Part 2
Sebaik saja mereka tiba di hospital. Aira di masukkan ke dalam bilik kecemasan.
Datin Merlinda menghubungi seseorang.''Assalamualaikum, Sofia ni Merlinda". Beberapa minit panggilan di sambut.
''Ya, merlinda kenapa? Aira ada buat hal ke? "
Soal Puan Sofia cemas.''Bukan begitu Sofia. Tapi anak awak masuk hospital. Penyakit penatnya datang semula! "
Jawab Datin Merlinda perlahan.''Merlinda, saya minta maaf sebab tak dapat balik ke Malaysia sekarang mungkin lagi dua hari saya akan balik. Saya ada masalah yang belum dapat diselesaikan. Awak tolong jaga Aira untuk saya Merlinda! Bolehkan?" Pinta puan Sofia. Dia turut berasa sedih kerana tidak dapat menjaga anaknya ketika sakit.
''Baiklah Sofia, jangan risau. Selagi dia dengan saya. Saya akan menjaga dia sebaik mungkin! " Jawabnya.
''Terima kasih Merlinda. Awak terlalu baik dengan kami sekeluarga. Jasa awak tidak dapat saya balas Merlinda". Jujur Puan Dahlia sambil menitiskan air mata.
''Sofia, doktor dah keluar! Saya pergi dulu dan jaga diri awak baik~baik. Assalamualaikum". Kata Merlinda.
''Waalaikumsalam Merlinda, awak pun". Balasnya sebelum meletakkan telefon.
''Doktor? Macam mana dengan keadaan Aira? ". Ujur Datin Merlinda kepada doktor Amanda.
''Mujur puan cepat datang kalau tidak Aira mungkin tak dapat di selamatkan". Balas doktor Amanda.
''Alhamdulillah, syukur!"
Datin Merlinda berasa lega dengan keadaan Aira.''Saya dah berikan Aira bantuan alat pernafasan. Jadi, puan boleh masuk ke dalam untuk melihat pesakit". Terang doktor Amanda.
''Thanks doktor". Ucap Datin Merlinda sambil tersenyum.
'''Baik puan, saya pergi dulu!". Kata doktor Armanda lantas dia berlalu pergi.
''Daniel , mari kita masuk!".
Panggil Datin Merlinda.Daniel hanya mengangguk lemah.
Keadaan Aira menyentuh hati dan perasaan Datin Merlinda. Dia berjalan menghampiri katil Aira. Aira di bekalkan dengan wayar dan alat bantuan pernafasan. Datin Merlinda berdoa agar Aira cepat sembuh.
Daniel terkesan melihat keadaan Aira. ''Maafkan aku. Tapi aku tak salahkan?''Getus hatinya.
''Daniel, ummi balik kejap. Nanti malam ummi datang balik ya'' Pamit bondanya. Daniel mengangguk tanda faham.
''Baik ummi, Daniel nak tidur dekat sofa tu dulu..'' Daniel membalas lemah.
''Kamu tolong tengokkan Aira ya?" Pinta bonda Daniel. Dia mengangguk tanda bersetuju.
Daniel berjalan ke arah sofa seraya melelapkan matanya. Dia begitu penat dengan kejadian yang menimpa Aira.
pagi...
Aira membuka matanya perlahan~lahan dan melihat di sekelilingnya.
''Aku dekat mana ni? " Gumam hatinya.
''Kau dekat hospital la Aira!" Daniel membalas pertanyaan Aira sambil tersenyum sinis memandangnya.
''Dia lagi ingat dah lari ke negara lain ke? Kenapa tak boleh seminit pun awak hilang dari pandangan saya?". Gumam Aira.
''Lantak dekat aku la. Kau dah kenapa? dah benci sangat kat aku". Daniel malas melayan budak dihadapannya ini.
''Mana ada cuma menyampah.. " Perli Aira.
''Kau kalau tak menjawab rasanya tak boleh hidup?" Marah Daniel.
''Suka hati sayalah! Mulut saya". Balas Aira laju.
''As your wish!" Daniel kelihatan tenang.
''Cool aje aku tengok dia ni? Tiada tanda~tanda untuk berjuang langsung...." Gumam hatinya pelik akan sikap Daniel.
