Bab 4 ~ Vendetta

53 0 0
                                    

"MISS..."

Teragak-agak pelajar tu nak tegur pensyarah yang jelitawan tu. Miss Qisya memang vogue dan elegant. Sentiasa nampak presentable. Kalau dia lalu dekat main hallway, semua pelajar akan curi-curi pandang. Tapi tak ada yang berani buat eye contact sebab Cik Qisya ni boleh tahan garang jugak.

"Yes? Anything?" Suara dingin Cik Qisya buat pelajar tu tersentak. Jauh sangat mengelamun.

"Er... assignment saya." Teragak-agak folder dihulurkan.

Muka Cik Qisya nampak macam tak puas hati. Dia geleng dan letak folder dalam tray 'to be graded'. "Kenapa tak letak aje dalam pigeon hole? Kenapa susah-susah nak panjat tingkat lima ni?" Cik Qisya kembali menunduk mengadap kertas jawapan yang dia sedang tanda.

"Err... kat pigeon hole selalu assignment kena curi, Miss."

Cepat aje Qisya angkat muka. Nyaris dia tak menjerit sebab terkejut. Kenapa dia tak perasan muka pelajar ni tadi? OMG! Folder pelajar tadi dia tarik dan belek.

"Rezuan Haider?" Kening dia terangkat sebelah pandang pelajar di depannya. "Any relationship with Datuk Haider Othman?"

Pelajar tu senyum sambil betulkan spek tanpa bingkai yang bertenggek atas batang hidungnya yang mancung. "Dia papa saya." Bangga sungguh pelajar tu mengaku.

Qisya tahan perasaan. Rasa marah yang nak menggebu segera dikawal. Perlahan-lahan bibirnya koyak senyuman bermuslihat. What an opportunity.... throwing one stone to get three birds. Bagaimana dia boleh terlepas satu maklumat penting begini? Agaknya dia terlalu 'obses' dengan Raess Haider hingga mengabaikan kewujudan Rezuan Haider. Dan kebetulan pula anak muda itu pelajarnya.

"Say Rezuan... I perlukan sorang volunteer untuk kelab teater. Wanna lend a hand?" Qisya senyum mengumpan.

Lebar senyuman Rezuan. "Boleh, miss. Apa salahnya?"

"Then meet the rest of the club members this afternoon at 3pm. You may go now." Qisya kembali tunduk hadap kertas yang dia sedang tanda tadi.

Rezuan keluar dari bilik Miss Qisya dengan hati yang berbunga-bunga. Ada harapan dia nak mengorat Miss Qisya nampaknya.

Di dalam bilik pula, Qisya gelak macam Maleficent. Tak sangka yang dua-dua anak lelaki Datuk Haider sekarang ada dalam genggaman dia. Qisya janji akan musnahkan masa depan mereka! Dah tiba masanya Qisya bertukar jadi Shinigami. She has hearts to reap!

QISYA tarik tirai. Lampu sengaja dinyalakan. Tujuannya nak bagi orang nampak apa dia sedang buat. Bukan sebarangan orang. Tapi Rezuan Datuk Haider. Dia ada plan baik punya.

"Miss...." Suara anak bongsu Datuk Haider mula memanggil.

Qisya senyum penuh muslihat. Jahat macam Maleficent. "Sini...." Dia mula buka zip sut paras lutut yang dia pakai tadi.

Rezuan melangkah masuk ke dalam bilik persalinan tempat di mana pelakon teater akan bersalin pakaian ketika ada pementasan. Kotak yang dibawanya hampir terlepas ke lantai. Dia terpegun melihat bayang-bayang Cik Qisya di sebalik tirai.

Satu persatu perbuatan Cik Qisya dia dapat lihat. Meskipun hanya bayang-bayang, ia sungguh jelas. Sut Cik Qisya dah melorot turun ke lantai. Dia telan air liur. Bagai tak percaya dia dapat lihat Cik Qisya seintim ini. Tika Cik Qisya tunduk, tiba-tiba Coach Lulu muncul.

Sweet Vendetta [Published]Where stories live. Discover now