Setahun berlalu
Berita mengenai kemalangan kedua ibu bapa Daniel Zulfar tersebar luas ke seluruh Malaysia. Begitu juga dengan keadaan Daniel yang kusut dan tidak terurus. Matlamatnya satu iaitu membalas dendam terhadap Aira. Wanita yang telah terlibat dalam kemalangan bersama kedua ibu bapanya di London.
'' Aku janji hidup kau akan musnah perempuan! ''. Karam Daniel dengan nada amarah yang memuncak.
Suasana di rumah Aira kelihatan sunyi sepi tiada sebarang bunyi mahupun seorang pun. Aira hanya tinggal keseorangan memandangkan kedua ibu bapanya perlu menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya di England selama 3 bulan.
Aira meneruskan kehidupannya dengan kesedihan yang amat perih. Kehilangan orang yang paling rapat dalam hidupnya.
Aira berjalan menuju ke tingkat bawah untuk mengambil air mineral. Oleh, kerana tekaknya berasa amat dahaga.
''Haus ya allah, Baik aku cari air kejap'' dia membuka peti sejuk, lantas mengambil air mineral dan meneguk air itu perlahan. lega untuk menghilangkan kering tekaknya.
Villa Daniel
''Bos, semuanya dah settle no problem! Dia tinggal sorang dekat rumah dia! '', ujir Razif yang merupakan orang kanan Daniel
''Bagus! Kau memang cekap dalam urusan kerja ini!'', balas Daniel sambil memeluk tubuh.
''Kita dah boleh gerak bos!'' Kata Razif taktla memandang wajah bosnya itu.
Dia tersenyum sinis. Idea jahat mula bermain di mindanya dengan pantas.
''Aku bukan yang dulu lagi. Aku kembali menuntut bela atas kematian orang yang aku perlukan dalam hidupku. Malah, kau gugurkan semuanya. Hati aku tak berbalik lagi!'' Janji dan tekadnya.
Aira yang sedang menonton televisyen berasa tidak sedap hati. Dia bergegas ke atas untuk mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor bondanya.
Telefon milik datin Sofia berdering menandakan panggilan masuk. Datin Sofia menjawab mengangkat panggilan telefonnya.
''Assalamualaikum, bonda! Ini Aira, bonda sihat dan Papa macam mana? Sihat ke?'' Sapa Aira sambil menitiskan air mata.
''Waalaikumsalam, Aira..rindunya bonda pada kamu, alhamdulillah kami sihat kamu jangan risau ya! Kamu okay ke kat rumah sorang tu?'' Soal Datin Sofia. Aira terdiam dan menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata.
''Bonda, Aira baik di sini, emm, bonda Aira nak minta maaf kalau ada buat salah dengan bonda mahupun papa selama ni!'' Aira berkata dengan nada perlahan.
''Aira, bonda sayangkan kamu. Walaupun ummi kamu dah pergi tinggalkan kita.kamu kena kuat sebab dia tak suka keadaan kamu macam ni. Sakit nanti macam mana?'' Datin Sofia turut sebak untuk mengatakan hal itu.
''Bonda kalau Aira tak pandu waktu tu pasti semuanya selamatkan, aira yang salah.Aira gagal bonda , Aira gagal!'' Rintih Aira kesal.
Oleh kerana, dia sakit ketika memandu kedua ibu bapa Daniel ketika itu sehingga dia tidak dapat melihat di hadapan kelihatan semuanya kabur tatkala keretanya menghampiri gaung.''Aira dahlah tu bonda tak nak kamu salahkan diri kamu , itu sudah ketentuan allah sayang! Tabahkan hati kamu!'' Pujuk Datin Sofia.
Bonda, Aira rindu bonda sangat, baliklah jumpa Aira!'' Aira berasa sedih akan bondanya yang berada jauh darinya.
''Nanti lagi beberapa bulan kami pulang ya. Jaga diri. Bonda kena pergi dulu. Assalamualaikum!'' Datin Dahlia terpaksa pergi menguruskan majlis pernikahan anak saudaranya iaitu tengku Syafinas.
''Bonda kirim salam dekat papa dan ahli keluarga yang lain tau!'' Pesan Aira tatkala dia membaringkan tubuhnya di atas katil.
''Ya, nanti bonda sampaikan!''
Balas datin Sofia sebelum meletakkan telefonnya.Aira berusaha memejamkan matanya namun dia masih tidak mampu.
''Aku dah kenapa ni? Kenapa rasa macam tak boleh nak tidur aje!'' Dia lantas bangun dan menepuk bantalnya berkali-kali. Hasilnya tetap sama dia masih tidak boleh tidur.
''Allah! Kenapa dengan aku ni? '' jerit Aira kuat sehingga memeranjatkan Razif yang sedang membuka pintu masuk utama rumah Aira.
''Aku belum culik lagi minah tu takkan dah sasau kot! '' getus hati Razif. Dia berasa pelik dengan sikap Aira yang tengah menjerit sebentar tadi.
''Got it!'' Dia berjaya membuka pintu utama dan dia pantas berlari.
''Bos, pun satu, aku mana pernah main terjah masuk rumah orang sebarangan. Kerja lain tu bolehlah. Ini tak suruh culik anak dara orang kaya pula tu. Buatnya perempuan tu lagi pandai psikologi tak ke naya aku!'' Umpat Razif. Dia menuju ke bilik yang bertanda Aira puteri kesayangan.
Telefon milik Razif berbunyi menandakan masej masuk.
Sent by Bos:
"Wei, kau apesal lembab pulak . Cepatlah settle perempuan tu. Bawa dia turun tak kira cara apapun!"
Sent back by: konco terbaik#raziq
"Okay 2 bos ..saya pasrah...keja gila nie bos"
''Apasal la lembab betul orang suruhan aku tu...'' Gumam Daniel perlahan sambil melihat ke tingkat atas di bahagian halaman rumah Aira.
YOU ARE READING
Dia Lelaki Kejam
RomanceAuthor @Aynn , enjoy ur reading , to all reader i wish you stay happy and catch ur dream