SETAHUN dia tinggalkan tanah air atas alasan nak mengembara lihat dunia. Mujur Datuk Haider benarkan dia 'berhenti' kerja sebentar. Tapi dengan syarat, perbelanjaan mengembara, Raess tanggung sendiri. Datuk Haider hanya belikan tiket penerbangan aje kalau Raess nak berhijrah ke negara yang lain.
Dan selama setahun tu juga, macam-macam kerja Raess buat demi nak sara keperluan dia. Daripada jadi tukang angkat ikan sampailah ke pekerja ladang, semua dia pernah buat.
Sepanjang berada di luar negara, dia terlupa bagaimana nak hidup mewah. Dia terlupa bagaimana nak berseronok. Yang dia tahu ialah bertungkus-lumus mencari rezeki untuk meneruskan hidup. Banyak perkara yang dia belajar. Setiap pengalaman yang dia rasai, menambah rasa insaf dalam diri. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, baik lagi negeri sendiri. Semasa di luar negara, Raess banyak bersyukur atas nikmat yang tuhan kurniakan kepadanya semasa di tanah air. Selama ni dia telah banyak tak bersyukur.
Raess berazam mahu mengubah gaya hidupnya. Dia mahu menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan sentiasa menghargai masa yang ada padanya. Perkara pertama yang dia buat bila sampai ke unit kondominiumnya ialah bersihkan tempat tu daripada sebarang botol minuman keras.
Semua gambar-gambar perempuan seksi dan tak berpakaian pun dia buang. Cuma kat Vila Datuk Haider aje dia tak ada kuasa nak buat macam tu. Untung juga dulu dia beli rumah sendiri.
Alasannya dulu, senang dia nak bawa balik perempuan tanpa perlu 'diperkenalkan' kepada Datuk Haider. Kini, tak mungkin dia akan ulangi semua perbuatan maksiat tu.
Dinding kondominiumnya habis kosong. Patung replika manusia juga habis dibuang. Dinding yang kosong, dia hias dengan gambar pemandangan dan khat kufi. Buku dan majalah yang bukan-bukan dia tukar dengan yang lebih ilmiah dan mengandungi kandungan agama.
Bukan keadaan tempat tinggal saja dia murnikan. Cara dia berpakaian pun dia murnikan. Tiada lagi rantai leher dan cincin emas. Tiada lagi seluar pendek atas paras paha. Swimming trunk atau thong lagilah dia haramkan buat dirinya kini. Semua tu dia buang. Rantai dan cincin emas dia tak buanglah. Sebaliknya dia jual balik. Duit hasil jualan tu dia sedekahkan untuk amal jariah.
"So now... what do you want to do next, son?" tanya Datuk Haider pada hari pertama dia masuk ke pejabat.
"I nak buat PhD." Tenang Raess nyatakan keinginanya.
"For what?" Terkejut Datuk Haider mendengar rancangan anaknya. "You tak perlukan PhD untuk warisi perniagaan kita. I need you here more, Raess!"
"Walaupun I sambung belajar, I masih boleh datang bantu you kat sini, pa." Lembut aje Raess memujuk.
Datuk Haider tarik nafas panjang. "Suka hati youlah. Janji you tak abaikan kerja-kerja you kat syarikat kita. "You nak buat PhD di mana? Harvard? Oxford? Cambridge?"
Raess menggeleng. "I dah puas hidup kat luar negara. I nak buat kat sini aje."
"Ikut suka you lah."
Ini salah satu sifat Datuk Haider yang sering menjadi kebanggaan Raess. Papanya tak pernah paksa dia buat sesuatu. Dia dan Rezuan diberikan kebebasan untuk buat apa-apa saja. Janji lepas buat semua yang mereka nak, mereka mesti pulang semula berbakti membangunkan syarikat.
Rezuan yang dah tamatkan pengajian ijazah sarjana mudanya kini sedang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Australia. Beberapa bulan lagi dia akan tamat pengajian. Kata Datuk Haider, Rezuan akan bekerja di Haider Industries. Jika ada Rezuan nanti, ringanlah beban dia di situ.
RAESS hela nafas panjang. Dia menggeleng perlahan sambil tersenyum memikirkan kebodohan diri sendiri. Kenapa dia mesti kembali ke sini? Kenapa dia memilih tempat ni? Kenapa dia nak lukakan hatinya semula? Kenapa...
