bab 14

6.1K 132 0
                                    

Setelah selesai memesan Mcd Razif segera pulang ke rumah Tuan Daniel.

''Bos, saya naik kejap nak bagi cik Aira tu makan ni?'' Sapa Razif sambil menayangkan bungkusan Mcd. Daniel yang masih menonton televisyen hanya mengangguk faham. Tetapi dia berfikir sejenak.

''Tak perlu, biar aku yang bagi perempuan tu makan. Bagi sini makanan perempuan tu!'' Daniel berkata serius.

Razif berkira-kira adakah perlu bagi kepada bosnya itu atau dia saja yang pergi.
Akhirnya, dia mengalah. Lantas, memberikan bungkusan itu kepada Daniel.

''Kau ambil yang ni semua. Makan sekali dengan yang lain!'' Arah Daniel sambil mengambil sebungkus burger ayam Mcd dan kentang goreng serta air mineral untuk Aira. Selebihnya, dia memberikan kepada Razif.

''Mati pula minah tu kalau tak makan. Habis tu, macam mana nak seksa kalau dia lembik nanti!'' Getus hati Daniel.

Razif berlalu pergi setelah bungkusan berada di tangannya.

Daniel tersenyum dan berjalan menaiki anak tangga ke tingkat atas. Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik Aira. Dia melihat Aira sedang memandang ke luar tingkap. Aira yang mendengar pintu di buka. Dia terus tersentak melihat wajah lelaki itu semula.

''Aku takut....'' Pinta hati Aira. 

Daniel tersenyum sinis dan meletakkan makanan di atas meja berhadapan Aira.

''Dia nak aku makan ke?'' Gumam Aira perlahan, langkah lelaki itu di lihatnya dengan pandangan takut, sungguh dia ketakutan saat ini.

''Ambik dan makan ni sekarang!'' Arah lelaki itu dan Aira hanya mengelengkan kepalanya. Muka lelaki itu menjadi merah padam apabila arahannya di tolak oleh Aira.

''Saya kata saya tak nak... Kenapa perlu paksa saya? Awak tak ada hak untuk kawal hidup saya!'' Kata Aira berani. Memang tempah maut Aira kali ni.

''Apa? Kawal hidup kau tu hak aku. By the way, kau sekarang macam hamba la kiranya!'' Daniel membalas sinis.

''Saya nak balik! Makanan tu saya tak nak!'' Aira menolak arahan Daniel untuk makan.

''Oh, kau tak nak makan. Baik, kalau macam tu biar aku yang ajar cara makan yang betul untuk perempuan degil macam kau ni!'' Hambur Daniel sambil mencengkam dagu Aira kuat. Aira menolak tubuh lelaki itu ke belakang. Daniel terjatuh dan dia lantas bangun menampar pipi mulus Aira dengan kuat. Lalu, dia menarik tangan Aira ke dalam bilik air.

''Lepaskan saya, awak gila!'' Jerit Aira dan Daniel menjadi bengang dengan kata-kata Aira.

''Hei, kau dengar sini kau memang cabar kesabaran akukan. Makanan kau tolak, sekarang kau kata aku gila.Kau tak sabar nak tengok gila sebenar aku ke hah! Jerkahnya. Aira terdiam. Daniel terus mengheret dia ke dalam tab mandi. Dia membuka pili air dengan kuat. Air mengalir dengan banyak ke dalam tab itu. Aira di tolak masuk ke dalam tab. 

''Masuk, dan duduk!'' Arah Daniel.

''Kau cabar akukan perempuan!'' Getus hatinya.

''Lepaskan saya! Tolonglah... '' Rayu Aira sambil menitiskan air matanya. Dia harus meraih simpati agar lelaki itu mahu melepaskannya.

''Is too late dear!'' Balas Daniel pantas. Dia mengukir senyuman jahat.

Daniel terus menyeluk kepala Aira ke dalam air. Aira hanya mampu tekapai-kapai di dalam air. Nafasnya bagai berkurangan apabila lelaki itu masih rakus melakukan perkara itu berulang kali. Wajah Aira kelihatan pucat dek kerana air yang memasuki hidungnya dengan banyak. Aira tidak mampu berbuat apa-apa. Tenaganya semakin lemah.

''Aku dah tak kuat lagi. Apa salah aku? Bantu hambamu ini ya allah!'' Rintih hati kecil Aira perlahan. Daniel melepaskan terus Aira yang kelihatan tidak bermaya. Pernafasannya berkurangan. Danial berdiri dan ingin melangkah pergi namun dia berpusing semula melihat Aira yang sedang melurut ke dalam air.

''Bangunlah! dia berkata serius. Dia berasa pelik dengan Aira kerana tiada sebarang tanda perempuan itu mendengar percakapannya.

