bab 19-final

10.5K 144 8
                                    

Aira menyembunyikan dirinya di sebalik dinding rumah banglo milik Daniel. Dia memakai serba hitam seperti seorang ejen. Aira tersenyum sambil melihat Daniel yang sedang rancak berbual bersama  Naurah. Dia berasa sedikit cemburu.

''Siapa perempuan tu ke bakal isteri dia?'' Getus hati Aira.

''Ah, biarlah dekat dia apa aku kisah!'' Kata Aira geram dengan gelak tawa mereka berdua. Dia berjalan perlahan-lahan menapak ke depan tetapi malangnya dari mana silapnya dia terpijak ranting kayu.

Naurah dan Daniel yang sedang rancak berbual terhenti seketika.

''Naurah i rasa ada orang tengah intip kita. I think better you pergi balik dulu! Apa-apa'' nanti i inform kemudian !'' Arah Daniel. Naurah mengangguk tanda mengerti dan berlalu pergi.

''Okay, i balik dulu!'' Naurah terus membuka pintu keretanya dan menghidupkan enjin dan terus pulang ke rumah.

''Siapa tu? Takkan perompak pula, kalau nak merompak pun awal lagi ni ke spy?''.Gumam Daniel perlahan. Aira mengintai Daniel yang sedang berjalan ke arahnya. Apa tunggu lagi dia cabut terus lari.

Aira yang sedar akan hal itu terus berjalan menuju ke keretanya apabila dia hendak membuka pintu, Daniel menolak Aira ke belakang. Aira terdorong ke bonet keretanya.

''Auch, sakitlah!'' Jerit Aira sambil mengusap lengannya.

''Kau!'' Kata Daniel. Aira terkesima seketika. Cepatnya jumpa aku!

''Awak dah kenapa main tolak aje, sakit tahu tak!'' Marah Aira sambil mengosok sikunya semula.

''Kau intip aku eh?'' Soal Daniel serius. Aira telan air liurnya perlahan.

''Mana ada!'' Jawab Aira pantas. Daniel masih tidak berpuas hati. ''Betul ni?'' Soal Daniel  senada.

''Habis tu, asal kau pakai semua hitam? Plus, kau macam penat berlari aje!'' Tebaknya.

''Say..saya..emm..!'' Aira tergagap-gagap.

''Sah! Kau memang intip aku dengan Naurah tadi sebab ada ranting patah kat kaki kau!'' Tambah Daniel sambil mengambil ranting patah di kaki Aira. Adush, masak aku kali ni...Die..

''Ya, saya mengaku saya ada intip awak! Salah ke? ''. Jujur Aira tanpa berselindung lagi.

''Salah ke kau kata!'' Balas Daniel " Kalau ya pun aku ni dah takda mulut nak jelaskan dekat kau? kau still boleh bertanya cik Aira, cepat sangat jump into conclusion..haih" Daniel menghela nafas lembut, wanita itu di tatapnya. 

Aira terkejut.
''Emm, silap! '' Aira kelu seminit. Daniel pandang muka Aira dengan pandangan yang tajam.

''Kau masih tak percayakan aku lagi?'' Soal Danial lembut.

''Saya susah nak percaya semula sebab tanpa penjelasan, memang betul kata awak tempoh hari. Saya ni ego sangat sampai tak nak dengar dulu dari awak. Tapi hati saya kuat mengatakan yang saya perlu jumpa awak!'' Luah Aira perlahan.

''Okay, kalau kau nak dengar penjelasan aku. Bagus! first at all. Perempuan yang kau nampak tadi tu nama dia Naurah. Dia yang tolong bagi aku kata-kata semangat semasa kau koma sampailah sekarang ni aku dah normal semula!'' Terang Daniel.

''Oh, awak kenapa? Sakit ke masa tu?'' Soal Aira.

''Aku amnesia masa kemalangan tu kau ingat. Ummi dan Abah aku?'' Balas Daniel.

Aira mengangguk sambil menitiskan air mata.

''Diorang sayangkan kau. Muka aku hancur. Dan doktor sarankan aku untuk buat plastic surgery. Then, kau mesti tak kenal aku. Start daripada situ aku jadi seorang yang kejam. Kau target utama aku sebab kau yang pandu kereta tu. Kau selamat sebab kau tercampak keluar dari pintu depan. Plus, aku pun. Ummi dan Abah tak sempat. Sebelum tu diorang kata aku kena kahwin dengan kau jugak. Kita bertunang dahulu sebelum kemalangan dan diorang tak sempat nak tengok kita kahwin..." Daniel berasa sedih dan sebak untuk meluahkan rasa dan perkara yang dia telah lama pendamkan dari wanita di hadapannya ini.

''Awak, saya percaya kata-kata awak semuanya benar kerana dari mata awak nampak keikhlasannya. Saya tahu kerana saya jugak pernah buat salah. Maafkan saya Daniel..'' Pinta Aira taktala menitiskan air mata.

''Aku dah maafkan kau Aira. Plus, aku pun nak minta maaf juga sebab buat kau terseksa sampai masuk hospital! '' balas Daniel sambil tersenyum manis memandang wajah kemerahan Aira.

Aira mengangguk sambil tersenyum semula.

''Kalau aku ajak kau kahwin rasa apa jawapan yang sesuai boleh kau bagi dekat aku? jawapan yang tak kecewakan aku?'' Ujur Daniel selamba.

''Hah?'' 

''Emm, saya..'' Aira kelu.

''Saya apa? '' balas Daniel lagi.

''Saya terima ayat awak tu..''. Balas Aira sambil memusingkan badannya ke belakang dia terharu sebenarnya.

Daniel faham akan sikap wanita di hadapannya ini, Aira Sufira.

''Serius? Lusa aku datang rumah kau!'' Kata Daniel pantas.


" Pada mulanya aku tidak yakin, namun akhirnya dialah jodoh yang diberikan oleh Allah.."

- Aira Sufira -

.......


The End....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Lelaki KejamWhere stories live. Discover now