Bab 2 ~ Vendetta

52 1 0
                                    

BERKERUT-KERUT dahi Lulu pandang Qisya. Jari-jemarinya resah tak duduk diam. Sekejap menggendang stering. Sekejap membetulkan cap di kepala. Cermin bingkai hitam yang konon-konon menjadi sebahagian penyamaran wajah, dibetulkan berkali-kali. Lulu lepas keluhan berat. Peluh dingin dah memercik ke seluruh tubuh badannya walaupun pendingin hawa dalam kereta Preve milik Qisya terpasang kuat.

"Chill sistah!" Qisya tepuk belakang tubuh Lulu hingga kepala gadis tu hampir nak tersembam mencium steering.

"Chill kucing hang. Aku dok keletaq dari tadi...buleh hang suruh aku chill ? Ni nak?" Lulu tunjuk buku limanya yang dikepal. Bila dia gelabah, maka keluarlah loghat celup Kedah yang dia main ceduk tanpa tauliah.

Qisya tergelak. "Penumbuk hang tak bleh lawan penumbuk besi aku." Sengaja dia mengajuk loghat utara Lulu. Kalau gelabah, macam tu la perangai Lulu. Habis keluar macam-macam loghat. Kalau dalam keadaan biasa, elok aje dia cakap guna bahasa Melayu baku.

"Tu... Camaro hang dah mai." Tiba-tiba Lulu menggelabah. Dia duduk tegak sambil pegang stering dengan dua-dua belah tangan.

Qisya menoleh ke arah lobi hotel. Kereta yang Lulu maksudkan baru saja berhenti di hadapan lobi. Dari dalam kereta, seorang lelaki memakai cosplay Zero Kiryu sedang keluar. Selepas menyerahkan kunci kepada valet, dia melangkah bergaya masuk ke dalam lobi.

"Zero Kiryu!" Air liur Lulu meleleh tanpa sedar. "Hensemnya mamat tu."

"Dah... jangan nak berangan. Ingat! Bagi aku sejam. Lepas tu kau sedia kat depan lobi. Aku tak bawa henfon. Beg pun aku tak bawa. Dah jom!" Qisya hentikan anganan Lulu.

Lulu tolak gear ke arah D dan mula memandu perlahan masuk ke pekarangan Hotel Everly. Lepas turunkan Qisya yang cosplay sebagai Tsukino Usagi, dia pandu keluar dan kembali ke tempat dia menunggu tadi.

RAESS terpaku bila gadis tu tersenyum memandang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAESS terpaku bila gadis tu tersenyum memandang. Sempat lagi gadis tu kenyit mata pada dia sebelum duduk di atas kerusi tinggi. Dia bercakap sesuatu kepada barista. Memesan minuman agaknya.

Senyuman Raess melebar. Dua tahun dia mencari gadis cosplay Tsukino Usagi ni. Dulu masa party cosplay anjuran Datuk Haider, dia pernah terlepas nak berkenalan dengan gadis tu. Raess memang ada obsesi pada gadis yang cosplay Tsukino usagi.

Kini gadis tu muncul semula. Lama betul dia 'berpuasa'. Sekarang masa untuk 'berbuka'. Langkah diatur yakin menghampiri si gadis. Sempat lagi Raess membelek tubuh gadis tu. Pakaian kelasi yang pendek tu menayangkan dua belah kaki yang panjang dan putih mulus. Kaki seksi itu sedang disilangkan. Lengan gadis itu hampir tertutup sepenuhnya dengan sarung tangan panjang melebihi paras siku.

Sweet Vendetta [Published]Where stories live. Discover now