Danial tidak sedap hati dan dia pantas berlari ke arah Aira di dalam tab mandi, wanita itu kelihatan pucat dan darah mengalir di kepalanya memenuhi tab mandi. Dia terkejut taktala menepuk pipi Aira, muka perempuan itu pucat lesu kebiruan.

''Aira bangun sekarang! Sebelum aku lakukan perkara yang kau tak jangka!'' Ugut Daniel sambil menarik tubuh Aira dekatnya. Dia kusut dan mendail nombor doktor peribadinya.  mengangkat Aira untuk di bawa ke katil.

Beberapa minit doktor Syifa pun tiba. Dia memeriksa nadi dan tekanan darah Aira.

''Tekanan darah rendah dan nadi pun lemah. Pernafasan kurang, apa awak buat dengan dia?'' Soal doktor Syifa sambil mendail nombor jururawat di hospitatnya. Daniel yang sedang melihat pemeriksaan doktor Syifa tersentak.

''Kamu dera dia ke Daniel?'' Soal doktor Syifa bertubi-tubi.

Daniel mengaut kepalanya yang tidak gatal.

''Emm, taklah dia duduk dengan orang lain!'' Bohong Daniel perlahan.

''Habis tu, macam mana saya nak buat ni? Kamu tak tahu perbuatan ini boleh mengundang maut!'' Jelas doktor Syifa serius. Dia malas mendail nombor taktala jururawat itu tidak menjawab panggilan darinya. Akhirnya, dia menaip masej. Amin yang menerima masej dari doktor Syifa terus bergegas mengambil alat bantuan pernafasan dan menuju ke rumah Danial dengan menaiki kereta.

Dia berlari sepantas kilat menuju ke tingkat atas.

''Doktor, biar saya tolong pasangkan!'' Pinta Amin, yang merupakan seorang jururawat terpantas bagi doktor Syifa merangkap tunangnya. Doktor Syifa mengangguk tanda mengerti.
Daniel hanya melihat.

''Apa aku dah buat ni?'' Getus hatinya. Dia menjadi kusut seketika. Daniel berlalu pergi.

''Dia sakit ke? Razif tak inform aku pun selama ni?'' Soal Daniel perlahan sambil menunggu di luar. Dia memanggil Razif.

Razif terpingga-pingga apabila namanya di seru dari arah atas. Dia bergegas ke sana.

''Bos! Ada apa panggil saya?'' Tanya Razif sambil mengerutkan dahinya.

''Perempuan tu ada sakit ke? Kau tak beritahu aku kenapa ?'' Soal Daniel dengan nada serius. Dia memandang wajah Razif kerana menginginkan kepastian.

''Sebelum tu saya minta maaf sebab saya terlupa nak inform bos pasal sakit dia tu. Asma teruk bos dari sejak kecil lagi!'' Terang Razif panjang lebar.

''Kali ini aku lepaskan kau. Tapi ingat jangan buat macam ni lagi. Kusut aku!'' Daniel  berkata.

''Bos, saya blah dulu!'' Pinta Razif. Dia hanya mengangguk tatkala Razif melangkah pergi

Setelah itu, pintu bilik Aira di buka dari dalam. Doktor Syifa dan Amin keluar bertemu dengannya.

''Doktor, macam mana?'' Soal Daniel risau.

''Dia perlukan rehat dalam masa beberapa hari ni. Pastikan rehat Aira cukup. Jangan bagi dia lakukan perkara yang berat!'' Pinta doktor Syifa. Dia juga risau akan Aira takut wanita itu menjadi mangsa Daniel. Dia tahu akan sikap Daniel tambahan lelaki itu menghadapi amnesia yang tak menentu itu.

Daniel tersenyum seraya mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.

''Terima kasih doktor and amin!''

''Sama-sama, ingat pesan saya tu!'' Doktor terus beredar pulang.

Daniel berjalan ke arah Aira.
Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

''Apesal kau sakit hah? Soalnya perlahan.


''Aku blah dulu. Kau rehatlah!'' Kata Daniel seraya berpaut pada kerusi untuk bangun. Aira hanya memandang kelibat lelaki itu  berlalu pergi meninggalkan dia keseorangan. Perlahan-lahan air matanya menitis. Perkara petang tadi masih terlayar di mindanya kembali. Dia mengeluh perlahan.

''Siapa dia sebenarnya. Kenapa aku macam pernah kenal dia sebelum ni?'' Soal hatinya.

Daniel menghempas tubuhnya ke atas katil empuk miliknya. Dia berusaha memejamkan kelopak mata dan dia akhirnya tertidur.

''Aira...oh..Aira kau buat aku kacau bilau dengan cara kau!'' Gumamnya perlahan sebelum tertidur.

Dia Lelaki KejamWhere stories live. Discover now