" Rasa itu masih sama, iaitu rasa sakit..."
Daniel melabuhkan punggungnya di atas sofa selepas menutup pintu bilik Aira.
''Huh, penat sungguh, dengan minah tu pula di tambah pula!'' Keluhnya perlahan sambil menutup mata.
Dia terlelap sehingga jam 1 pagi. Razif yang berjalan menuju ke tingkat atas melihat dia sedang tidur dengan beradu di atas sofa.
''Amboi bos melantak!'' Perli Razif perlahan. Dia menghampiri Daniel perlahan.
'' Bos!'' Panggil Razif.
Daniel yang tertidur terus mengeliat perlahan. Dia membuka matanya dan Razif berdiri betul-betul di hadapannya.
''Kau apesal tercegat dekat depan aku ni!'' Daniel terkejut dan terjaga.
''Emm, sebenarnya kita ada masalah besar bos!'' Ujur Raziq.
Daniel mempamerkan riak wajah terkejut dengan penjelasan dari Razif.
''Habis tu, dia nak aku buat apa?'' Soal Daniel sambil keningnya terangkat sebelah.
''Dia nak jumpa bos dekat habour, Itali besok!'' Razif berkata panjang lebar.
''Okay, aku nak kau prepare tiket flight dan suruh yang lain kawal ketat rumah ni. Kita pergi seminggu! '' Tegas arahan dari Daniel. Dia lantas berjalan menuju ke biliknya.
''Apa yang penting sangat sampai aku kena flight pergi jumpa dia?'' Gumam Daniel sambil membuka beg rodanya. Dia melipat baju-baju yang hendak di bawa ke Itali.
Setelah selesai mengemas pakaiannya. Daniel membersihkan dirinya beberapa minit dia keluar dari bilik air.
Daniel mengelap rambutnya dengan tuala sambil menggunakan hair dryer. Lantas, dia terus merebahkan badannya di atas katil.
Aira tidak dapat melelapkan matanya apabila dia terjaga pada pukul 4 pagi.
''Aira kau kena tidur takut nanti mamat tu datang pula macam mana!'' Gumam Aira.
Tiba-tiba pintu bilik Aira di buka dari luar menggunakan kunci.
''Hah, kan aku dah kata!'' Aira berpura-pura menutup matanya.
Daniel tersenyum sinis memandang Aira yang tidur membelakanginya.
''Kau jangan nak berlakon dengan aku Aira aku tahu kau tak tidur lagi ..."
''Tulah, kau ni pun satu Aira tak reti nak cover line. Tertangkap sudah...'' Getus hati Aira sambil memusingkan badanny.
''Awak buat apa dekat sini?'' Soal Aira perlahan.
''Kau rasa?'' Daniel mengukirkan senyuman manis. Wajah Aira terus menjadi pucat. Dia perlu lari dan kata hatinya ketika itu.
Dia mengesot ke tepi meja.
Akhirnya tangannya berjaya merampas sebuah cawan kaca dan dia membaling tepat ke kepala
Daniel menyeringai kesakitan. Darah pekat laju menuruni pipinya. Dia memegang kepalanya dan mendapati cecair berwarna merah penuh di tangannya.
''Kau memang tak guna!'' Hambur Daniel sambil mengetap giginya kuat.
Dia terus menampar pipi Aira berkali-kali. Dan menolak Aira jatuh ke bawah serta menghantukkan kepala Aira ke dinding. Pandangan Aira kian membalam. Dek kerana kesakitan yang teramat pedih. Dinding habis di penuhi dengan darah.
Razif yang mendengar terus menapak masuk ke dalam dia terpana seketika.
''Bos, cukup nanti mati budak ni!'' Dia menarik Daniel untuk meleraikan permasalahan yang berlaku.
''Bos, esok dah nak pergi Itali. Kenapa bos seksa dia macam tu!'' Ujur Razif sambil menenangkan fikiran Daniel yang berserabut.
''Aku..ak..aku!'' Edward terhenti di situ. Dia terus pengsan.
Aira segera di kejarkan ke hospital berdekatan. Dia parah.
YOU ARE READING
Dia Lelaki Kejam
RomanceAuthor @Aynn , enjoy ur reading , to all reader i wish you stay happy and catch ur dream