Tahun 2012
Di sebuah pertandingan taekwondo...
"YOU dengan Lorna cemana sekarang?" tanya Qisya lalu menyedut jus alpokat. Tekaknya yang kering rasa lega dan dingin. Rambut oren yang terpacak di atas kepala, diusap perlahan.
"We're okay." Redza senyum sebelum tunduk menghirup caffe latte perlahan-lahan.
"Okey tu... okey yang cemana?" Qisya senyum nakal mengusik.
Mujur kulit Redza bukan putih melepak. Kalau tak, mesti kuat Qisya ketawakan dia sebab dia terasa pipi dia tengah merah.
"Are you blushing, bro?" Tapi Qisya nampak juga. Memang kuat suara dia ketawakan Redza.
"Young lady... behave yourself," nasihat Redza. Kurang setuju dengan cara Qisya gelak kuat macam jantan. Dah la gaya dia macam Ichigo Kurosaki. Lagi-lagi dengan memakai dobok putih dan bertali pinggang hitam begini.
"Rileks la, bro. I biasa gelak macam ni. Tak ada hal la dengan pandangan orang. Peduli apa dengan tanggapan orang lain. Janji I tak kacau orang!" Begitulah pendirian Qisya. Dia memang tak kisah dengan persepsi orang lain mengenai gaya dirinya yang memang pelik. Ini namanya cosplay dan dia sekarang sedang memainkan watak Ichigo Kurosaki, hero dalam siri anime Bleach.
"Dah dapat Lorna ke belum?" Qisya pandang Redza sambil angkat-angkat kening jahat.
"You brat!" Kelepuk! Redza lepuk kepala Qisya. Habis penyek rambut pacak gadis tu dibuatnya.
Di sebuah universiti...
POHON sakura Malaysia mula menggugurkan bunganya yang berwarna merah jambu dan putih. Rumput hijau hampir tak kelihatan kerana dilitupi bunga-bunga sakura Malaysia. Lorna tak tahu apa nama pokok tu. Tapi rupa pokok tu persis pohon sakura di Jepun. Sebab tu dia panggil pokok tu pokok sakura Malaysia. Keadaan yang damai permai tu buat dia asyik mendongak ke langit yang berwarna jingga sambil menadah kuntuman sakura yang jatuh ke mukanya.
"Feeling sakura kat Jepun ke?"
Bahu Lorna dihempuk perlahan dengan fail. Tersentak dibuatnya. Lekas-lekas dia membetulkan kedudukan spek jernih yang dah tersenget sebab terkejut tadi. Wajah Medina yang tersengih macam tiram mutiara dipandangnya geram. Baru aje niat nak marah, Rezuan muncul bersama satu bucket popcorn dan sebotol jus oren satu liter.
"Kita kunyah-kunyah sambil diskus. Jemput...." Rezuan buka penutup jus dan bahagikan cawan kertas.
"Petang-petang macam ni sedap makan pisang goreng cicah sambal kicap la, Abang Zuan," komen Medina lalu menyuap beberapa butiran kecil popcorn ke dalam mulutnya.
"Tak jumpa. Ni aje yang ada jual kat kafe lewat petang macam ni." Rezuan, pelajar tahun dua itu membetulkan spek jernih yang bertenggek atas batang hidungnya.
"Kenapa tak discuss kat library?" tanya Lorna perlahan.
"Kat library tak boleh makan dan cakap kuat-kuat macam ni." Kuat suara Medina menjawab soalan sepupunya. "Ala... sekejap aje pun nak discuss. Cuma nak bahagikan tugas."
"Okey... jom bahagikan tugas untuk rumah perlindungan kucing terbiar. Bahagian tajaan ada super senior dah tolong kita. Jadi kita bahagikan tugas-tugas yang tinggal dan lantik lagi beberapa AJK baru." Rezuan terus membahagikan tugas kepada dua orang pelajar tahun satu tu.
Di sebuah party cosplay...
"RAESS...wow... you're Zero Kiryu!" Kimmy menjerit suka melihat lelaki pujaan hatinya memakai cosplay watak dalam anime Vampire Knight.
"Wow! You're a vampire. Suck my blood please." Hanna tarik bajunya yang berbutang hingga dedahkan dada ke arah Raess. Dia rela aje serah diri pada lelaki tu.
"No... take me please. My blood is sweeter." Leeza acu lehernya pada Raess. Dia pun tak mahu kalah bersaing dengan teman-temannya demi nak merebut player terkenal tu. Meskipun tahu Raess seorang player, mereka tetap tak kisah. Jika mereka dapat menghabiskan semalaman bersama Raess, ia merupakan satu kebanggaan kepada gadis-gadis muda di majlis itu.
Raess tersenyum cuma melihat semakin ramai gadis menyerah dan merayu dirinya. Malam tu dia pasti tak akan kesunyian. Setiap jam, pasti dia akan dapat teman berhibur yang baru. Tak perlu cari. Tak perlu payah-payah mengayat. Dia boleh pilih sesiapa saja yang dia mahu.
Tapi malam tu dia tak mahu yang biasa-biasa. Dia mencari yang luar biasa. Mata Raess tajam memerhati, mencari seseorang yang sesuai dengan seleranya. Eh? Matanya terpandang seorang gadis. Tsukino Usagi? Wow! Now that is a true perfect cosplay! Panjang langkah Raess kejar gadis bertocang dua berambut perang tu.
Namun dia kehilangan jejak si jelita. Dah bertukar jadi Sailormoon ke gadis tu dan kembali ke bulan? Raess tercari-cari. Damn! Dia terlepas sesuatu yang dia mahukan.
Di sebuah bilik hotel....
"DATUK...apa ni?" Abby menjerit nyaring. Terkejut dia apabila Datuk Haider mula bersikap kurang ajar.
"Kita main-main dulu baru discuss pasal sponsorship projek you tu." Datuk Haider cuba capai tangan Abby.
"Tak perlu, datuk! I tak perlukan sponsorship daripada you." Abby cuba lari ke arah pintu.
Tapi rambutnya yang diikat tocang dua berjaya ditarik oleh Datuk Haider. Tubuh Abby jatuh terlentang di atas lantai.
"Jangan!" Abby menjerit sekuat-kuat hatinya. Merayu supaya dikasihani.
PETANG yang sama.
Tempat yang berbeza.
Ada ria dan derita.
YOU ARE READING
Sweet Vendetta [Published]
RomanceSebuah persahabatan.... "Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang nampak macam Ichigo Kurosaki. "Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck! S...