''Kau rasa kuat ke kau nak lari? Bukan ke kau penat? Masih bermimpi nak berlari. Baik kau batalkan aje niat kau tu!" Balas Daniel selamba sambil duduk di atas sofa.
''Tapi ummi tak ada lagi. Emm, yeay dah sampai pun!'' Aira tersenyum kemenangan apabila melihat ummi Daniel masuk ke dalam biliknya dan semestinya, idea jahat mula bermain di mindanya.
''Assalamualaikum, Aira kamu dah sedar?" Sapa Datin Merlinda sambil membawa bungkusan kek coklat kegemaran Daniel dan Aira.
''Dah ummi! Airakan kuatkan..." Balasnya laju.
''Ek~eleh kuat dekat mana! Semalam masa aku baling bantal dekat kau asal terus pengsan. Tu kuat kau kata?" Daniel ketawa sambil berguling~guling di atas lantai.
''Ya allah, anak bertuah. Kamu ni Daniel bukan main suka cari pasal dengan Aira. Bukan nak kesiankan Aira!" Balas Datin Merlinda.
Aira mencebik.
''Nasib kamu berdua masih kecil kalau tidak apalah nak jadi! "
Gumam Datin Merlinda.''Ummi, dahlah tu asyik membebel aje. Pening kepala Daniel hmm". Rungutnya.
''Emm, ummi ada bawa kek coklat untuk kamu dan Aira sekali. Mari sini Aira makan!" Pelawa Datin Merlinda.
Aira tersenyum dan Daniel pula berlari ke arah bondanya.
''Ummi tolong suapkan Daniel? " Pinta anak kesayangannya itu.
Daniel buka mulut kamu ! Dan kamu juga Aira ummi suapkan sekali ye". Datin Merlinda menyuap kek coklat ke dalam mulut Aira.
''Ala, buat apa nak suap dia ni ummi!" Daniel tayang muka merajuk.
''Daniel tak baik cakap macam tu. Aira masih sakit. Ummi kena jaga dia sama macam ummi jaga kamu..." Terang Datin Merlinda.
Daniel hanya mengangguk lemah. Redha jelah Daniel.
''Lepas kamu berdua makan kek sampai habis. Ummi nak Aira pergi mandi. Sebab petang nanti Aira dah boleh keluar!"
''Yeayy, Aira dah boleh balik rumah! '' .Sorak Aira gembira. Daniel tayang muka meluat satu tahap.
''What? Cepatnya ummi. Baru nak happy forever dekat rumah. Datang pula makhluk dari antartika seekor ni!'' Sampuk Daniel malas.
''awak memangkan nakal tahap buaya tembaga betul". Aira mengutuk.
''Habis tu kau apa dah macam landak nakal !" Daniel berlawan kata.
''Saya bukan landak nakal la...Saya budak comel aje!" Puji dirinya.
''Comel konon macam mak cik jual kuih tepi simpang tiga adalah!" Daniel memerli semula.
''Daniel diam boleh tak malas nak dengar mulut awak tu macam langau tau tak?" Tambah Aira.
''Lagi okay dari mulut kau yang tak ada insurans takaful tu! Siapa pun tak hingin nak masuk kalau kau jual insurans". Daniel membidas.
''Apa tu insurans Daniel?" Tanya Aira.
''Kau tak layak tahu lagi sebab kau tu budak. Sedar sikit! Jangan nak sibuk". Danie tersenyum kemenangan, senang dapat kenakan si Aira ini.
''Biarlah, sekurang~kurangnya dapat juga ilmu. Bukan macam awak belajar semua tapi entah". Aira tergelak kecil.
''Kau tak tahu sebab kau budak. Lain la aku ni belajar lebih atas dari kau!" Perli Daniel.
''Awak baru tingkatan satu apa yang tingginya, Pelik!" Rungut Aira.
''Aira, kau memang nak kena dengan aku!" Marah Daniel.
YOU ARE READING
Dia Lelaki Kejam
RomanceAuthor @Aynn , enjoy ur reading , to all reader i wish you stay happy and catch ur dream