"Excuse me... can you get the door for me, please?"
Raess berpaling ke belakang. Dia terkaku sejenak sebelum tarik muka tak berperasaan. Tanpa kata apa-apa, Raess terus buka langkah tanpa menoleh. Dia langsung tak bukakan pintu untuk gadis yang tengah bawa fail bertingkat-tingkat tu.
Mulut Qisya ternganga luas. Sungguh tak percaya! Kurang budiman sungguh! Dan...lebih mengejutkan lagi....Raess? Apa dia buat datang ke sini? Lantak dialah! Terkial-kial Qisya usaha buka pintu. Berjaya juga akhirnya. Tu pun nyaris tak berterabur fail tugasan pelajar yang ditatangnya. Beg kertas dia koyak tadi. Terpaksalah tatang semua tugasan tu macam menatang minyak yang penuh.
Sampai kat depan bilik, selamba dia lambakkan semua fail kat atas lantai sementara dia capai kunci pintu kat dalam beg. Kemudian tertonggek-tonggek dia mengutip semua fail dan bawa masuk ke dalam bilik. Fail-fail tu dia lambakkan pula kat atas meja. Kemudian Qisya tergesa-gesa keluar. Kalau dia tak keluar dari kampus sekarang, nanti lambat nak sampai ke pejabat Redza.
Kereta dia pecut laju menuju ke Bukit Jalil. Sampai saja kat pejabat Redza, dia masuk selamba cari lelaki tu. Sejak kebelakangan ni, pejabat Redza dah biasa dia redah. Hampir setiap hari dia akan datang dan jemput eh bukan...paksa lelaki tu makan.
"Redz... jom." Qisya masuk ke bilik Redza.
Geleng kepala dia lihat Redza termenung di atas kerusi sambil tatap gambar Lorna. Dah tiga bulan Lorna pergi tanpa khabar berita. Sejak dari hari tu, keadaan Redza memang teruk. Sepenuh masanya ditumpukan pada kerja. Makan minum semua dia buat tak peduli. Sebenarnya Redza baru baik dari demam yang agak teruk. Seminggu dia terlantar lemah. Asyik sebut nama Lorna aje.
"Kalau you nak cari dia, you kena kuat. Kalau you jatuh sakit lagi macam hari tu, siapa yang susah? Diri you juga, kan?" Qisya berdiri di depan Redza.
Bingkai gambar yang dipegang Redza dia ambil dan letak atas meja. "I dah janji dengan semua orang untuk jaga you. Jom!" Qisya tarik Redza sampai dia bangun. Kemudian dia hela tangan lelaki tu keluar dari pejabat.
Redza hanya menurut tanpa bantahan. Memang selalunya begitu. Lepas dia baik dari sakit, Redza macam zombi aje kalau tak buat kerja.
"Hari ni kita makan Nando's ek? Teringin pula...." Qisya terus berceloteh macam-macam.
Redza hanya mendengar tanpa balas apa-apa. Macam tu lah selalunya. Qisya tak kisah sebab dia tahu suatu hari nanti pasti Redza akan bersuara juga. Jika kat pejabat masa bekerja dia boleh berlagak normal, kenapa depan ahli keluarganya dia berlagak zombi? Itu soalan yang Qisya kena cari jawapannya. Bimbang juga dia kalau-kalau Redza dapat kaitkan semua ni dengan rancangan dia.
LELAKI tu! Ya... dia masih ingat walaupun dah lama perkara tu berlaku. Jadi betullah yang lelaki tu bakal suami Qisya? Raess terus memerhati Qisya dan lelaki tu masuk ke dalam Restoran Nando's. Tadi lepas buat tak tahu pada Qisya, Raess sebenarnya mengintip pergerakan gadis tu. Dia pun tak faham kenapa tiba-tiba dia jadi teruk sampai macam ni. Mungkin dia masih mengharapkan Qisya.
Akal tak warasnya suruh dia intip gadis tu hingga ke sini. Dan di sinilah dia temui jawapannya. Dan hati dia kecewa sekali lagi. Raess sarung semula cermin mata hitam ke wajahnya sebelum dia pandu laju meninggalkan tempat tu.
YOU ARE READING
Sweet Vendetta [Published]
RomanceSebuah persahabatan.... "Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang nampak macam Ichigo Kurosaki. "Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck! S...