bab 6

7.3K 147 0
                                    

Telefon Daniel berdering menandakan panggilan masuk.

''Bro, hp kau bunyi tu? Tak rasa nak angkat ke?''
Soal Ilham kehairanan. sahabatnya sorang ini kena sampuk ke. 

''Kejap aku tengah siapkan something ni!'' Balas Daniel laju.

''Suka hati kaulah tapi telinga aku dah banjir dengar lagu dari hp kau tu dari tadi asyik berdering aje!'' Ilham berkata jujur.

'' Yalah, aku angkat hp tu!'' Daniel mengambil telefonnya pantas.

''Assalamualaikum, anak bertuah betul bukan nak bertanya khabar ummi ke apa? Risau kami dekat sini!'' Datin Merlinda mula berleter.

Ilham yang sedang menonton filem tergelak besar.

Daniel mencebik melihat kawannya yang sedang gelakkan dia. Daniel tayang penumbuk segenggam ke arah Ilham. Ilham cuak namun masih tersengih.

''Emm tak ummi, sebenarnya Daniel banyak kerja nak kena siapkan attach assingment, project semua ni...emm. Sibuk teruk sampai nak call ummi pun susah sikit ummi maafkan saya ya..sayang ummi sorang ni....'' Pujuk Daniel sambil menahan debaran.

''Tak apa, ummi faham tapi takkan sampai masej pun kamu tak sempat!'' Balas Datin Merlinda.

'' Ummi nanti Daniel balik sana!'' Kata Daniel pantas.

''Serius, kamu tak main~main?'' Datin Merlinda terkejut namun gembira dengan kata - kata yang dikeluarkan oleh anak bertuahnya itu  kerana sudah  hampir tiga tahun dia tidak pulang ke  Malaysia.

''Kali ni confirm jadi ummi!'' Jawabnya sambil mengusap jarinya. 

"Insya Allah  lagi seminggu. Hari Ahad. Okay! Papa and ummi sihat?'' soalnya perlahan, wajah Ilham dipandang sekilas. 

''Alhamdulillah kami sihat dekat sini cuma rindukan kamu!'' balas bondanya. kerinduan yang tidak tergambar.

''In syaa allah ummi, Daniel akan balik sana secepatnya ya...doakan Daniel ummi tau..." 

''Alhamdulillah semua sihat. Ummi kirimkan salam Daniel dekat papa!'' balas 

''Baiklah jaga diri kamu tu, assalamualaikum!'' Pesan Datin Merlinda.

''Ya, ummi!! Waalaikumsalam! '' Daniel terus meletakkan telefonnya di atas meja makan.

''Asal kau gelakkan aku tadi? Lawak sangat ke?'' Soal Daniel pelik.

''Tulah kau dulu tak nak call ummi kau sekarang dah kena talbiah free! '' Ilham masih gelakkan diri Daniel.

''Kau bukan nak backup ke apa? Tambah lagi adalah! benci pula aku dengan kau ni...'' Daniel geram dengan sahabatnya itu. gaduh sahabat karib tidak sampai bermusuhan dan berlanjutan.

''Okay, sorry - sorry ...Serius, muka kau lawak amat masa ummi kau talbiah tadi ahahaah, kau pun satu kesian ummi kau tu sanggup kot dia call anak dia yang lupa ingatan ni! sibuk kalah ceo dah aku tengok '' Ilham menyambung semula.

Daniel melabuhkan punggungnya di sebelah kanan Ilham di atas sofa.

''Dah nama pun anak! Caring la! '' Daniel membidas tidak mahu kalah.

''Kau tengok cita apa ni?'' Tanya dia lagi.

''Movie baru!'' Jawab Ilham sambil fokus terhadap kaca televisyen. khusyuk. 

''Tajuk?'' Daniel  memandang Ilham sekilas kemudian menyambung semula memnadang ke arah televisyen.

'Alif 7 dimensi!''

''Kau ciplak kat mana cita nih?'' Soal Daniel hairan , boleh pula dia ni layan filem malaysia mana dapat tak tahulah si Ilham ni. 

''Adik aku hantar pos ke sini!'' Daniel terus pamer riak terkejut.

''Rajin eh adik kau? Melayan abang dia yang sewel ni!'' Sambung Daniel sambil membaling bantal ke arah Ilham.

"Woii!!!"  Ilham tersentak lalu membalas balingan dari Daniel. 

"Sakit gila!" Daniel terus berlari ke arah tangga. tanda mengalah dia mengangkat lima jari. 

''Aku dah mengantuk jumpa esok! '' Daniel berkata dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya ditingkat atas dorm mereka. Setibanya dia di dalam bilik, Daniel terus berbaring dan memikirkan sesuatu.

''Aduh lupa nak tanya ummi pasal perempuan tu!'' Daniel terus memejamkan matanya, dia terlelap kerana amat letih dengan tugasan di universiti mereka. Struggle dia kali ini.

Daniel  berjalan menuju ke kedai cool blog. ''Saya nak air perisa blueberry satu?"

''Baik abang!'' Kata pelayan perempuan itu.

Tiba-tiba datang seorang perempuan dari arah belakang dia lalu. 

''Eh, kejap~ kejap. Adik tolong buatkan untuk akak dulu boleh tak blueberry cool blog tu?'' Perempuan itu berkata. Daniel yang mendengar terus naik angin. mana boleh sedangkan dia yang datang dahulu sebelum wanita ini.

''Kau dah kenapa potong line aku?  Aku yang datang dulukan?" Dia menjawab malas.

''Tak kisah saya nak cepat takut kena tinggal teksi tu. Bagilah saya kesempatan untuk beli dulu. Tolonglah awak!'' Perempuan itu merayu.

Daniel masih tidak mahu mengalah dengan perempuan itu.

''Tak boleh! Aku yang datang dulu dari kau! Penat berdiri dekat sini lepas tu bagi air yang aku pesan tu senang~senang dekat orang lain! '' Daniel memarahi perempuan itu. 

''Encik nah! '' pelayan itu memberikan Daniel air cool blog itu dan lantas di rampas oleh perempuan itu. Dia terus menuang air cool blog itu ke atas baju Daniel. Daniel mendengus kasar lalu wajahnya kemerahan menahan amarah yang menggunung di dadanya.

''Ini balasan dekat orang yang tak tahu bertimbang rasa dengan saya. Sikap angkuh awak tu takkan ke mana Daniel!'' Perempuan itu berlalu pergi meninggalkan tanda tanya dan  dia terus terkesima. Eh kejap, minah tu dah kenapa? macam tu saja boleh pergi tanpa minta maaf dekat aku ?

''Mana dia tahu nama aku!'' Getus hati Daniel pelik dengan sikap wanita itu. 

''Kau akan menyesal perempuan buat dekat aku macam ni! '' Daniel menjerit kuat.

''Wei kau dah kenapa terjerit macam kena sampuk ni? '' Sapa Ilham yang sedang mengunyah roti vanilla.

''Sorry mimpi sikit!'' Daniel terus terbangun drastik lantas membalas pertanyaan sahabatnya itu.

''Tahulah mimpi tapi tolong cover suara tu dah macam komander pun ada!'' Perli Ilham.

 ''Kau ni, sakat nombor satu eh?'' Daniel mencebik, Ilham gelak kuat dan berlalu pergi meninggalkan dia.

''Huh, nasib mimpi tapi macam aku kenal siapa orang tu?'' Gumam Daniel perlahan. dia bingkas bangun untuk ke persiapkan diri untuk ke universiti mereka.

Dia Lelaki KejamWhere stories live. Discover now