Penghujung tahun 2015....
QISYA senyum lebar bila nampak kelibat lelaki tu di marina Puteri Harbour. Tiupan angin yang kuat membuatkan kain pareo yang dipakainya berkibar macam bendera. Terpaksa dia pegang nak elak kainnya tersingkap sampai pangkal paha.
"Thanks for coming!" Tak sangka pula Redza sudi datang jumpa dia kat situ. Lepas kejadian di Sabah dulu, hubungan Qisya dengan Redza dingin sebentar. Lama juga Redza tak layan dia hinggalah hari ni.
"You sorang?" soal Redza. Matanya memerhati ke sekitar marina, tercari-cari lelaki yang pernah bersama Qisya dulu.
"Mesti la I sorang." Qisya mula disapa rasa tak sedap hati. Redza tak percaya pada dia lagi ke?
"Mana la tau kalau you masih lagi dengan lelaki tu." Nada suara Redza bagaikan menyindir. Sebenarnya dia tak nak singgah ke situ. Dia nak cepat-cepat balik ke KL. Dah seminggu dia tinggalkan Lorna kerana kerja. Rasa rindu pada isterinya menggebu-gebu. Tapi bila Qisya dah merengek dan merayu suruh dia singgah sebentar kat situ, terpaksalah dia ikutkan.
"I dah tak ada apa-apa lagi dengan lelaki tu." Cepat-cepat Qisya beritahu. Dia tak mahu Redza terus salah faham. Yang utama sekali, dia tak mahu Redza berterusan memandang serong kepada dirinya.
"Maknanya you dah lupakan dendam you tu?"
Qisya senyum dan angguk. "Dah setahun I tinggalkan vendetta tu. I pun tak tau apa yang berlaku pada Haider dan anak-anak dia. Bagi I...biarlah tuhan aje yang balas perbuatan dia."
"Bagus la kalau macam tu. Tak elok hidup diselubungi dendam. Nanti hati you hitam." Redza belek jam di tangannya. Dua jam lagi matahari akan terbenam. Dia rasa dia patut bertolak sekarang. Nanti lewat pula sampai rumah.
"Errr... kita minum-minum kejap kat coffee house." Cepat-cepat Qisya mengajak. Dia belum puas lagi berborak-borak dengan Redza. Dah lama mereka tak begini. Lengan Redza dia dah sauk dan hela ke arah sebuah coffee house.
"Ina... I tak boleh lama sangat." Redza cuba menolak. Tapi Qisya cukup pandai memujuk.
"Ala... sekejap aje. Dah lama I tak dengar pasal you dengan Lorna." Qisya suruh Redza duduk. Dia segera menggamit pelayan dan memesan minuman untuk dirinya dan Redza. "Dah tiga tahun you kahwin dengan Lorna, kan?"
Redza hanya mengangguk. Hairan juga dia kenapa Qisya tiba-tiba berminat nak buka cerita pasal dia dengan Lorna.
"Ada apa-apa kemajuan tak?" Qisya angkat-angkat kening penuh makna pandang Redza.
"Maksud you?" Muka Redza masih serius. Hal rumah tangga, dia memang tak kongsi dengan sesiapa. Hatta dengan mama dan papa pun dia tak pernah cerita apa-apa.
Qisya senyum sinis. Dia geleng kepala. Redza masih lagi nak berahsia. Mungkin lelaki ni segan nak mengaku agaknya. Biarlah dia yang berterus-terang. "You dengan dia masih belum buat apa-apa lagi, kan?"
Berubah air muka Redza. Merah sekejap sebelum riaknya bertukar serius. "Untuk apa you bangkitkan hal ni? Hal rumah tangga I bukan urusan you." Nada suara Redza keras. Walaupun mereka sepupu dan hubungan mereka baik selama ni, itu tak bermaksud Qisya boleh sesuka hati mencampuri urusan peribadinya.
Qisya senyum mengerti. Nampaknya dia dah jolok sarang tebuan. Kalau tak berhati-hati, boleh mati kena sengat. Jadi dia perlu ubah strategi. Dia tak boleh mengasak sangat. Nanti Redza sentap berlebihan dia juga yang susah.
"Maaf... kalau you rasa I dah campur urusan you. Tapi rileks la, bro. We are family. We take care of each other. I cuma bimbangkan you. Bimbangkan Lorna. Cuba you fikir baik-baik...kalaulah Mama Rose, Papa Azlan, Ibu Laila dan Ayah Firhad tau yang you berdua belum apa-apa lagi, tentu mereka sedih. Memang la Ibu Layla tak bagi you berdua ada anak sekarang ni... sementara tunggu Lorna habis belajar. Tapi tak kan 'itu' pun tak boleh?"
Redza tarik nafas dalam-dalam. Dia bersandar pada kerusi. Pandangannya dilemparkan ke arah marina. Memang ada benarnya kata-kata Qisya. Tapi... "I bukan jenis yang suka memaksa, Ina. Selagi Humayra belum bersedia, I akan biarkan keadaan ni kekal."
"Dia yang tak bersedia atau you yang tak bersedia?" Sengaja Qisya provok Redza.
Redza raup muka dia dengan kedua-dua belah tapak tangan. "Kalau I tak bersedia, I tak akan setuju kami kahwin."
"Atau mungkin Lorna perlukan tunjuk ajar?" Qisya angkat kening sebelah. Muka nampak penuh muslihat.
Redza tergelak pendek. "You jangan nak provok I, Ina. Dari dulu lagi you memang suka nakal-nakal macam ni. Lagipun... bagaimana you boleh tau I dengan Humayra belum..." Redza sengaja biarkan ayat dia tergantung sebab dia tau Qisya faham maksud yang cuba dia sampaikan.
"I perhatikan la. Bila ada kenduri... waktu raya. Lorna tu masih malu-malu dengan you. Awkward aje I tengok. Bila you cuba nak mesra sikit dengan dia, dia kakukan badan, kan?"
Redza diam tak cakap apa-apa.
Qisya senyum mengerti. Redza memang tak akan mengaku. Dia terlalu protektif kalau melibatkan Lorna.
"Hanya anak dara aje yang bersikap macam tu." Qisya sedut jus oren dari gelasnya.
"Maknanya you bukan lagi anak daralah sebab dah 'biasa' ikut lelaki masuk bilik?"
Terus Qisya tersedak mendengar kata-kata Redza. Dia capai tisu dan lap bibir. "Excuse me! I bukan apa yang you fikir. Memang I berani. Tapi tak la sampai 'berani' macam tu."
Redza tergelak sinis. Akhirnya dapat juga dia mengenakan Qisya. Sibuk sangat nak jaga tepi kain dia. "I kena gerak sekarang." Dia bangun. Teh yang dipesan tadi belum sempat dijamah.
"Tunggulah kejap!" Qisya paut lengan Redza. "Air pun you tak minum. Nak cepat-cepat buat apa? Bukannya lari pun rumah you." Dia paksa Redza duduk semula. Cawan teh dia hulurkan pada Redza. "Lagipun kalau you balik awal, bukannya you boleh buat apa-apa kat isteri kesayangannya you tu." Qisya senyum jahat.
Redza hanya mampu menjeling tajam ke arah sepupunya sambil hirup teh perlahan-lahan.
YOU ARE READING
Sweet Vendetta [Published]
RomanceSebuah persahabatan.... "Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang nampak macam Ichigo Kurosaki. "Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck! S...