jangan!'' Rayu Aira apabila Danial semakin kuat mencengkam bahunya yang cedera akibat dari kesan tembakan semalam.

''Hei, kau dengan sini sekali kau dah melangkah masuk dalam rumah ni kau takkan boleh keluar semula sebab kau perempuan malang yang pernah aku jumpa dalam hidup aku'', ugut Danial keras. Dia melepaskan Aira kasar. Aira terus menangis mengenangkan nasibnya nanti. Bonda dan papanya pasti risaukan dia apabila sebaik saja mereka pulang ke rumah.

''Kau jangan nak cuba memperbodohkan aku, Aira dengan air mata palsu kau ni! Aku tak kesiankan kau! '' Danial terus berjalan sambil berkata tatkala dia membuka pintu bilik dan berlalu pergi meninggalkan Aira yang sedang merintih.

''Tolong aku ya allah, aku tak kuat dengan semua ini!'' Rintih Aira perlahan.

''Siapa dia?' Kenapa aku kena tanggung semua ni! '' , getus hati Aira pilu dengan sikap lelaki itu. Matanya seperti pernah lihat tapi di mana.

Danial berjalan menuruni anak tangga ke bawah. 

''Bos, macam mana nak ke kami jaga perempuan tu ke?'' Ujur Razif. Daniel yang berjalan terhenti.

''Kau ketatkan kawalan di luar dan semua sudut pintu bilik. Plus, bilik perempuan tu sekali terutamanya. Korang blah bila aku masuk bilik perempuan tu nanti. Aku tak nak korang semua kena renjatan minda pulak!'' Pesan Daniel tersenyum manis. 

''Pelik ah! Bos aku sorang ni!'' Umpat Razif dalam hatinya.

''Kau mengumpat aku ke?'' Soal Danial sambil keningnya terangkat sebelah.

''Mana ada bos, saya cau dulu eh!'' Pamit Razif. Getar dengan perangai bosnya itu.

''Satu lagi! Jangan lupa pergi beli MCd kat aku. Pesan lebih sikit untuk perempuan tu dan korang semua! Arah dia serius.

''Okay, bos!'' Razif terus menekan kunci kereta honda accord milik bosnya. Dia di benarkan untuk memakai kereta Daniel di atas sebab kepercayaan yang diberikan oleh lelaki itu terhadapnya.





Dia Lelaki KejamWhere stories live. Discover now